Alert Remaja 16 Tahun Ke Atas, McD Buka Program Kemahiran 18 Bulan

Share

 

Selalunya, pelajar yang baru saja melepasi zaman sekolah akan menjadi ‘blur’ dengan arah tuju mereka selepas menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sedikit berbeza bagi pelajar SPM 2020 apabila mereka bakal menduduki peperiksaan bermula Isnin minggu hadapan. Lalu, tempoh ‘honeymoon’ mereka hanya boleh bermula pada akhir bulan Mac ini setelah SPM tamat.

Jika pada waktu itu korang tidak tahu hendak lakukan aktiviti apa, ataupun jika ada di antara korang yang kini sedang mempunyai masa terluang, why not korang sertai program baharu yang diperkenalkan oleh McDonald’s Malaysia.

Untuk pengetahuan, francais makanan popular ini sedang membuka pendaftaran segera untuk menyertai Program Akademi Vokasional McDonald’s (SLDN). Ia merupakan program yang akan mengajar para pesertanya skil dan kemahiran serta dikendalikan dalam mod pembelajaran secara teori (30%) dan praktikal (70%).

Jom lihat beberapa lagi syarat dan terma yang diletakkan bagi pemgambilan peserta kali ini:

1. Berusia 16 tahun dan ke atas

2. Sihat tubuh badan

3. Merupakan lepasan pelajar PT3 atau SPM

4. Berminat untuk mendalami bidang penyediaan makanan

5. Mempunyai kemahiran membaca, menulis, mengira dan memahami

6. Bersedia untuk melalui tempoh pembelajaran selama 18 bulan.

Menariknya, peserta akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia tahap 2 dan 3 setelah mereka menamatkan program!

Bagi kami, program seperti ini bukan saja wajar disertai untuk mendapatkan kelayakan sijil tersebut tetapi ia juga akan menjadi pengalaman bermakna untuk remaja seperti korang mendapatkan skil dan kemahiran tertentu. We are sure you will have a great time!

Jika korang berminat untuk menyertai SLDN, hantarkan maklumat diri ataupun resume masing-masing ke emel McDAcademy@my.mcd.com okay.

IKLAN