“Aku Tetap Islam Walaupun…” Selepas Dua Tahun Sajat Akui Masih Lagi Seorang Muslim

Share

Pempengaruh dan usahawan kontroversi, Nur Sajat atau nama penuhnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman baru-baru ini membuat kenyataan terbaru mengatakan dia masih lagi beragama Islam.

ARTIKEL BERKAITAN : Netizen Boleh Relate! Sedang Galak ‘TikTok Live’ Nur Sajat Tertidur Sampai Berdengkur

Sajat

Memetik Harian Metro, usahawan bengkung berusia 38 tahun itu memberikan jawapan ringkas kepada seorang pengikut yang meluahkan rasa kecewa apabila Sajat mengenakan tudung sebagai penampilan sopannya ketika bulan puasa.

“Aku tetap Islam walaupun mak nyah. Aku tidak menduakan agama aku. Jangan kau mudah jatuhkan hukum mengenai siapa aku.”

Begitulah komen ringkas yang ditinggalkan Nur Sajat. Menerusi ruangan komen di sosial medianya pula, meskipun dia sudah menukar jantina daripada lelaki kepada wanita, namun dia masih lagi beragama Islam.

Mana tidaknya, perkara itu sepatutnya tidak terjadi memandangkan dia seorang lelaki dan ia dianggap melampaui batas dalam agama kerana menyerupai wanita.

Tegas usahawan kelahiran Perak itu, statusnya sebagai mak nyah tidak seharusnya dihakimi dan dijatuhkan hukum. Menjengah ruangan komen, ramai yang menyeru supaya Sajat segera bertaubat ke jalan yang benar dan mendoakan agar dia mendapat hidayah daripada Allah.

Untuk info, dua tahun lepas sekitar Mac 2021, Sajat pernah membuat kenyataan tidak sensitif apabila menyatakan hasrat untuk keluar daripada agama Islam melalui sebuah video yang tular di media sosial.

BACA LAGI : Orang Islam Jangan Bergurau Ingin Keluar Agama – Dr Zulkifli

Sumber : ( 1 )

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN