AirAsia Bakal Tawar e-Hailing Udara, Dari KLIA Ke KL Sentral Hanya Dalam 11 Minit

Share

AirAsia bakal memperbesar skop perkhidmatan e-hailing ini dengan menawarkan pengalaman baharu buat pelanggan mereka.

Lapor Astro Awani, AirAsia merancang menawarkan perjalanan udara menggunakan pesawat elektric vertical take-off and landing (eVTOL).

Berita ini telah disahkan sendiri olah Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Berhad, Tan Sri Tony Fernandes menerusi perkongsian di laman instagram yang berbunyi, “Akan bermula (dari) Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke KL Sentral hanya dalam masa 11 minit,”.

Foto: Muhammad Faiz Zulkeflee

 

Difahamkan, perkhidmatan secara ride sharing atau perkongsian penumpang oleh AirAsia Aviation Group Limited (AirAsia) ini melibatkan kerjasama dengan syarikat penyediaan pesawat yang berpangkalan di Ireland, Avolon.

Sekurang-kurangnya 100 unit pesawat elektrik kecil jenis VX4 eVTOL akan disewa oleh AirAsia. Ini sekali gus mentransformasi perkhidmatan e-hailing

dan perjalanan udara dengan sistem yang lebih canggih untuk keselesaan pelbagai segmen dan pengguna sasaran.
Instagram: @tonyfernandes

Bagaimanapun, perincian berkenaan operasi e-hailing ini masih belum didedahkan. Malah kita masih perlu menunggu pelancarannya hanya seawal tahun 2025.

Hm, ada lebih kurang tiga tahun lagi untuk kita merasa perjalanan dari KLIA ke KL Sentral hanya 11 minit. Agak-agaknya berapa pula harga e-hailing udara ini ya?

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja

untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

IKLAN