SPM 2017 yang baru diumumkan membawa seribu cerita kepada pelajar yang sudah mendapat keputusannya. Ada yang cemerlang, tidak kurang yang keputusannya hanya biasa-biasa sahaja.
Bila bercerita tentang kecemerlangan keputusan, agak tidak hairan jika kebanyakan pelajar yang mendapat result bagus adalah mereka yang “ulat buku”. Mungkin mereka kurang aktif dalam sukan padang dan kokurikulum di sekolah.
Luar biasa sebenarnya untuk menemui pelajar yang mendapat straight A tetapi masa yang sama sibuk di atas padang. Inilah yang dibuktikan oleh seorang remaja bijak, Arif Hakimi Mohd Nazil. Mendapat 9A dalam SPM 2017 yang baru diumumkan, remaja ini juga cukup aktif bermain sukan rugby bukan saja di peringkat negeri malah negara.
Membanggakan apabila dia kini sedang sibuk berlatih bagi mewakili Malaysia ke kejohanan Paris World Games 2018 di Paris, Perancis bawah 18 pada 3-8 Julai 2018 yang akan datang.
Terpilih dalam program National Rugby Development Program (NRDP) di bawah Kementerian Belia & Sukan atas idea Menteri Belia & Sukan, YB Khairi Jamaludin, kebanyakan pemain yang dipilih ke Europe ini sangat istimewa kerana mereka terdiri dari pelajar bijak dan masa yang sama aktif bersukan
Bersama pasukan rugby dalam satu kejohanan disertainya
Rugby sukan yang membentuk disiplin diri yang tinggi
Kecederaan adalah perkara biasa apabila bermain rugby
Inilah ciri kelainan yang ada di bawah program NRPD kerana mereka mencari remaja yang mementingkan dua elemen ini dalam kehidupan seharian.
Dalam temubual bersama Remaja dan ditanya tentang rahsia belajarnya, menurut Arif Hakimi dan mesra di sapa Kimi yang merupakan bekas pelajar Sekolah Sultan Alam Shah, dia tidak mempunyai apa-apa rahsia belajar tetapi sering memberi tumpuan ketika guru mengajar. Masa yang sama, dia akan mengulang kaji pelajaran semasa prep.
“Bila pulang ke rumah, saya ada ketikanya akan menonton perlawanan rugby selain menonton video permainan sukan ini. Bagi saya sukan rugby ini mampu membentuk disiplin diri kepada individu,’ kata anak bongsu dari dua beradik ini.
Menceritakan terpilih di bawah National Rugby Development Program, ini merupakan tahun pertama pemilihan.
“Ada dua kategori, satu di bawah usia 16 dan satu lagi bawah 18 tahun. Kesemua pemain yang terpilih akan mewakili Malaysia dalam kejohanan Paris World Games 2018.
Kejohanan ini satu pendedahan yang baik dan saya begitu bersemangat dan akan terus aktif pada masa-masa akan datang,” katanya yang meminati pasukan rugby terkenal dunia, All Black.
Bersama kedua ibu bapanya dan rakan pelajar
Pelajar-pelajar meraikan kejayaan SPM 2017 di Sekolah Sultan Alam Shah
Bagaimana aktif sukan dan masa yang sama bijak pelajaran?
Ads
Kata Kimi, pembahagian masa yang betul, disiplin diri dan kena tahu untuk mencapai “goal” adalah rahsia kejayaannya.
“Kita tak boleh aktif dalam sukan saja dan masa yang sama abaikan pelajaran. Masa memang banyak di padang latihan tetapi kena bijak bahagikan masa itu sendiri. Kita kena tahu pilihan tepat dan masa yang sama, keluarga juga mendorong dan memberi galakan kepada saya,” katanya memaklumkan, bapanya, Prof MadyaDr Mohd Nazil bin Salleh merupakan Timbalan Dekan Penyelidikan & Pengajian Siswazah di UNISEL manakala ibunya, Prof Madya Dr. Norashikin Shamsudin pakar dermatologi di Universiti Putra Malaysia.
Jom tengok apa pencapaian remaja bijak ini.
Presiden Pembimbing Rakan Sebaya (2016-2017)
Kapten Pasukan Rugby Sekolah Sultan Alam Shah 2017 (7s aside)
Naib kapten Pasukan rugby 2016/2017 (15s aside)
Pemimpin Pelajar untuk Internasional Friendship di Jepun (Kokusai Gakuin Junior & Senior High School)
2017 – MCKK Premier 7s Tournament (Bowl Champion)
*MSSM RUGBY 15s U18 Tournament
*Arsad Ahmad Cup (Champion)
*Super Six School Rugby 15s (Runner-up Cup)
*MAB Cup 15s Tournament (Runner-up Plate)
2018 – Rembau 7s Tournament (Cup Champion)
*Currently playing for ASAS Rugby Club in Putrajaya League
*Selected for Malaysia U18 rugby team (under national rugby development program NRDP)
Anugerah : *2017 – Anugerah Pengetua Lonjakan
*2015 – Anugerah Pengetua Lonjakan Saujana
*2014 – Trends In International Maths and Science Study (certificate of excellence)
Hobi & minat *Main rugby
*Latihan kecergasan (gym)
*Main futsal & bola sepak
*Bina permainan lego
*Membaca isu semasa, politik dan kisah sejarah
Ads
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi pengikut tegar drama Curi-Curi Cinta, tahniah kerana korang telah menjadikan drama tersebut trending di tangga pertama Twitter semalam!
