Akhirnya, Twitter Bakal Perkenal Ciri Butang ‘Edit’ Tidak Lama Lagi

Share

Setelah sekian lama menanti, Twitter akhirnya menunaikan permintaan pengguna dan bakal memperkenalkan butang ‘Edit’ sebagai ciri terbaharu mereka tidak lama lagi. Twitter menjelaskan bahawa pihak mereka akan memulakan ujian melibatkan pengguna berbayar Twitter Blue tidak lama lagi untuk ciri penyuntingan Tweet ini.

Foto: Jeremy Bezanger

Jika sebelum ini korang tidak boleh menyunting semula setiap tweet yang telah dibuat, selepas ini khabarnya pengguna boleh memilih untuk melakukan penyuntingan tweet selepas ia diterbitkan. Terdahulu, Twitter tidak menambah butang edit kerana bimbang akan sesuatu tweet itu diubah maksud selepas ia popular dan menerima retweet yang tinggi, sekali gus membawa masksud sebenar yang berbeza.


Menurut Head of Consumer Product Twitter, Jay Sullivan berkata ciri edit menjadi salah satu feature Twitter yang paling banyak diminta oleh pengguna selama bertahun lamanya. Jay menjelaskan bila tanpa batas waktu, kawalan dan transparansi apa yang telah diubah, ciri edit tersebut dapat disalahgunakan.

Namun begitu, Twitter akhirnya akur dengan permintaan pengguna dan bakal memperkenalkan ciri terbaharu ini tidak lama lagi. So guys, sama-sama kita nantikan kemunculan ciri ‘Edit’ di laman Twitter akan datang.

Foto: Business Insider (Gambar hiasan)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1), (2)

IKLAN