Alamak.. Sambutan Mengecewakan iPhone 14 Plus Desak Apple Henti Pengeluarannya?

Share

Baru beberapa minggu selepas pelancaran model telefon pintar yang dinantikan orang ramai, iPhone 14 Plus; syarikat Apple kini dilaporkan akan menghentikan penghasilan model tersebut disebabkan sambutan kurang memberangsangkan oleh pembelinya.

Menurut laporan yang diterima oleh The Cupertino yang diasaskan di California, sekurang-kurangnya satu pengilang di China sedang bersiap sedia untuk menghentikan penghasilan komponen iPhone 14 Plus.

Ia sekaligus bercanggah dengan pelan asal Apple untuk meningkatkan penghasilan model-model iPhone terbarunya disebabkan gagal mendapatkan kadar permintaan di kalangan pembeli.

iPhone 14 Plus merupakan salah satu model daripada barisan produk baharu yang diumumkan Apple pada 7 September. iPhone 14 Plus ini ditawarkan sebagai alternatif telefon pintar yang lebih murah berbanding model iPhone Pro dan mula dipasarkan kepada pengguna sejak 7 Oktober lalu.

ARTIKEL BERKAITAN : Jenaka Jual Buah Pinggang Untuk Beli iPhone 14 Sesuatu Yang Tidak Beretika? – REMAJA

Untuk pengetahuan, keputusan drastik yang diambol oleh Apple ini juga hadir sewaktu pasaran telefon pintar global diakui telah mengecil sebanyak 9 peratus berbanding suku ketiga sama tahun lalu.

Pasaran lemah ini sekaligus memaksa Apple untuk mengurangkan pengeluaran iPhone 14 sehingga enam juta unit.

Hhm, agak-agak mengapa iPhone 14 Plus ini tidak laku? Adakah ia disebabkan skrinnya yang bersaiz terlalu besar atau kerana perbezaan harganya yang ketara jika dibandingkan dengan model iPhone 14?

BACA LAGI : UPDATE! 16 Ciri Menarik Pada iOS 16. Boleh Dimuat Turun Pada iPhone 8 Dan Ke Atas – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN