Akhirnya yang ditunggu oleh peminat K-Pop! The Boyz mengumumkan konsert jelajah dunia ketiga THE BOYZ WORLD TOUR: ZENERATION II dan apa yang lagi menarik! Mereka juga akan turun untuk memeriahkan Kuala Lumpur pada 7 Septembar ini di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
Sejak debut, The Boyz telah memikat hati para peminat K-Pop di seluruh dunia dengan pelbagai persembahan mereka yang dinamik selain dengan koreografi yang mengagumkan!
Konsert jelajah dunia The Boyz ini telah rasmi dimulakan dengan tiga malam persembahan berturut-turut di Seoul, Korea Selatan pada awal Julai lalu. Seterusnya, pelantun lagu Thrill Ride ini juga telah meneruskan perjalanan mereka di Eropah, Amerika Syarikat dan beberapa negara di Asia Tenggara termasuk melawat beberapa bandar seperti New York, Los Angeles, Bangkok, Jakarta, Kuala Lumpur, Manila, Macau, Osaka, Paris, London, dan beberapa lagi.
Ads
The Boyz terdiri daripada 11 anggota iaitu Sangyeon, Jacob, Younghoon, Hyunjae, Juyeon, Kevin, New, Q, Ju Haknyeon, Sunwoo, dan Eric telah memulakan debut sejak tahun 2017.
Ads
Mereka juga telah meraih banyak anugerah dan penghargaan sehingga kini sebagai salah satu kumpulan K-pop yang menonjol dalam industri utamanya untuk generasi K-Pop keempat. Antara anugerah pernah dimenangi adalah termasuk Asia Artist Awards (AAA), Golden Disc Awards, Seoul Music Awards, The Fact Music Awards, dan Melon Music Awards.
Ads
Bagi peminat The Boyz (The B) di Kuala Lumpur, anda boleh bersedia untuk ticket war pada 30 Julai ini bermula 12 tengah hari melalui my.bookmyshow.com. Apa yang lagi best untuk konsert jelajah THE BOYZ WORLD TOUR: ZENERATION II IN KUALA LUMPUR adalah The B juga berpeluang untuk dapatkan sesi Hi-Touch bersama anggota The Boyz yang comel-comel ini tau!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Niatnya untuk lakukan yang terbaik semasa pertandingan, tetapi lain pula jadinya.
Seperti yang umum tahu, pelakon Syafiq Kyle merupakan naib juara Hero Remaja 2011/12 dan sejak itu, karier lakonannya telah jauh meningkat sehingga dinamakan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di beberapa acara anugerah tempatan.
Namun, apa yang ramai orang tidak tahu adalah Syafiq pernah terlibat dalam insiden kemalangan motosikal sewaktu bertanding dahulu.
Syafiq bersama Fattah Amin & Saharul Ridhwan
“Sampai satu tahap, doktor tak benarkan saya untuk lakukan apa-apa aktiviti semasa bertanding untuk Hero Remaja kerana kecederaan yang saya alami.
“Walaupun tak sihat, saya tetap hadir untuk tugasan dan cabaran. Tak join sekali pun tak apa asalkan saya berikan semangat kepada kawan lain. Saya anggap diri saya bertuah kerana mempunyai kawan dalam Hero Remaja yang mengambil berat.
“Mereka faham dengan situasi saya dan tak benarkan saya sertai. Momen itu secara tak langsung mengajar saya erti kawan itu sendiri,” katanya sewaktu dalam temu ramah bersama REMAJA, tak lama dahulu.
Hero Remaja Medan Kejar Populariti?
Baik pencarian Hero Remaja mahupun Dewi Remaja, ramai pihak yang menganggapnya sebagai platform untuk mudah popular.
Bagi Syafiq, dia tak menafikan pendapat itu memandangkan dia sendiri menyertai Hero Remaja untuk menaikkan namanya lagi selepas terlibat dalam drama Tanah Kubur pada tahun 2011.
Syafiq untuk paparan Majalah Maskulin 2017.
“Tapi saya lebih suka untuk menganggap Hero Remaja sebagai platform untuk ‘lebih dikenali’.
“Selepas tamat pencarian, ramai yang lebih mengenali saya di kalangan pihak produksi. Tak salah pun untuk lebih dikenali kerana ia membuka peluang kepada pelakon untuk menerima projek baru.
“Pada usia semuda korang sekarang, tak salah untuk mencuba nasib dan explore peluang yang ada. Itu yang saya lakukan semasa menyertai Hero Remaja 2011/2012 dan sekarang tiba masa korang pula mencubanya,” kata Syafiq yang baru muncul dengan filem Pusaka.
Jom tonton temu ramah REMAJA bersama Syafiq dahulu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seseorang pengacara memainkan peranan penting dalam sesebuah rancangan televisyen. Lebih-lebih lagi rancangan berkala besar seperti konsert. Jihan Muse merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi sebagai seorang pengacara.
