Alert Marvel Fans! ‘LOKI’ Kini Boleh Ditonton Di Disney+ Hotstar

Share

 

Setelah melancarkan klip teaser sempena acara Disney Investor Day pada Disember tahun lalu, akhirnya drama bersiri pendek paling dinanti-nantikan oleh peminat Marvel Cinematic Universe (MCU) menemui kita semua.

Enam buah episod istimewa bagi siri original ‘LOKI’ kini boleh ditonton setelah ia menemui penonton pada 9 Jun, semalam.

Ditayangkan khas di platform Disney+ Hotstar, tiba sudah masanya untuk God of Mischief ini keluar dari bayangan abangnya, Thor dan tumpuan sepenuhnya diberikan kepada – as he deserves

!

Seperti dijangka, kami sukar untuk move on daripada episod pertama yang ditayangkan semalam. Bukan hanya disebabkan oleh kemunculan LOKI sebagai watak utama yang dilakonkan oleh Tom Hiddleston, tetapi ada tiga sebab utama yang menyebabkan siri ‘LOKI’ ini wajib ditonton.

 

01

Episod pertama bermula dari babak filem Avengers: Endgame apabila Loki yang masih berada pada tahun 2012 meloloskan diri ke Tesseract. Di sana, Loki berdepan cabaran untuk survive

di bawah kuasa Time Variance Authority (TVA)

 

02

Jika korang rasakan siri original ini adalah bergenre komedi disebabkan karakter LOKI serta teaser pertamanya dahulu, well – you are wrong.

Memang ada elemen komedi yang dimasukkan, tetapi ia juga menyelitkan elemen crime thriller, emosi dan adventure. Loki ingin membantu menyiasat siapakah sebenarnya yang bersalah.

Di sini, Loki bergabung tenaga dengan Ejen Mobius dan ia membuatkan dinamik siri ini lebih menarik.

03

Tentulah disebabkan oleh kehadiran para pelakon yang berbakat! Tom Hiddleston ditemani nama-nama besar seperti Owen Wilson, Gugu Mbatha-Raw, Sophia Di Martino, Wunmi Mosaku dan Richard E. Grant.

*

Jangan lupa untuk menonton episod baharu LOKI pada setiap hari Rabu di platform Disney+ Hotstar ataupun di aplikasi Disney+ Hotstar di Android serta iOS.

Langgan selama tiga bulan untuk RM54.90 saja.

IKLAN