Selama 28 episod drama arahan itu ditayangkan, ramai yang memuji lakonan para pelakonnya terutama Fauziah Nawi, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza. Cumanya, drama ini menggabungkan elemen sedih / dramatik bersama elemen komedi.
Dan apabila tiba babak komedinya, memang semua penonton akan berdekah ketawa di hadapan kaca televisyen. Jadi bagaimana sebenarnya seorang pelakon boleh tahan gelak sewaktu babak seperti itu?
Zahirah Macwilson yang membawakan watak Intan semalam sempat berkongsi pengalamannya merekod babak Aiman Hakim menyanyi lagu Sedetik Lebih (Anuar Zain) di dalam kereta dalam episod 27 yang telah menjadi viral di media sosial.
“Sebenarnya untuk penggambaran Curi-Curi Cinta ini, produksi menggunakan 1 kamera. Jadi selepas mereka merekod babak Aiman, barulah babak Ira.
“Semasa babak Danial (watak Aiman Hakim) menyanyi, kru telah merekod bahagian Ira terlebih dahulu. Jadi Ira tidak tahu yang Aiman akan menyanyi sebegitu rupa. Abang prop master yang memandu kereta itu semasa babak Ira, bukannya Aiman. Tetapi semasa babak Aiman pula, Ira perlu ada di dalam kereta kerana perlu feed line kepada Aiman.
“So yea, itulah rahsia bagaimana Ira tidak gelak semasa babak itu. Tapi jujurnya, semua orang tak sangka dia akan menyanyi seperti itu,” jelasnya lagi sebelum episod akhir drama Curi-Curi Cinta ditayangkan semalam di Astro Ria.
“Kadangkala kami tidak berada di satu tempat semasa babak itu berlangsung. Kami sebagai pelakon perlu bayangkan saja mengikut skrip.”
Ouhh..
Anyway, korang puas hati tak dengan ending Curi-Curi Cinta semalam?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Usai enam tahun bergelut untuk mengimbangi antara perniagaan yang dibina, keluarga yang semakin membesar dan kerjaya sebagai salah seorang insan paling berpengaruh di dunia, Kim Kardashian akhirnya berjaya membuktikan tiada apa yang mustahil apabila menamatkan pengajian jurusan undang-undang.
Menerusi hantaran di Instagram, jelitawan berusia 44 tahun itu berkongsi momen menggembirakan itu dengan mengimbas semula kepada momen awal sewaktu ramai yang memandang serong terhadap keputusannya untuk kembali bergelar seorang pelajar, enam tahun lalu.
Kim Kardashian
Kim menidakkan status selebritinya yang boleh disalah guna untuk memudahkan proses menamatkan pengajian.
Sebaliknya, seperti individu lain yang berdepan cabaran di menara gading, Kim mengakui jilid kehidapannya sebagai seorang pelajar ini merupakan antara yang paling memberi kesan kepada dan ia nyata tidak mudah.
“Saya memilih jalan yang tidak konvensional untuk mengejar impian saya menjadi seorang peguam.
“Ia tidak mudah dan ia mengambil masa lebih lama daripada yang saya rancang. Tetapi saya tidak pernah berputus asa. Setiap subjek menimbulkan detik-detik di mana saya meragui diri sendiri, menangis dan meraikan detik kejayaan – terutamanya apabila saya berjaya mengharungi subjek-subjek yang pernah membuatkan saya gentar pada mulanya,” ujar Kim.
Kongsi Kim lagi, program yang dipilihnya itu memerlukan ketelitian kerana ia didaftarkan di bawah ‘California State Bar’ dan memerlukan pelajar mengumpulkan 75 kredit kolej bagi membolehkan Kim menamatkan kurikulum selama empat tahun.
Namun disebabkan kekangan masa, tanggungjawab bertindan dan faktor pandemik Covid-19, Kim terpaksa memanjangkan tempoh pengajiannya menjadi enam tahun. Finally, momen yang ditunggu-tunggu olehnya sudahpun tiba. Congratulations Kimberly!
Acara graduasi Kim dilangsungkan secara tertutup dan dihadiri oleh ahli keluarganya serta rakan-rakan terdekat. Antara yang berkesempatan untuk berada di sana termasuklah kakaknya Kourtney Kardashian, adiknya Khloe Kardashian, ibu tercinta Kris Jenner dan anak-anak terunanya.