Seorang graduan Ijazah Kedoktoran (PhD) dari Palestin, Dr Hanan Kamel Mohammed Saad meluahkan rasa sedih apabila terpaksa menghadiri majlis konvokesyen berseorangan tanpa ahli keluarga di sisi.

Menurutnya, ahli keluarga lain yang kini berada di Gaza sedang menghadapi peperangan melawan pihak musuh.

Apabila menceritakan nasib keluarga tercinta yang sedang berada di Palestin, Hanan Kamel berkata kali terakhir dia dapat berhubung dengan mereka adalah pada Sabtu (4 November) menerusi platform media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sudah Tentu Sabar Yang Paling Tertinggi…” Diddy Hirdy Kongsi Kunci Kejayaannya Sehingga Peroleh PhD

Ahli Keluarga Sedang Hadapi Peperangan Di Gaza, Graduan Dari Palestin Ini Tetap Semangat Terima PhD Pada Hari Konvokesyen

“Keluarga sempat mengucapkan tahniah kepada saya semalam, namun sedih apabila mereka tidak dapat meraikan kejayaan yang diraih bersama-sama hari ini.

IKLAN

“Tetapi, saya akui perasaan gembira bercampur sedih mengenangkan nasib keluarga di Gaza dan saya mengharapkan mereka diberi perlindungan Allah,” ujarnya.

Tambah graduan berusia 51 tahun itu, dia hanya boleh membalas mesej ringkas sahaja bersama keluarganya kerana talian internet yang lemah serta sering kali terputus di Gaza.

Jelas Hanan, serangan tidak berkesudahan daripada rejim Zionis menyebabkan situasi di Gaza kelihatan sangat buruk sehingga tiada tempat untuk penduduk menjadikan tempat tinggal.

IKLAN

Ahli Keluarga Sedang Hadapi Peperangan Di Gaza, Graduan Dari Palestin Ini Tetap Semangat Terima PhD Pada Hari Konvokesyen

“Ramai penduduk di sana bukan saja kehilangan ahli keluarga, malah juga hilang tempat tinggal akibat tindakan Israel yang mengebom Gaza.

“Bagaimanapun, saya bersyukur buat masa sekarang ahli keluarga saya berada di tempat yang selamat dan berharap mereka terus bertahan,” katanya lagi.

IKLAN

Ahli Keluarga Sedang Hadapi Peperangan Di Gaza, Graduan Dari Palestin Ini Tetap Semangat Terima PhD Pada Hari Konvokesyen

Graduan yang sedang mencari pekerjaan di Malaysia itu berkata bahawa dia hanya mampu menitipkan doa agar keadaan di tanah air bakal beransur pulih serta diberikan kebebasan.

Sekadar informasi, Hanan Kamel adalah antara 3,608 graduan UniSZA yang menerima ijazah doktor falsafah (PhD), sarjana, sarjana muda dan diploma pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA Ke-15 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah UniSZA, Terengganu.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Facebook UniSZA

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI