Kuasa Allah SWT, siapalah kita untuk mempersoalkannya.
Menurut laporan Indonesia News, sebuah pulau kecil telahpun ‘timbul’ di daerah Loaholu di Nusa Tenggara Timur, Indonesia pada 14 April lalu. Kawasan itu juga berdekatan dengan Pulau Rote.
Ini berikutan cuaca hujan ribut dan angin kencang yang kini sedang melanda sekitar rantau Nusantara. Di Indonesia, cuaca ini telah dinamakan sebagai Taufan Tropikal Seroja ataupun Seroja Tropical Cyclone dan pihak berkuasa tempatan di sana telah mula mengambil tindak susulan selepas kemunculan pulau tersebut.
Ads
Gabenor Nusa Tenggara Timur iaitu Josef Nae Soi dalam sidang media berkata, “Terdapat daratan yang secara tiba-tiba muncul di tengah lautan. Kami akan lakukan kajian terhadap pulau ini.”
Beberapa video yang dirakam oleh warga tempatan menunjukkan penduduk di sama ‘melawat’ pulau berpasir dengan keluasan diameter kira-kira 500 meter itu.
Ads
Ramai yang melontar spekulasi berkenaan fenomena itu dari sudut geologi. Namun teori paling popular buat masa ini adalah ia terhasil daripada fenomena ombak tinggi dan puting beliung semasa Taufan Seroja melanda kawasan itu.
Malah ada juga yang berkata putaran angin kencang mencipta satu ‘lubang kosong’ sehingga sedimen pada dasar laut terangkat ke atas dan membentuk pulau baru.
Ads
Justeru, sementara tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan buat masa ini, Institut Sains Indonesia (LIPI) sedang cuba menyelesaikan misteri di sebalik kemunculan pulau ini.
Untuk pengetahuan, kejadian pulau baru yang timbul selalunya dikaitkan dengan letusan gunung berapi di bawah laut.
Contoh terdekat adalah seperti yang berlaku di kepulauan Tonga pada tahun 2019, juga di Indonesia.
Dalam kejadian alam itu, letusan gunung berapi telah menenggelamkan sebuah pulau, namun mencipta satu pulau baru tiga kali lebih besar daripada pulau yang lama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika semalam kecoh tentang kemunculan Facebook Group baru yang diberi nama Riak Apa Hari Ini. Seperti namanya, grup ini mengumpulkan perkongsian-perkongsian riak daripada para netizen yang menghiburkan.
Menariknya, perkongsian yang dibuat netizen seolah berlumba-lumba serta komen yang dilemparkan pada setiap perkongsian antara yang membuatkan Facebook Group Riak Apa Hari Ini menjadi rancak.
Namun hari ini, seorang ustazah menegur dan menasihati agar grup Riak Apa Hari Ini ditutup.
“Mohon admin group “Riak Apa Hari Ni’ boleh tukar tajuk atau tutup terus.
“Pelbagai kemungkaran dan dosa sedang dihalalkan atas nama gurauan, perbualan bebas gurau senda lelaki perempuan, dedah aurat sebab nak tunjuk putih melepak dan emas sampai lengan, tunjuk harga dengan caption riak tapi kata gurau, share pakaian dalam, dan lain-lain yang aib sangat.
“Jangan indahkan perkataan keji ‘riak’ atas nama gurauan,” katanya.
Sumber Gambar : Facebook Ustazah Asma’ Harun
Ustazah dan pendakwah bebas, Asma’ Harun di laman Facebook-nya menaik status berpendapat bahawa grup seperti ini mendatangkan kesan yang tidak baik terutamanya kepada warganet beragama Islam.
Rata-rata warganet bersetuju dengan status yang dimuat naik itu dan menyokong tegurannya.
Alhamdulillah, nasib ada ustazah yang menasihati kita semua!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Remaja lelaki tersebut dilihat mengeluarkan kata-kata kesat sejurus selepas menduduki peperiksaan SPM. Terlarut dengan emosi, pelajar tersebut bertindak menghina pembuat kertas soalan Sejarah selain turut mengeluarkan kenyataan sensitif mengenai Singapura.
Sedar akan kesilapannya, remaja lelaki tersebut bersama rakannya iaitu perakam video tampil membuat permohonan maaf menyesali tindakannya itu.
Ditahan Polis
Rentetan daripada itu, Polis Diraja Malaysia mengesahkan tindakan mereka menahan dua pelajar yang tidak berpuas hati dengan soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia adalah mengikut peruntukan undang-undang.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintenden Suffian Abdullah berkata kedua-dua pelajar berusia 18 tahun itu direman selama dua hari bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Tahanan reman selama dua hari terhadap dua pelajar ini dibuat bagi merakam keterangan dengan lebih teliti dan menyemak fakta daripada pihak berkaitan termasuk isi kandungan telefon bimbit serta mendapatkan laporan disiplin daripada pihak sekolah.
