Hiburan

Aisha Retno Kena ‘Panic Attack’ Selepas Persembahan Di AJL38

Share

Penyanyi berbakat besar, Aisha Retno diserang ‘anxiety’ sebelum sesi sidang media bersama barisan pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38, di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, malam tadi.

Menurut pelantun lagu popular Sutera itu, dia tidak dapat menjelaskan insiden itu dengan terperinci kerana di luar kawalannya.

“Apa yang saya boleh katakan, kita tidak tahu apa yang boleh berlaku kepada tubuh kita. Mungkin kepenatan, tetapi, saya tidak fikir keletihan sebagai alasan untuk kita sebagai artis.

“Apabila Allah kata hendak jadi, maka jadilah perkara itu,” katanya kepada Remaja.

Pada masa yang sama, Naib juara AJL38 itu sempat berkongsi rasa bangga kerana dapat berada sebaris dengan dua idolanya iaitu Amir Jahari dan Aina Abdul.

“Amir dan Aina adalah idola saya. Saya bangga dapat berada bersama mereka. Ini kali pertama saya berada di AJL dan akhirnya menyandang gelaran naib juara.

“Kalau ada rezeki lagi selepas ini, saya nak sertai AJL lagi di edisi seterusnya,” tuturnya lagi.

Untuk info, Lagu Sutera ciptaan Aisha dan MFMF menduduki tepat kedua AJL38 membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi.

Untuk kategori persembahan terbaik, Aisha meraih wang tunai RM12,000 dan trofi. Aisha menewaskan pesaing terdekatnya, Shiha Zikir yang mempertaruhkan lagu Kalam pada AJL 38.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


IKLAN