Penyanyi dan pencipta lagu, Amir Jahari menepati ramalan ramai pihak apabila beliau dan lagunya, Hasrat dinobatkan sebagai Juara Lagu bagi edisi ke-38, malam tadi.
Hasrat yang dicipta sepenuhnya oleh Amir membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi.
Saat Hasrat diumumkan sebagai juara, Amir terkedu seketika dengan keputusan tersebut sebelum melakukan sujud syukur di tengah-tengah pentas sambil matanya bergenang dengan air mata kegembiraan.
“Pertama sekali, terima kasih kepada isteri saya, bapa saya, emak saya. Kepada bandmate saya, Kasi Gegar Entertainment, terima kasih Luncai Emas dan Archive Music. Nusantara Sign dekat belakang sana, terima kasih kepada semua yang terlibat.
Ads
“Ini ada untuk anda semua dan ini adalah untuk kita. Terima kasih banyak-banyak,” ujarnya dengan nada sebak.
Ads
Sebagai info, Hasrat merupakan runut bunyi utama bagi filem Imaginur arahan Nik Amir Mustapha yang menemui pawagam pada tahun 2022. Bahkan pada persembahan Amir kali ini, ia turut diserikan dengan cameo istimewa teraju utama filem tersebut, Beto Kusyairi dan Diana Danielle.
Ads
Dalam pada itu, Aisha Retno & Aina Abdul turut menang besar di Anugerah Juara Lagu ke-38.
Aisha Retno yang melakukan persembahan sulungnya di pestas berprestij itu menerusi lagu Sutera menggondol trofi Naib Juara dan Persembahan Terbaik.
Manakala, 3 trofi yang disambar oleh Aina Abdul menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu pula adalah bagi kategori Pemenang Tempat Ketiga, Vokal Terbaik dan Penyanyi Pilihan Alha Alfa.
Turut bertanding pada malam ini adalah lagu Astana (Ernie Zakri; Omar K, Syamel dan Syazriq Azeman), Bintang (Hael Husaini), Santai (Naqiu; Faizal Tahir), Inilah JalanNya (Masdo; Noh Salleh), Darah (Marsha Milan; Naim Daniel dan Firdaus Rahmat), Kalam (Shiha Zikir; Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat), Kucuma (Wany Hasrita dan Afieq Shazwan; A Ramlee dan Ezra Kong), Waktu (Hasif Upin dan Ziana Zain; Iqie Hugh, John Jeeves dan Firdaus Rahmat) dan Selagi Ku Ada (Khai Bahar dan Nabila Razali; Amylea Azizan).
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Januari 2019 hampir berlalu, bagaimana dengan resolusi 2019 korang? Masih on track atau dah kelaut? Hehe… Personaliti korang mencerminkan pencapaian resolusi korang. Jangan push sangat nak kejar cita-cita tu, kita chill-chill je. YOLO kan?!
Ini adalah diri anda, dan kaitannya dengan resolusi anda. Masih ada berbaki 11 bulan lagi, semoga impian anda tercapai!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menyambut kelahiran cahaya mata sulung semestinya memori yang akan kekal terpahat di minda ibu bapa buat selamanya.Sembilan bulan mengandung bukanlah masa yang singkat.
Baru-baru ini, Sofyank, seorang pengaruh dan artis VFX Malaysia selamat bergelar seorang bapa setelah isterinya, Nabilah binti Ramli, berjaya melahirkan puteri pertama mereka pada 12 Disember.
Awhhh… cantik sangat tarikh kelahiran, 12.12!
Sofyank berkongsi berita gembira ini melalui cuitan di laman X (Twitter @sofyank96) berserta gambar yang memperlihatkan dia mendukung bayi mereka.
Pasangan ini turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan agar proses kelahiran anak pertama mereka berjalan lancar.
Pada Isnin lepas, Sofyank telah mengumumkan di laman Instagram tentang kehamilan isterinya yang sudah hampir melahirkan anak pertama tersebut dan meminta doa daripada orang ramai.
Pengumuman Sofyank ini mendapat sambutan positif daripada netizen, yang turut mengucapkan tahniah kepada pasangan ini atas kelahiran anak pertama mereka.
Menjenguk ke ruangan komen pula, terdapat segelintir netizen yang memberi komen berbaur usikan dan gurauan terhadap pasangan tersebut.
“Tahniah bro. Tapi tu real kan? Bukan effect kan?” tanya seorang netizen.
“Tahniah Pyan dan isteri. Semoga anak tersebut menjadi anak yang solehah. Jangan buat magic tiba-tiba minggu depan dah convo,” usik peminat lain.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecemerlangan sesebuah negara itu bukan hanya terletak kepada kejayaan ekonomi dan kestabilan politiknya; bahkan rasa cinta mendalam terhadap seni budaya ciptaan warga lokalnya juga adalah satu bentuk kecemerlangan dari sudut kemasyarakatan.
Begitulah rasa bangga yang terungkap apabila lagu raya berjudul ‘Serumpun’ nyanyian asal Mimifly telah menginspirasikan puluhan video parodi di media sosial.
Salah satu yang paling mencuri tumpuan adalah video parodi ciptaan aktres tempatan, Pashini Sivakumar.
Hanya dalam tempoh satu hari sahaja, video parodi yang memaparkan keharmonian masyarakat pelbagai budaya itu telahpun berjaya mencatatkan lebih satu juta tontonan.
Pashini yang lebih sinonim dalam kalangan penonton konten berbahasa Tamil tidak menukar gerak tari menggunakan bahasa isyarat yang diinspirasikan daripada video asal Mimifly.
Sebaliknya, Pashini mengekalkan esen kebudayaan tersebut hingga ke aspek pemakaian tradisionalnya yang cukup bersesuaian dengan semangat meraikan lebaran.
Untuk menonton video parodi oleh Pashini, klikDI SINI dan DI SINI.
Tangkap Layar: Facebook Pashini Sivakumar
Untuk pengetahuan korang, Pashini kini sedang mengorak langkah dalam industri hiburan tanah air berbahasa Melayu apabila beliau melakukan debut-nya sebagai teraju utama dalam filem berjudul Kari Kumari yang sedang dalam proses penggambaran.
Disamping sibuk sebagai aktres tempatan, Pashini terus-menerus mencipta kandungan di platform media sosial demi membawakan mesej keharmonian masyarakat yang hidup secara majmuk.
Tahniah Pashini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!