Personaliti media sosial popular, Adira Salahudi, berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan bayi ketiganya.
Dalam satu perkongsian di Instagram, Adira meluahkan perasaan teruja dan syukur atas kelahiran tersebut, selain menyifatkan sebagai pengalaman yang berbeza daripada sebelumnya.
“Assalamualaikum anakku Alora, anak ketiga ini berbeza sangat dari sebelum ini.
“Mamadira (Adira) kalini mengandung sangat relax, tapi last last ada drama juga,” coret Adira.
Ads
Walaupun proses kehamilan kali ini lebih tenang, Adira turut menceritakan bahawa akhirnya dia tetap melalui beberapa drama dalam tempoh tersebut.
Menerusi hantaran yang sama, isteri kepada pempengaruh Ammar Azizan itu turut menzahirkan rasa syukur kerana segala urusannya dipermudahkan, sambil mengucapkan penghargaan buat semua yang telah mendoakan kesejahteraannya.
Ads
“Alhamdulillah syukur dipermudahkan segala, terima kasih yang mendoakan Adira, tak terucap dan tak terbalas.
“Adira doakan Allah tunaikan doa yang baik-baik berbalik pada korang juga,” tambahnya dalam kapsyen.
Perkongsian itu turut disertakan dengan tagar #11/11/24, yang menunjukkan tarikh kelahiran anak ketiga mereka tersebut.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut tidak terlepas peluang mengucapkan tahniah buat pasangan berkenaan. Selain ada juga segelintir netizen yang memuji wad itu yang dilihat sangat estetik dan cantik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Adira Salahudi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penularan pandemik COVID-19 ketika ini ternyata membawa impak besar terhadap ekonomi negara. Tambahan lagi, situasi kes baru Covid-19 di Malaysia dilihat semakin melonjak selain pertambahan kes kematian disebabkan wabak pandemik tersebut.
Ramai diantara kita yang risau dan takut hendak keluar jadi seiring dengan kemajuan teknologi, aplikasi perkhidmatan makanan semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Salah satunya ialah FoodPanda yang merupakan salah satu perkhidmatan yang menawarkan kemudahan tempahan dan penghantaran makanan terus kepada pengguna.
So buat korang yang gemar mengunakan service FoodPanda ini, rupanya korang boleh dapatkan diskaun berganda semasa pembelian, ini kami senaraikan beberapa kod baucar yang boleh anda gunakan di aplikasi Foodpanda.
SENARAI BAUCAR FOODPANDA 2020
JOY – RM7 OFF
CUBAPANDA – RM10 OFF
.
RIANG – RM6 OFF
.
Dengan penggunaan kod-kod berkenaan, korang boleh berjimat lebih RM100!
.
Menariknya, kod baucar ini boleh digunakan sepanjang 2020. Jadi jangan lepaskan peluang, jom grab promosi ni. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Persaingan sengit dalam pertandingan pageant kini bukan saja terarah kepada peserta lelaki.
Malah kini, pertandingan yang melibatkan peserta lelaki juga semakin menjadi perhatian sedunia.
Harapan besar Malaysia kini berada di bahu Danial Hansen yang sedang bersiap sedia mewakili negara ke Mr Tourism World 2020. Dijadualkan akan berlangsung pada Januari 2020 di Malta, Danial yang kini berusia 24 tahun berkata pertandingan ini bukan saja mementingkan paras rupa.
Malah kini, kriteria ilmu pengetahuan dan personaliti menarik juga penting bagi menyakinkan juri.
Foto: IZWAN ZAINAL
“Di atas pentas kelak, saya tiada masa untuk teragak-agak kerana di situlah faktor kebijaksanaan dan personaliti saya bakal teruji.
“Sebagai contoh, kini saya sedang mendalami subjek pelancongan yang berkait rapat dengan Mr Tourism
“Saya juga sedang giatkan lagi latihan di gym bagi mendapatkan berat badan ideal secara natural. Sepanjang 4 tahun ini, latihan saya dipantau rapat oleh ayah saya yang juga merupakan jurulatih. Hasil displin ini memang menunjukkan impak.
“Jadi kini saya sedang teruskan latihan selama 6 kali seminggu, 2 jam bagi setiap sesi,” kata Danial yang menolak penggunaan steroid kerana takutkan kesan jangka panjang.
Danial Hansen untuk Majalah Remaja isu Okt-Dis 2019.
Kini seperti peserta lain di Mister Tourism memerlukan sokongan korang untuk mengundinya bagi pertandingan ini.
Kategori ‘The World Choice Award’ ini memberi peluang untuk Danial mendapatkan tiket fast track ke pusingan seterusnya semasa finale Mister Tourism pada 11 Januari kelak.
Cara adalah dengan melawat Facebook & Instagram Mister Tourism World Official dan berikan like sebanyak yang mungkin di foto Danial (seperti di atas). Senang kan?
All the best kepada Danial!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi versatil, Mimi Fly menzahirkan keterujaan apabila mengumumkan bahawa single raya terbaharunya yang berjudul Serumpun bakal menemui peminat pada hari ini.
Selain itu, Mimi juga meluahkan rasa syukurnya kerana dapat merasai semula ‘gelora’ kreativiti dalam dirinya.
“Saya sangat gembira, awak semua telah buat saya sangat gembira. Insya-Allah, lagu terbaharu saya akan menemui anda minggu ini juga.
“Seronok, saya rasakan sekarang seperti ‘my creative juice is back’. Jadi sementara dia ada, kita teruskan. Kerana ini semua datang dari Dia,” katanya kepada Remaja.
Menurut penyanyi lagu popular Angkat itu, dia percaya bahawa setiap inspirasi yang datang harus diteruskan dengan usaha yang penuh.
Mimi turut berkongsi rasa teruja dengan penerimaan peminat terhadap karya-karyanya.
“Bila inspirasi itu dah datang, kita usaha dan jalankan teruskan. Alhamdulillah, dengan sokongan semua peminat lagu saya juga.
“Itu membuatkan saya amat gembira kerana kita sebagai penyanyi tak tahu rezeki lagu itu boleh pergi sampai mana kan.
“Tapi bagi saya, dah sampai tahap ini yang saya nak buat sahaja sampailah kita puas,” tuturnya lagi.
Sekadar info, Serumpun bakal dilancarkan pada malam ini, Jumaat, tepat jam 11.11 malam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!