Adik-Beradik Priscillia Muncul Dalam Filem ‘Backstage’, Gerenti Box Office?

Share

 

Siapa yang tak kenal dengan Milly daripada filem Ada Apa Dengan Cinta dan Milea daripada filem Dilan 1990?

 

Kedua-dua watak itu berjaya meninggalkan impak yang berkesan kepada penonton di pawagam sehinggakan filem masing-masing mencecah rekod box office

hebat.

Tapi tahukah korang bahawa kedua-dua pelakon wanita itu sebenarnya merupakan adik-beradik??

Ya, Sissy Pricillia (Milly) dan Vanesha Priscillia (Milea) merupakan 2 orang pelakon terkenal Indonesia yang berasal dari famili yang sama.

Menariknya, Astro Shaw dengan kolaborasi  penerbit Indonesia akan memaparkan Sissy dan Vanesha bergandingan untuk kali pertama menerusi sebuah filem berjudul Backstage

.

Backstage merupakan sebuah filem bergenre drama yang mengangkat tema saudara sisterhood dan muzik.

Di Indonesia sendiri, peminat filem di sana begitu teruja dengan pengumuman Backstage di sebuah sidang media sehingga berita tersebut menjadi fenomena.

Bagi pihak Astro Shaw, mereka percaya dengan content dan jalan cerita filem yang mampu menarik perhatian ramai. Mereka juga berharap lebih banyak kerjasama seumpama ini antara Malaysia dan Indonesia akan terjalin pada masa akan datang.

Backstage dijangka akan ditayangkan di Indonesia pada Jun 2020 manakala di Malaysia pula, ia dijangka ditayangkan Julai 2020.

IKLAN