Mengacarakan rancangan Gegar Vaganza sejak dari musim pertama, menyaksikan perubahan gaya fesyennya yang semakin matang dan anggun seiring perubahan penampilan yang sudah berhijab.
Sudah lapan minggu Gegar Vaganza berlangsung dan busana yang disarungkan Jihan cukup menarik. Lapan minggu yang penuh warna dengan balutan busana rekaan pereka tempatan yang kreatif dan juga penata gaya fesyennya yang tidak putus berkarya bagi memastikan penampilan Jihan on point saban minggu.
Jom kita imbas kembali gaya fesyen Jihan.
Menggayakan busana rekaan Zaimi Zulkafli. Gaun sarat fabrik tulle ini menyerlahkan gaya moden yang lari dari kebiasaan.
Gaya blazer dan skirt kembang dihiasi riben besar dileher. Paduan warna hiitam top-to-toe menyerlah penampilan. Hasil rekaan Wanpa.
Gaun labuh rona merah terang memnyerlahkan gaya glamor dan berani. Busana ini hasil rekaan pereka muda, Syamil Fazwan.
Gaun rekaan Khairi Sufi ini cukup bereksperimen dengan skirt pleats ditambah pula riben besar menutupi dada.
Gaun rona hijau polos ini cukup ringkas namun diserikan dengan perincian juraian yang menambah nilai agar tidak bosan. Busana rekaan Seth & Luna.
Busana berpeplum rekaan Teh Firdaus ini nampak mewah dengan perincian bulu pelepah menghiasi bahagian sebelah lengan baju.
Gaya ala trench dihiasi dengan serlahan skirt tulle bergradien warna ombre memberikan kelainan. Hasil rekaan Wan and Mary.
Jihan nampak regal dalam persalinan rekaan Wanpa ini. Paduan corak ala houndstooth rona merah hitam ini menjadikan tampilan keseluruhan mewah
.
Mungkin gaya fesyen yang ditampilkan Jihan ini boleh menjadi inspirasi kepada anda yang mahukan rujukan gaya glamor. Interesting and appropriate for hijabi.
Jadi apakah yang bakal beliau sarungkan untuk konsert separuh akhir dan akhir nanti? Sama-sama kita nantikan.
Negara Filipina mengumumkan penutupan pulau percutian terkenal, Boracay kepada para pelancong bermula akhir April ini selama enam bulan.
Ini berikutan kebimbangan kerajaan negara tersebut terhadap tahap pencemaran alam sekitar di Boracay yang semakin kritikal. Malah ia sudah mula kelihatan umpama ‘loji kumbahan’ menurut penduduk tempatan di sana.
Penutupan bermula 26 April ini disampaikan oleh Presiden Rodrigo Duterte melalui akaun Twitter. Penjelasan beliau berbunyi, “Boracay terkenal sebagai syurga di negara kami dan penutupan sementara ini akan memastikan generasi akan datang dapat menikmatinya.”
Walaupun penulis memahami keputusan yang diambil oleh Filipina ini, keputusan tersebut juga secara tak langsung menjejaskan nasib ribuan pekerja yang menjadikan Boracay sebagai sumber pendapatan mereka.
Setiap tahun, Boracay menerima 2 juta orang pelancong dan kemasukan kira-kira AS$1 bilion (RM3.87 bilion) kepada ekonomi Filipina. Dengan penutupan ini, pastinya ekonomi Filipian juga turut terjejas.
Pantai Dan Hidupan Marin Semakin Terancam
Presiden Filipina juga mengecam 500 buah hotel, restoran dan perniagaan lain yang dituduh membuang najis dan bahan kumbahan terus ke dalam laut dan menjadikan laut terkenal Boracay sebagai ‘kolam najis’.
Ini berikutan ketiadaan saluran kumbahan yang betul untuk menyalurkan najis dan bahan terpakai. Boracay juga tidak mempunyai sistem berkualiti untuk proses rawatan semula buat masa ini.
Sebelum
Selepas.
Pada minggu lalu, kerajaan Thailand juga telah mengumumkan penutupan Maya Bay di Thailand yang terkenal sebagai lokasi penggambaran filem terkenal The Beach yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio selama empat bulan mulai Jun tahun ini.
Walaupun keputusan kerajaan di rantau Asia Tenggara ini akan menjejaskan ekonomi serantau, setidak-tidaknya ia menunjukkan bahawa kita sememangnya bertanggung jawab terhadap keadaan persekitaran semula jadi di rantau ini.
* * * * *
Demi memelihara kecantikan semula jadi pantai, laut dan spesis marin di sana, terpaksalah kita berkorban sekejap.
Lebih baik ia ditutup sebentar berbanding menyesal pada masa akan datang. Betul tak?
See you in November, Boracay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.