Akan Ikut Langkah, Samsung ‘Setuju’ Dengan Tindakan Apple Tak Sediakan Charger?

Share

Pula dah..

Baru-baru ini, REMAJA pernah melaporkan mengenai pelan syarikat teknologi gergasi Amerika Syarikat iaitu Apple untuk tidak lagi menyediakan pengecas bateri (charger) di dalam pek model telefon iPhone seterusnya.

Walaupun ramai yang mengecam dengan rancangan Apple itu, namun mereka tidak terkejut dengannya. Ini memandangkan revolusi yang dilakukan oleh Apple baru-baru ini terhadap gajet yang mereka perkenalkan telahpun mendatangkan masalah kepada pengguna setia mereka.

Sebagai contoh, pengeluaran model iPhone tanpa earphone jack telah memaksa bakal pengguna untuk mendapatkan EarPods, AirPods, fon telinga ataupun kepala yang disokong dengan fungsi Bluetooth.

Menariknya, tindakan Apple itu telahpun ‘ditiru’ oleh beberapa pesaing terdekatnya seperti Samsung untuk rangkaian Samsung Galaxy bermula dengan Galaxy Note 10-nya (2019) yang didatangkan tanpa earphone jack.

Perubahan pada telefon pintar Samsung yang kini tidak menyediakan earphone jack.

Terkini, apabila model terbaru iPhone 12 dilaporkan akan dijual tanpa disertakan dengan pengecas bateri (charger) di dalam pek jualan, sekali lagi ura-ura bahawa Samsung akan mengikut jejak langkah tersebut bertebaran..

Menurut laporan berita ETNews dari Korea Selatan, ia mungkin akan dilaksanakan bermula tahun 2021 demi merendahkan kos penjualan dan disebabkan ramai pengguna setia Samsung telahpun memiliki charger sedia ada.

Bukan hanya itu, tindakan ini juga dikatakan boleh memberi impak signifikan terhadap kesan kepada alam sekitar apabila bahan buangan dapat dikurangkan.

Bagaimanapun, seperti Apple yang menawarkan charger 20W baharu untuk pembelian berasingan, korang juga masih boleh membeli charger Samsung secara berasingan di stor mereka.

*

Pada pandangan korang, adakah ia akan membantu untuk mengurangkan harga jualan ataupun telefon pintar Samsung dan Apple masih akan dijual pada kadar harga sama?

Jom lihat beberapa perkara yang kami ketahui mengenai model iPhone 12 terbaru.

 

IKLAN