Aksi Cium Sesama Jenis, Filem Lightyear Mungkin Tidak Akan Ditayangkan Di 14 Buah Negara

Share

Walt Disney dilaporkan tidak mendapat kebenaran untuk menayangkan filem Pixar terbaharu, “Lightyear” di 14 buah negara Timur Tengah dan Asia. Apa yang lebih merisaukan, nampaknya ia juga tidak akan ditayangkan di pasaran filem terbesar dunia, China.

Penerbit filem itu memberitahu Reuters

bahawa pihak berkuasa di China telah meminta pemotongan filem tetapi Disney enggan melakukannya dan menganggap filem itu tidak akan ditayangkan di sana juga. Di dalam filem Lightyear itu dikatakan mempunyai babak bercium pasangan sejenis dan ini membuatkan negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) juga turut mengharamkan tayangan filem tersebut.
Foto: The Wrap

UAE berkata, hubungan pasangan itu melanggar standard kandungan media negara tersebut dan homoseksualiti dianggap sebagai satu jenayah di kebanyakan negara Timur Tengah.

Wakil negara lain, termasuk Arab Saudi, Mesir, Indonesia, Malaysia dan Lubnan masih belum membuat kenyataan berkaitan dengan hal ini.

Foto: ScreenCrush

Dalam filem ini, kawan rapat kepada Buzz merupakan seorang renjer angkasa yang berkahwin dengan wanita lain. Ia merupakan adegan yang menunjukkan babak penting hubungan pasangan itu, termasuklah babak bercium.

Hm, ini merupakan satu khabar duka bagi peminat siri Toy Story. Sama-sama kita nantikan keputusan rasmi sekiranya filem ini tidak akan ditayangkan di Malaysia.

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN