Al-Fatihah, Baby Kyfa Nishka Hembus Nafas Terakhir

Share

 

Semua yang hidup pasti akan kembali semula kepadaNya.

 

Setelah beberapa bulan bertarung dengan penyakit kanser otak tahap empat dan kanser buah pinggang, bayi empat bulan bernama Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farham telah menghembuskan nafas terakhir pada petang tadi.

Salah seorang selebriti yang mengikuti perkembangan kes ini secara dekat iaitu Mawar Karim menjadi antara yang pertama mengucapkan takziah di Instagram.

Instagram: @mawar_karim

“Al-Fatihah. Baby Nishka berehatlah di syurga, (syurga) menanti awak di sana. Setelah berjuang bertarung nyawa, Allah lebih sayangkan baby Nishka.

“(Saya) terima panggilan daripada ibu bapa Nishka mengatakan dia sudah meninggal dunia. Sejujurnya saya memang tak mampu untuk melihat anak syurga ini yang tabah bertarung nyawa,” kata Mawar di ruangan caption.

Sementara itu, followers Mawar turut menguntumkan ucapan takziah kepada ibu bapa Nishka yang pastinya sedang bersedih dengan pemergian ini.

Mawar Karim sanggup ke Kelantan untuk bertemu dengan Kyfa Nishka.

Sejak pagi tadi, ibunya Khairiah Kamarudin, 35, berkata dia reda jika Nishka dijemput Ilahi.

Bercakap kepada rakan media di Harian Metro, dia mengulas, “Mommy reda jika adik mahu pula kepada pencipta kerana tidak sanggup melihat adik derita.

“Saya bersedia jika apa-apa berlaku ke atas bayi kerana sedih melihatnya tenat dan memakai alat bantuan pernafasan.

“Kepalanya juga semakin membesar dari 34sm semasa lahir hingga ke 44sm, sekarang,” katanya.

Di sini, REMAJA berharap agar Puan Khairiah dan suaminya, Mohd Farham Che Ahmad bertabah dengan pemergian ini. Syurga pastinya menanti anak kecil ini.

Al-Fatihah.

 

IKLAN