Sebentar tadi diadakan sidang media khas oleh Menteri Kanan Pertahanan, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob mengenai situasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diadakan di seluruh negara kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis.
Terkini, empat negeri iaitu Kedah, Melaka, Johor dan Terengganu sudah ditamatkan PKPB mulai Ahad ini dan rakyat bebas untuk bergerak ke mana-mana destinasi di nyatakan di atas tanpa memerlukan surat dari polis selepas menunjukkan penurunan bilangan mereka yang dijangkiti COVID-19.
Ads
Dalam sidang media tersebut, Menteri Kanan Pertahanan itu memaklumkan, buat masa ini negeri seperti Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan dan beberapa negeri lain masih dikenakan sekatan perjalanan iaitu PKPB yang masih belum ditarik balik kerana jumlah mereka yang dijangkiti masih lagi menunjukkan bilangan yang agak tingi.
Ads
Apa yang menariknya, bagi negeri-negeri yang sudah diisytihar sebagai hijau, penduduknya bebas untuk bergerak ke negeri yang juga zon hijau tanpa memerlukan surat kebenaran rentas negeri seperti sebelum ini.
Ads
Bagaimana pun, dalam sidang media yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa mana-mana individu yang ingin merentas negeri tapi perlu melalui negeri yang masih di dalam PKPB, surat polis diperlukan untuk melintas negeri yang masih dalam zon PKPB.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ikea merupakan pusat sehenti pembelian barang kelengkapan rumah yang cukup popular di Malaysia. Memiliki empat cawangan di seluruh Malaysia, pihak Ikea Malaysia baru-baru ini telah membuat pengumuman penarikan semula dua produk keluaranya.
Produk yang dikenali dengan nama Talrika dan Heroisk itu ditarik balik penjualannya atas beberapa faktor keselamatan. Menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi mereka,
IKEA menggesa semua pelanggan yang memiliki piring, mangkuk, dan cawan HEROISK atau TALRIKA agar berhenti menggunakannya dan menghubungi IKEA untuk mendapatkan bayaran balik sepenuhnya.
Keselamatan adalah keutamaan utama IKEA dan oleh itu kami mengambil langkah berjaga-jaga dan menarikbalik piring, mangkuk, dan cawan HEROISK dan TALRIKA kerana ia boleh pecah dan berpotensi menyebabkan luka terbakar kerana kandungan panas.
Semua produk kami diuji dan mematuhi piawaian dan perundangan yang berlaku. Walaupun begitu, kami telah menerima laporan mengenai kerosakan produk. Setakat ini tiada kejadian yang diketahui dilaporkan di Malaysia.
HEROISK dan TALRIKA boleh dikembalikan ke mana-mana kedai IKEA di kaunter Exchanges & Returns untuk bayaran balik sepenuhnya. Bukti pembelian (resit) tidak diperlukan. IKEA meminta maaf atas kesulitan yang ditimbulkan oleh penarikan balik ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan IKEA di talian 03-7952 7575.
Menurut tinjauan Remaja, dalam laporan portal Channel News Asia, dua jenis produk ini yang merangkumi rekaan pinggan, mangkuk dan cawan mempunyai kemungkinan untuk pecah dan menyebabkan luka terbakar jika diisi dengan makanan dan minuman panas.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai melahirkan rasa lega dengan penahanan boss scammer Macau Scam dan berita mengenai mereka tular di media sosial.
Ramai menzahirkan rasa terkejut kerana sangkaan mereka, ahli sindiket ini datang dari negara luar iaitu Cina sebaliknya apabila penahanan ahli scammer ini menunjukkan ia berbangsa Melayu, ramai yang terkejut.
Ada yang mengakui lega kerana menyangka sindiket ini sudah berakhir dengan tertangkapnya ketua sindiket ini.
Tapi pendedahan dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia ini pasti membuatkan ramai terkejut kerana yang ditahan itu hanya sebahagian dari ahli sindiket dan masih ramai lagi kaki Macau scam ini.
Pendek kata kita jangan selesa kerana mereka ini cukup terlatih untuk memperdayakan orang ramai. Walau beratus akaun dan RM75 juta wang dibeku tetapi sindiket Macau Scam ini masih ramai di luar sana.
So korang, berhati-hati la ya jangan mudah menyangka Macau Scam ini sudah berakhir. Baca perkongsian dari PPIM tentang isu ini.
