
Siapa yang tak kenal dengan Milly daripada filem Ada Apa Dengan Cinta dan Milea daripada filem Dilan 1990?
Kedua-dua watak itu berjaya meninggalkan impak yang berkesan kepada penonton di pawagam sehinggakan filem masing-masing mencecah rekod box office hebat.
Tapi tahukah korang bahawa kedua-dua pelakon wanita itu sebenarnya merupakan adik-beradik??

Ya, Sissy Pricillia (Milly) dan Vanesha Priscillia (Milea) merupakan 2 orang pelakon terkenal Indonesia yang berasal dari famili yang sama.
Menariknya, Astro Shaw dengan kolaborasi penerbit Indonesia akan memaparkan Sissy dan Vanesha bergandingan untuk kali pertama menerusi sebuah filem berjudul Backstage.

Backstage merupakan sebuah filem bergenre drama yang mengangkat tema saudara sisterhood dan muzik.
Di Indonesia sendiri, peminat filem di sana begitu teruja dengan pengumuman Backstage di sebuah sidang media sehingga berita tersebut menjadi fenomena.
Bagi pihak Astro Shaw, mereka percaya dengan content dan jalan cerita filem yang mampu menarik perhatian ramai. Mereka juga berharap lebih banyak kerjasama seumpama ini antara Malaysia dan Indonesia akan terjalin pada masa akan datang.
Backstage dijangka akan ditayangkan di Indonesia pada Jun 2020 manakala di Malaysia pula, ia dijangka ditayangkan Julai 2020.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Korang Boleh Jadi Secantik Black Widow & Captain Marvel Dengan Set Mekap Sephora Ni

Wow, mampu ke tak nak cantik seperti mereka berdua?
Khas sempena filem terbaru (dan mungkin sekali filem terakhir?) Avengers: End Game pada bulan ini, SEPHORA pun ingin turut sama menghangatkan lagi sambutan filem itu dengan koleksi mekap terbaru mereka hasil inspirasi Marvel Cinematic Universe.

Koleksi eksklusif Marvel ini menggunakan nama adiwira daripada francais popular itu. Apa yang paling kami gemari adalah efek holografik dan ‘shine’ yang ada pada semua produk tersebut. Barulah kena dengan universe kan?
Ini adalah antara produk kegemaran kami. Cubalah, mana tau korang boleh jadi secantik Captain Marvel, Black Widow dan Shuri?
Black Panther Highlighting Palette

Warna palet ini yang lembut sesuai untuk apa-apa jenis warna kulit. RM89
Captain America Blush Palette

Siap dengan corak perisai Captain America lagi. RM55
Thor Eyeshadow Palette

Wow, Thor pun pakai eyeshadow! Hehe, Ia mempunyai seleksi warna bumi untuk korang yang sukakan natural look. RM65
Marvel Heroes Mini Kiss Me Balm Trio

Warna-warna terang untuk bibir korang agar dapat aura keberanian daripada adiwira kegemaran! RM55
Marvel Heroes DE Lipstick & Gloss

Didatangkan dalam warna 01 Red, 02 Pink dan 03 Orange, warna-warna ini memang akan berikan semangat oomph! RM65 setiap satu.
Marvel Heroes Makeup Brush Set

Kalau adiwira Marvel mempunyai senjata dan gajet, korang pula mempunyai ‘gajet’ penting ketika bersolek. Pelbagai jenis berus didatangkan dalam satu set (2 untuk muka dan 3 untuk mata) dengan nama hero berlainan padanya. RM145

Selain itu, terdapat juga produk face mask dan double ended eyeshadow.
***
Koleksi Marvel ini boleh korang dapati bermula 11 April ini di stor, stor online dan aplikasi SEPHORA.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ambil SPM Atau Tidak, Yang Penting Usaha Kejar Kejayaan – Aiman Tino

Penulis percaya, jalan kehidupan semua orang telah ditentukan olehNya. Walaupun berlainan haluan, semua orang diberikan peluang untuk mengejar kejayaan.
Begitu jugalah pendapat yang dilontarkan oleh penyanyi remaja, Aiman Tino yang terlebih dahulu bergiat aktif dalam karier nyanyian sebelum menyambung pelajaran.
Katanya kepada rakan media di Sinar Harian, “Saya memang nak sambung belajar dari dulu lagi, cuma sebelum ini kerjaya baru nak bermula. Saya pun sibuk dengan aktiviti dan rutin setiap hari.
“Alhamdulillah, sekarang semuanya lebih stabil. Mungkin ini waktu terbaik untuk saya ambil peluang sambung belajar. InsyaAllah, saya akan sambung belajar dalam jurusan perniagaan di sebuah kolej di Shah Alam bermula tahun ini.”
Haa, elok juga ambil jurusan tersebut memandangkan Aiman memang aktif melancarkan beberapa projek perniagaan. Antara termasuklah pakaian sekolah, makanan kesihatan dan terbaru, produk minuman Jus Mano yang mula dipasarkan 8 April ini.

