Selangor Turun Carta, Sarawak Pula Catat Kes Harian Tertinggi COVID-19

Share

Catatan harian kes baharu positif COVID-19 pada hari ini sebanyak 17,352 setakat 12 tengahari tadi, ia menjadikan kes keseluruhan di Malaysia sebanyak 1,862,187.

Jika sebelum ini, Selangor kekal juara sebagai negeri yang catat kes tertinggi setiap hari. Hari ini penduduk Selangor boleh menarik nafas lega. Nampaknya program imunisasi di Lembah Klang membuahkan hasil dan warga Lembah Klang berjaya menurunkan kes harian. Wahh…

Top 5 negeri yang mencatatkan kes tertinggi ialah:

1. Sarawak +3714

2. Selangor +2126

3. Johor +2101

4. Sabah +1844

5. Kedah +1599

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman sosialnya.

Sarawak turut mencatatkan kes jangkitan varian Delta tertinggi dalam negara.

IKLAN