Jenama Milo bukanlah asing di Indonesia. Seperti di Malaysia, masyarakat di sana sudah terbiasa dengan hidangan Milo panas dan Milo ais.
Namun kini, ada satu lagi menu spin-off menggunakan serbuk minuman itu yang semakin viral di Indonesia, khususnya di Yogyakarta.
Versi Malaysia.Versi Indonesia.
Semuanya berlaku apabila pengusaha warung di Indonesia mendapat ilham daripada sebuah video YouTube dari Malaysia yang menunjukkan cara pembuatan Ais Kepal Milo.
Snek tersebut dipopularkan oleh Gerai Ais Kepal Milo Tok Abah di Kuala Kangsar Perak sejak 3 tahun lalu.
Ads
Gerai Ais Kepal Tok Abah, Kuala Kangsar.
Ads
Hanya selepas seseorang memuat naik video penghasilannya pada Januari tahun ini, pasangan yang mengendalikan sebuah warung di Yogyakarta pula yang mempopularkannya di sana.
Danang Arryo WIguno dan Rara tidak menyangka warung kecilnya yang menjual Ais Kepal Milo di Jalan Surami Yogyakarta menjadi viral selepas ramai vlogger yang datang ke sana dan mempromosikannya.
Ads
Bukan saja di Yogyakarta, kini Ais Kepal Milo telah popular di Jakarta sejak awal April tahun ini. Bukanlah niat kami untuk membeza-bezakan menu di Malaysia dan Indonesia. Namun jika sudah dinamakan serumpun, pasti ada ‘inspirasi’ dari Malaysia yang cuba diadaptasikan kepada rakyat di Indonesi, dan begitu juga sebaliknya.
So kalau korang terjumpa snek ini semasa di Indonesia, jangan lupa ambil gambar dan post di media sosial okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya hari ini tiada topik lebih hangat melainkan tentang keputusan SPM yang diumumkan pada hari ini terutamanya di kalangan remaja. Pelbagai reaksi telah dikongsi oleh banyak pihak sama ada di laman media sosial ataupun menerusi portal berita terkenal seluruh tanah air.
Remaja juga tidak ketinggalan memaparkan reaksi serta respon daripada pelbagai pihak terutamanya selebriti. Pada hari ini, Remaja berkesempatan bertemu mata dengan pelakon dan penyanyi muda terkenal dengan drama ‘Mencintaimu Mr. Photographer’, Hannah Delisha.
Hannah Delisha bersama Huawei Nova 2 Lite yang dilancarkan pada hari ini.
Dan peluang ini Remaja ambil untuk mendapatkan reaksinya tentang keputusan SPM yang diumumkan pada hari ini.
“Tahniah kepada semua calon yang mendapat keputusan cemerlang. Yang kurang mendapat keputusan baik, don’t give up, do your best. You go low now but then you go up!” jelasnya yang ditemui ketika pelancaran telefon pintar terbaru Huawwi Nova 2 Lite.
Jelas Hannah Delisha lagi, calon-calon yang tidak mendapat keputusan cemerlang tidak boleh berputus asa dan terus berusaha. Apa yang penting mereka harus refleks kembali di manakah kelemahan yang ada dan cuba untuk perbaikinya di masa akan datang. Hidup ini kadangkala bukan hanya tentang cemerlang atau tidak tetapi ia membawa makna yang lebih dari itu.
Berkongsi tentang pengalamannya sewaktu di bangku sekolah dahulu Hannah Delisha berkata, “semasa saya berdepan peperiksaan dahulu saya tidak meletakan sasaran terlalu tinggi. I only do my best dan terima keputusan dengan hati terbuka. Jika tak dapat keputusan yang baik itu tidak mengapa kerana bagi saya yang penting ialah perancangan selepas itu”.
Pada majlis pelancaran Huawei Nova 2 Lite, Hannah Delisha yang juga merupakan duta jenama tersebut selama dua tahun berturut-turut berkongsi tentang perkembangan terkini karier seninya.
HUAWEI Nova 2 Lite yang menampilkan Hannah Delisha sebagai duta ini bakal berada di pasaran bermula pada 23 Mac 2018.
“Dalam masa terdekat saya akan lancarkan single baru berjudul ‘Tak Perlu Kata Apa-Apa’. Lagu ini sebenarnya lagu nasigat terutama pada orang yang selalu dapat komen atau berdepan harrasment di media sosial. Ia lagu untuk ajak orang yang dikecam stay positif dan tidak layan kecaman tak berasas di media sosial.
“Saya sendiri pernah juga terima pelbagai jenis kritikan dan komen yang kasar dan berbentuk harrasment. Jadi lagu ini secara tidak langsung bertindak sebagai respons untuk orang yang berdepan masalah ini seperti saya. Stay strong dan tak perlu cakap apa-apa”.
Untuk karier lakonan pula, Hannah Delisha bakal muncul dalam filem berjudul ‘Langsuir’yang mungkin keluar pada bulan Jun ini. Dia memegang watak sebagai ‘langsuir’. Menerusi filem ini Hannah Delisha sekali lagi digandingkan dengan Syafiq Kyle yang sebelum ini menjadi hero dalam drama ‘Mencintaimu Mr. Photographer’. Pelakon lain yang turut membintangi filem ini alah Julia Farhana, Daaim Jailani dan ramai lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 PyeongChang kini sedang dilangsungkan dengan penuh meriah di Korea Selatan. Temasya yang menghimpunkan atlet-atlet sukan musim sejuk terbaik seluruh dunia ini juga menyaksikan negara kita pertama kali menyertainya. Malaysia BOLEH! 🙂
Mungkin populariti sukan musim sejuk di negara kita masih belum berada di tahap tertinggi namun sokongan dan perhtian semakin meluas dapat kita saksikan terutamanya di laman media sosial. Keghairahan sokongan terhadap pasukan hoki ais pada Sukan SEA tahun lalu juga menjadi pemangkin kepada lebih ramai orangingin ambil tahun tentang sukan musim sejuk.
