AirAsia ‘Level Up’ Trend Boba Tea Dengan Tawaran Atas Kapal Terbang, Harganya..

Share

Trend minuman popular, Boba Milk Tea akhirnya membuat kemunculan pertamanya di dalam sistem pengangkutan awam.

 

Di atas kapal terbang, no less. Kelas kau!

Syarikat penerbangan tambang murah iaitu AirAsia Thailand serta AirAsia X Thailand mengumumkan menu terbaru mereka di atas pesawat iaitu minuman Boba Tea, melalui akaun Facebook dan Instagram.

Wow. Nampaknya Boba Milk Tea bukan saja trend yang digemari di Malaysia tetapi juga di negara jiran. Cabang AirAsia tersebut menjadi yang pertama dalam ‘keluarga’ AirAsia untuk menawarkan Boba Tea pada harga BAHT 75 ataupun RM10.

Tak adalah mahal sangat kan berbanding menu atas pesawat lain.

Untuk pengetahuan, bubble yang digunakan diperbuat Konjac iaitu tanaman popular di rantau Asia Tenggara.

Ia dilaporkan membantu mengurangkan kadar gula dan kolestrol. Tak adalah pelanggan takut-takut nak order Boba Milk Tea atas faktor kesihatan.

Buat masa ini, masih belum ada ura-ura pesawat AirAsia dan AirAsia X dari Malaysia menawarkan Boba Milk Tea.

Tapi kalau ada dalam masa terdekat ini, memang terbaiklah!

IKLAN