Aina Abdul Cover Lagu How You Like That, Orang Korea Beri Pujian Sebutan Memang Jelas

Share

Bakat penyanyi Nurul Aina Abdul Ghani atau pun lebih dikenali sebagai Aina Abdul sudah tidak perlu disangkal lagi kerana penyanyi wanita ini mempunyai vokal yang mantap. Lahir dalam sebuah program realiti televisyen, namanya semakin meningkat naik menerusi lagu Sumpah.

Pernah mencetuskan kontroversi di malam akhir Anugerah Juara Lagu 36 kerana persembahannya dikatakan membawa mesej bunuh diri, namun Aina tidak cepat melatah dan menjelaskan yang dia tidak terlintas untuk melakukan konsep seperti yang didakwa.

Namun apa yang menariknya tentang penyanyi ini, dia sering menyanyikan lagu cover di laman YouTubenya dan tidak dapat dinafikan lagi kekuatan vokal gadis ini memang power.

Terbaru, Aina turut menyanyikan lagu cover How You Like That daripada kumpulan popular Kpop Blackpink. Dengan susunan muzik yang ditukar sedikit mengikut gayanya tersendiri, cover lagu ini mendapat pujian daripada netizen.

Malah, seorang pengguna yang mengakui bahawa dia berasal dari Korea juga turut memberi pujian kerana sebutan nyanyian Aina begitu jelas baginya.

Nah, korang dengan dan nilaikan sendiri.

Macam mana, power kan?

IKLAN