Lepas 8 Tahun Menunggu, Sony Kongsikan Logo PlayStation 5 Bakal Dijual Disember 2020

Share

Berita baik buat ‘gamers’ di luar sana, permainan konsol PlayStation 5 (PS5) dilaporkan telah sedia untuk dilancarkan akhir tahun ini.

Selepas 8 tahun kekal bersama model PlayStation 4, Sony akhirnya bersedia untuk memberi sesuatu yang baru buat ‘kaki game’.

Sony akhirnya bakal melancarkan PlayStation 5 (PS5) pada penghujung 2020 selepas desas-desus pelancarannya pada tahun lalu.

PS5 hadir dengan pelbagai fungsi dan perubahan baharu yang dijanjikan untuk konsol permainan kali ini seperti alat kawalan Dualshock kepada teknologi haptic.

Namun pada majlis pelancaran mereka baru-baru ini, sedikit kecewa apabila logo rekaan terbaru PS5 sama sahaja dengan logo PS4 sebelum ini. Sehinggakan ada yang sudah

troll mengenai rekaan logo tersebut.

Berbalik kepada PS5, antara pembaharuan yang bakal hadir pada PS5 merangkumi sistem suara 3D, hardware ray tracing, adaptive triggers, ultra HD blu-ray dan penggunaan SSD menjadikan ia lebih pantas berbanding PS4.

Maklumat lain tentang PS5 masih lagi belum dikongsikan secara rasmi oleh Sony.

Dijangkakan PS5 akan dijual pada harga USD500 (RM2057.65). Untuk info, PlayStation 4 dikeluarkan oleh Sony pada 20 Februari, 2013.

So buat ‘kaki games’ tu dah boleh la menabung dari sekarang ye! Hiks

Sumber: Complex

IKLAN