Al- Fatihah, Tonggak Penyerang Bola Sepak Remaja Perak Maut Di Langgar lari!

Share

Tiada apa yang lebih menyedihkan apabila kehilangan anak diusia yang muda apatah lagi ia merupakan kemalangan langgar lari.

 

Pemergian tonggak penyerang bola sepak Perak B-19, Muhammad Izzat Shah Ibrahim yang baru berusia 18 tahun meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di hadapan Pejabat Sub Renjer Hutan Chemor, Jalan Kuala Kangsar malam tadi.

Allahyarham merupakan bekas pelajar SMK Clifford, Kuala Kangsar dan telah menyertai pasukan Perak B-19 sejak Disember 2019.

Menurut Sinar Harian pula, Polis sedang mengesan saksi langgar lari yang mengorbankan pemain pasukan bola sepak Piala Belia Perak di Jalan Kuala Kangsar dekat Chemor malam tadi.

Katanya, pada jam 11.55 malam, mayat Muhammad Izzat Shah yang beralamat di Kampung Kuala Sayong Hilir ditemui terbaring di atas jalan raya manakala motosikalnya dengan nombor pendaftaran AHK 2239 berada dalam jarak 40 meter dari mayat mangsa.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pula, kes melibatkan sebuah motosikal dengan sebuah kereta yang nombor pendaftarannya tidak pasti.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa, Muhammad Izzat Shah Ibrahim,18, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai dilanggar sebuah kereta.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dalam satu kenyataan berkata, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari arah Chemor menuju ke Klebang.

Al Fatihah (dengan bacaan untuk arwah). Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.

Sumber : Sinar Harian, Astro Awani

IKLAN