Akhirnya, 50,000 Komputer Riba Bakal Diterima Para Pelajar Sekolah Mulai Mei Ini

Share

Mesti ramai yang tertanya-tanya bila agaknya pemberian 150,000 komputer riba bernilai RM150 juta kepada pelajar yang memerlukan ketika belanjawan 2021 diumumkan dulu diterima?

Yelah, sejak kebelakangan ini banyak sekolah yang mula ditutup semula dengan peningkatan jangkitan COVID-19. Hal ini juga membimbangkan ibu bapa dan juga pihak guru.

Terbaru, akhirnya CERDIK mengumumkan sebanyak 13,000 peranti telah diedarkan oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) kepada Pejabat Pendidikan Daerah di beberapa negeri. Dari jumlah ini 1000 telahpun diberikan kepada pelajar yang layak. CERDIK menyasarkan sekurang-kurangnya 50,000 peranti akan diberikan kepada pelajar menjelang penghujung Mei ini dengan bakal 100,000 lagi peranti akan diberikan menjelang September.

Untuk info, CERDIK merupakan inisiatif perintis tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bertujuan untuk menyediakan akses digital yang terdiri daripada komputer riba, tablet, dan sambungan data kepada murid-murid daripada keluarga berpendapatan rendah.

Inisiatif ini melibatkan sumbangan bernilai RM150 juta daripada 22 GLCs/GLICs.

Alhamdulillah…so lepas ini tak ada la lagi orang ramai mempersoalkan pemberian komputer riba ini dan  moga pembelajaran para pelajar pun akan lebih mudah dan lancar.

Bestnya dapat komputer riba!

Sumber: Bernama

IKLAN