“Walaupun mendapat perintah tahanan reman selama dua hari namun setelah berpuas hati dengan siasatan yang dibuat, kedua-dua pelajar dibebaskan hari ini pada 11 pagi dengan jaminan polis,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya…huhu
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saban tahun, apabila jerebu berlaku, Indeks Pencemaran Udara akan menunjukkan bacaan tidak sihat. Bagi mengelak masalah berkaitan kesihatan, rakyat Malaysia disarankan untuk memakai penutup mulut, tidak berada di kawasan terbuka, kerap minum air masak selain lain-lain nasihat-nasihat lagi.
Masalah jerebu akibat pembakaran hutan tanah gambut untuk pertanian di Indonesia biasanya melibatkan jutaan hektar (2.6 juta hektar melibatkan kerugian RM62 bilion) di mana kita bagaikan sudah terbiasa melihat langit seakan mendung seperti tiada matahari keluar. Masa yang sama, kita akan terasa sesak nafas, mata pedih dan lain-lain simptom bila jerebu melanda.
Hari ini, Presiden Indonesia, Joko Widido atau mesra di sapa Jokowi mengakui MALU dengan Malaysia dan juga Singapura akibat jerebu yang melanda disebabkan pembakaran terbuka dilakukan. Pak Jokowi juga berkata di Twitternya dua hari lalu yang beliau akan memecat mana-mana anggota bomba yang gagal memadamkan kebakaran tersebut.
Untuk info kita semua, masalah jerebu ini sudah berlaku sejak 1975 lagi dan tahun-tahun sebelum ini lebih kerap di mana saban tahun kita akan menghadapinya.
Bak kata kartun TORA DATANG LAGI, signifikan JEREBU DATANG LAGI juga sudah menjadi jenaka bagi rakyat Malaysia yang mungkin sudah menganggap masalah jerebu ini tak akan dapat diselesaikan selagi Indonesia tidak menyelesaikan cara menangani pembakaran hutan secara terbuka untuk industri pertanian mereka.
Indeks Pencemaran Udara beberapa hari ini tidak sihat dan masalah ini saban tahun berulang
Untuk korang, REMAJA senaraikan permohonan maaf yang pernah dibuat oleh bekas Presiden dan Presiden Indonesia ini mengenai isu ini. Dan nilaikanlah sendiri ya kata-kata maaf ini.
Jun 2013, bekas Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono meminta maaf kepada Malaysia dan Singapura yang dilanda jerebu sehingga menjejaskan kualiti udara kedua-dua negara itu akibat kebakaran hutan dan tanah gambut di Sumatera.
Bekas Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono
“Atas apa yang terjadi ini, selaku presiden saya meminta maaf dan pengertian saudara-saudara kami di Singapura dan Malaysia,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Presiden di sini pada Isnin malam.
“Tentu, tidak ada niat Indonesia atas apa yang terjadi,” katanya.
Yudhoyono berkata pada masa ini kawasan yang terlibat dengan kebakaran itu iaitu Jambi, Bengkulu, dan Riau ditetapkan sebagai daerah bencana berstatus darurat, dan kerajaan pusat mengerahkan tenaga secara maksimum untuk menangani bencana itu. Beliau berkata Indonesia bertanggungjawab penuh untuk mengatasi masalah itu dan beliau yakin ia akan dapat diatasi dengan segera (Sumber : M Star)
Malah permohonan maaf dari Pak Jokowi juga masih berbunyi sama mengenai masalah jerebu ini.
Dalam satu sidang akhbar semalam, Presiden Indonesia ini mengakui malu dengan Malaysia dan Singapura.
“Saya kadang-kadang malu. Minggu ini saya akan ke Malaysia dan Singapura tetapi saya tahu minggu lepas ia menjadi tajuk (berita utama akhbar Malaysia) ‘jerebu’ memasuki negara jiran kita sekali lagi.
“Saya periksa (apa yang dimaksudkan dengan ‘jerebu’), ternyata asap. Berhati-hati, malu jika kita tidak dapat menyelesaikannya,” katanya pada majlis Rapat Koordinasi Nasional Pengendalian Kebakaran Hutan di Istana Negara di Jakarta.
Dalam pada itu, beliau memberi amaran kepada pegawai, mereka akan dipecat jika gagal menangani kebakaran hutan yang berlaku di Sumatera dan wilayah Kalimantan di Borneo. Jokowi berkata, beliau turut menjanjikan dana kerajaan bagi membekalkan peralatan canggih seperti dron untuk membantu menangani kebakaran itu.
“Saya sudah menghubungi komander tentera dan ketua polis memaklumkan tempat mereka akan digantikan jika masih gagal menyelesaikan isu kebakaran hutan dan tanah. Jangan memandang rendah titik panas, awalnya ia hanyalah api kecil dan jangan tunggu sehingga ia menjadi lebih besar,” katanya ketika mesyuarat penyelarasan menangani kebakaran hutan di istana presiden. (Sumber : Berita Harian)
Di bawah Akta Pencemaran Jerebu Antara Sempadan 2014, negara yang terjejas boleh mengemukakan saman mencecah RM300,000 sehari jika terbukti masalah jerebu ini menjadi masalah bagi negara yang tercemar.
So, apa kata korang mengenai isu jerebu ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!