Dan kebiasaannya pada temasya Olimpik atlet muda yang berusia belasan tahun sentiasa menjadi perhatian media. Ini kerana pada usia muda mereka mampu beraksi di peringkat tertinggi dan bukanlah calang-calang atlet!
Begitu juga dengan halnya dengan Red Gerard, atlet papan luncur salji (snowboard) dari Amerika Syarikat. Dia yang baru berusia 17 tahun tidak jauh beza dengan remaja yang lain yang mempunyai tabiat tidak elok; contohnya menonton televisyen atau siri TV menerusi Internet (terutamanya di Netflix) sampai tidak tidur pada waktu malam.
Begitulah yang terjadi kepadanya. Akibat berjaga sepanjang malam menonton siri komedi, ‘Brooklyn Nine-Nine’ menerusi Netflix dia hanya tidur 20 minit sebelum dikerah beraksi di Sukan Olimpik!
Menurut rakan sebiliknya, Kyle Mack dia terkejut apabila mendapati Red berjaga sepanjang malam. Selepas tidur sekejap dia segera mengambil makanan pagi dan terus ke lokasi pertandingan.
Namun dengan bakat luar biasa yang dimilikinya, Red Gerard berjaya mempamerkan persembahan luar biasa dan merangkul pingat emas. Ini dilakukannya dengan keadaan tidak cukup tidur! Dia berjaya mempamerkan persembahan penuh bertenaga dan luar biasa hingga mencatatkan jumlah mata sebanyak 87.16 dalam kategori slopestyle snowboarding.
Netizen berasa cukup kagum dan ‘terhibur’ dengan fakta bahawa dia berjaya melakukan the impossible walaupun tak cukup tidur. Pelbagai reaksi menerusi Twitter turut mencuit hati.
Atlet yang berasal dari Colorado ini merupakan atlet paling muda dalam sejarah pernah memenangi pingat emas Olimpik bagi acara papan luncur salji.
Inilah yang orang namakan kalau dah power memang tak ke mana! 😀
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tragedi gempa bumi yang melanda kepulauan Sulawesi di negara jiran kita cukup menyayat hati. Rakaman beberapa video mencemaskan ketika kejadian gempa dan tsunami yang dikongsi sejak ia berlaku pada minggu lalu terus mendapat perhatian netizen di seluruh dunia.
Kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu kini telah mencatatkan seramai lebih 1200 orang korban dan angka tersebut dijangka akan terus meningkat. Proses mencari dan menyelamat kini masih giat dijalankan oleh pihak berkuasa Indonesia.
Menara kawalan yang rosak teruk akibat gempa bumi.
Antara kawasan yang teruk terjejas akibat gempa bumi berskala 7.5 skala richter tersebut ialah Palu di Sulawesi. Selepas kejadian gempa bumi, bumiSulawesi juga turut dilanda tsunami yang membawa ombak lebih tiga meter.
Di sebalik tragedi ini muncul sebuah kisah pengorbanan seorang anak muda berusia 21 tahun yang menggadaikan nyawanya sendiri demi keselamatan orang lain. Nama Anthonius Gunawan Agung telah menjadi tular di kalangan netizen Indonesia dan juga di negara kita kerana berkorban demi keselamatan anak kapal dan penumpang Batik Air.
Keadaan Lapangan Terbang Mutiara Sis Al Jufri selepas dilanda gempa bumi.
Anthonius merupakan seorang Pengawal Trafik Udara yang bertugas di Mutiara Sis Al Jufri Airport di Palu ketika kejadian gempa berlaku. Semasa kejadian gempa bumi berlaku pesawat Batik Air sedang meluncur untuk terbang tetapi masih belum meninggalkan landasan.
Walaupun gempa bumi berlaku, Anthonius tidak meninggalkan menara kawalan dan terus membantu pesawat tersebut untuk berlepas. Menurut laporan dia merupakan orang terkahir yang meninggalkan menara kawalan. Akibat berlakunya gegaran dan runtuhan, Anthonius telah terjun daripada bangunan setinggi empat tingkat untuk menyelamatkan diri.
Jasad Anthonius Gunawan Agung disambut seperti wira!
Disebabkan jatuhan itu dia mengalami cedera parah dengan tangan, kaki dan tulang rusuknya patah. Dia kemudian dibawa ke hospital berdekaran untuk mendapatkan rawatan namun dia meninggal dunia.
Menurut Sekretaris Perusahaan AirNav Indonesia, Didiet K.S. Radityo, “Anthonius Agung telah mendedikasikan diri kepada tugasnya hingga ke akhir hayat”.
Jurucakap mereka, Yohannes Sirait juga berkata pengorbanan daripada Anthonius Agung itu telah menyelamatkan ratusan nyawa di dalam pesawat tersebut. Sebagai tanfda penghargaan organisasi mereka telah memberikan kenaikan 2 pangkat kepadanya.
Netizen di laman media sosial tidak henti-henti memberikan kata-kata pujian dan terharu mereka terhadap pengorbanan seorang anak muda yang hanya berusia 21 tahun ini.
Semoga kisah ini dapat memberikan inspirasi kepada kita semua.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susulan konflik yang kian meruncing di Asia Barat, proses membawa pulang rakyat Malaysia dari beberapa negara menemui sedikit kesukaran.Ini berikutan penutupan ruang udara di...