AKHIRNYA Malaysia Letak Larangan Visa Kepada Pelancong Dari Wuhan & Kawasan Terjejas

Share

Tak dapat dinafikan, ramai rakyat Malaysia yang menyuarakan rasa khuatir apabila kerajaan Malaysia masih membenarkan pelawat asing darI Wuhan dan kawasan berdekatan dengan daerah Hubei di China memasuki Malaysia sepanjang minggu lalu.

Ia berlarutan walaupun keadaan wabak menular semakin kritikal. Di kala banyak negara sudah menguat kuasakan larangan kemasukan kepada pelawat dari China atas faktor keselematan kesihatan, Malaysia masih menerima kehadiran mereka.

Hinggalah pada hari ini, rakan media di The Star melaporkan bahawa pejabat Perdana Menteri akhirnya memutuskan untuk tidak membenarkan sebarang kemasukan visa rakyat China dari Wuhan dan daerah Hubei ke Malaysia.

Kerajaan memerintahkan agar kelayakan visa itu ditarik oleh imigresen sebagai langkah mengurangkan risiko tersebarnya Virus Corona di sini.

Menurut mereka, prosedur ini dilakukan selaras dengan nasihat Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pakar.

Bagaimanapun, pihak imigresen akan menarik semula larangan tersebut setelah keadaan bertukar normal.

*

Dua hari lalu, rakyat bimbang akan kenyatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang tidak merancang untuk mengetatkan kemasukan rakyat China ke Malaysia walaupun dunia sedang berjaga-jaga dengan kes Virus Corona yang semakin mendadak.

Sumber: The Star

IKLAN