Artikel Berkaitan: Aiman Tino Artis Pertama Keluarkan Baju Sekolah
Berbalik kepada soal pelajaran di kalangan selebriti, Aiman mengakui akan kepentingan untuk menyambung pelajaran. Namun itu tidak bermakna seorang selebriti perlu menidakkan peluang kerja jika mereka yakin dengan laluan karier mereka pada usia muda.
“Saya akui, SPM memang penting terutamanya jika nak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Tapi, ia bukanlah kayu pengukur kejayaan seseorang.
“Saya sendiri melihat beberapa contoh depan mata, di mana kawan saya yang tak mempunyai sijil SPM namun berjaya dalam kehidupan masing-masing.
“Bagi saya, apa yang penting di sini adalah usaha dan sama ada kita rajin atau tidak untuk menjadi orang yang lebih baik dan berjaya.”
Isu SPM agak hangat diperkatakan pada minggu ini selepas seorang lagi penyanyi remaja, Ismail Izzani mengeluarkan kenyataan dia tidak akan menduduki SPM. Ismail yang mengikuti program belajar dari rumah (homeschool) sebaliknya ingin melanjutkan pelajaran di kolej swasta.
Demi memasuki kolej tanpa sijil SPM, Ismail perlu menduduki satu peperiksaan awal
Korang setuju tak dengan pendapat Aiman Tino dan perancangan Ismail Izzani ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
3 Lokasi Di Chinatown Bangkok Sesak Pelancong Sebabkan Video Muzik Lisa, ‘Rockstar’

Hanya dalam tempoh tujuh jam selepas diluncurkan, klip video terbaru daripada ahli kumpulan Blackpink, Lisa Manobal untuk single solo berjudul Rockstar telahpun mencatatkan 12 juta tontonan di YouTube!
Fenomena tersebut bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan Lisa mempunyai tarikan magnet yang cukup kuat bagi mengumpulkan sokongan peminat setianya. Sama ada korang menyukai tariannya, wajahnya, gaya fesyennya ataupun personalitinya yang ceria lagi riang, Lisa tidak disangkal lagi merupakan salah satu ikon pop muda paling popular di dunia pada masa kini.
ARTIKEL BERKAITAN: Lisa Blackpink Pecah Rekod Penyanyi K-Pop Pertama Capai 1 Billion Penstriman Muzik Global – REMAJA
Bukan pencapaian jumlah tontonan Lisa yang REMAJA ingin sentuh pada kali ini tetapi lebih kepada lokasi penggambaran klip video Rockstar yang telahpun mencuri tumpuan ramai.
Ini kerana klip video terbitan RCA Records (bukannya YG Entertainment yang bertanggungjawab ke atas lagu-lagu nyanyian kumpulan Blackpink) ini telah mempamerkan lokasi-lokasi di sekitar kawasan Chinatown Bangkok yang berubah wajah daripada lokasi perniagaan sibuk menjadi set penggambaran lagu pop!

Khabarnya, pengurusan Lisa menawarkan USD540 atau kira-kira RM2,550 kepada setiap pemilik kedai yang berada di kawasan Chinatown itu demi menutup premis mereka buat sementara waktu demi memudahkan sesi penggambaran sebelum jam 5 pagi.
Hasilnya, tiada seorang insan pun selain Lisa dan para penarinya berada di sekitar kawasan tersebut dalam klip video itu. She really shut everything down tanpa membiarkan sesiapa membocorkan rahsia sewaktu dan selepas penggambaran dilakukan.
Tambahan pula, Chinatown Bangkok digelar antara Chinatown terbesar di dunia di belakang kota New York dan San Francisco di Amerika Syarikat.
ARTIKEL BERKAITAN: Ratusan Kedai Diarah Tutup, Lisa Blackpink Bayar Semua Kedai Untuk Buat Penggambaran – REMAJA
Jom lihat empat lokasi yang ditonjolkan dalam klip video Rockstar ini. Tidak mustahil setiap satu daripadanya akan menjadi zon popular bagi para pelancong di Bangkok jadikan spot OOTD setiap kali berada di sana.
1. Yaowarat Road
Lokasi laluan popular di Chinatown Bangkok ini merupakan salah satu kawasan kafe dan warung makan paling sibuk di Thailand. Ia sering dikunjungi oleh warga lokal mahupun para pelancong yang ingin merasai suasana seperti rakyat tempatan. Turut ada di sini adalah kedai-kedai kecil yang menjual barangan cenderamata serta kafe pencuci mulut.

2. Papan Tanda Neon
Laluan Yaowarat Road juga terkenal dengan kedai-kedai-kedai dengan papan tanda neon termasuklah restoran Texas Suki dan bermacam-macam stor yang menjual sarang burung. Bukan sahaja mempromosikan kebudayaan kota Bangkok, Lisa juga memilih lokasi sebegini kerana efek lampu neon dalam klip video tersebut.


3. Eskalator The Oscar Theatre
Merupakan salah satu lokasi paling mencuri perhatian dalam klip video Rockstar, Lisa kelihatan cukup on-point ketika menuruni eskalator di panggung The Oscar Theatre yang dibuka pada tahun 1976. Setelah ia ditutup pada awal tahun 2000 dan dibiarkan begitu sahaja, mungkin sekali pihak berkuasa Bangkok akan menjadi lokasi ini sebagai salah satu tarikan pelancong baharu disebabkan pengaruh Lisa.

Tonton klip video penuh Lisa Manobal di bawah:
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Unsur Lucah, Ibu Lisa Blackpink Beri Sokongan Penuh Buat Anaknya Di Kabaret Crazy Horse – REMAJA
BACA LAGI: Jarang ‘Expose’ Di Media Sosial, Ini Wajah Ibu Lisa BLACKPINK Yang Tinggal Di Thailand – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