Boss besar scammer melayu dah ditangkap, namun Macau Scam ini tidak akan berhenti kerana masih banyak scammer lain yang berada di luar sana. Malaysia merupakan lokasi popular untuk Macau Scam dari China bertapak. Khabarnya, scammer melayu ni pun dulunya 'berguru' dengan sifu dari China. Nescaya masih ramai lagi scammer Macau Scam yang bebas di luar sana yang masih lagi memperdayakan orang ramai.. ——– Perjuangan ini semakin sukar, kami tidak mampu lakukanya sendiri dan menyeru sokongan serta sumbangan dari Perjuangan ini semakin sukar, kami tidak mampu lakukanya sendiri dan menyeru sokongan serta sumbangan dari anda. … Sumbangan anda dapat membantu: Penyelesaian Kes & Aduan Penganiayaan Serta Penipuan. Bantuan Kepada Mangsa Ditindas. Program Kesedaran Masyarakat. Sumbangan Bantuan Kepada Golongan Kurang Berkemampuan. Pendidikan Pengguna. Sebahagian Kos Operasi PPIM. . Anda boleh hulurkan sumbangan secara online di: https://sumbangan.ppim.org.my/TPPPIM . Bantu kami dengan LIKE, SHARE dan DOAKAN agar perjuangan dan sumbangan anda berjaya dan diberkati. . Semoga sumbangan dan pengorbanan anda mampu membantu golongan yang di dalam kesusahan dan Allah memberkati segala urusan dan wang ringgit yang anda sumbangan. “Perjuangan Bersama Demi Pengguna”
2 Pegawai Polis Ditahan Terlibat Macau Scam
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai polis berhubung sindiket Macau Scam dan judi dalam talian membabitkan ratusan juta ringgit. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang mengesahkan penahanan itu berkata, SPRM bagaimanapun tidak memaklumkan secara rasmi kepada pasukan keselamatan itu setakat ini.
"Apa yang saya ingin nyatakan di sini, kes ini disiasat SPRM dan untuk tujuan itu, saya mewakili pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan membuat apa-apa ulasan mengenainya.
"Ya betul, dua pegawai kita ditahan SPRM, tapi kita juga belum mendapat sebarang perincian rasmi sama ada mereka ditahan atas kes lain atau kes yang sedang disiasat SPRM ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Seminar Pengukuhan Siasatan Jenayah Komersial dan pelancaran portal dan aplikasi Semak Mule di sini, pada Rabu. Sebelum ini, media mendedahkan dalang utama sindiket berkenaan dipercayai rakyat China, tetapi beroperasi menggunakan ejen di Malaysia untuk menguruskan 'pelaburan'termasuk mencari perniagaan berpotensi sebagai platform 'membersihkan' wang hasil penipuan.
Sindiket terbabit menjadikan Malaysia sebagai pangkalan operasi atau pusat panggilan kegiatan haram berkenaan dengan menyasarkan mangsa di China dan Taiwan. Baru-baru ini, SPRM mendapat perintah tahanan reman selama lima hari ke atas lima individu yang disyaki terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram menggunakan modus operandi berkenaan (sumber : Astro Awani)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika semalam kecoh tentang kemunculan Facebook Group baru yang diberi nama Riak Apa Hari Ini. Seperti namanya, grup ini mengumpulkan perkongsian-perkongsian riak daripada para netizen yang menghiburkan.
Menariknya, perkongsian yang dibuat netizen seolah berlumba-lumba serta komen yang dilemparkan pada setiap perkongsian antara yang membuatkan Facebook Group Riak Apa Hari Ini menjadi rancak.
Namun hari ini, seorang ustazah menegur dan menasihati agar grup Riak Apa Hari Ini ditutup.
“Mohon admin group “Riak Apa Hari Ni’ boleh tukar tajuk atau tutup terus.
“Pelbagai kemungkaran dan dosa sedang dihalalkan atas nama gurauan, perbualan bebas gurau senda lelaki perempuan, dedah aurat sebab nak tunjuk putih melepak dan emas sampai lengan, tunjuk harga dengan caption riak tapi kata gurau, share pakaian dalam, dan lain-lain yang aib sangat.
“Jangan indahkan perkataan keji ‘riak’ atas nama gurauan,” katanya.
Sumber Gambar : Facebook Ustazah Asma’ Harun
Ustazah dan pendakwah bebas, Asma’ Harun di laman Facebook-nya menaik status berpendapat bahawa grup seperti ini mendatangkan kesan yang tidak baik terutamanya kepada warganet beragama Islam.
Rata-rata warganet bersetuju dengan status yang dimuat naik itu dan menyokong tegurannya.
Alhamdulillah, nasib ada ustazah yang menasihati kita semua!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!