Acer Lancar Projektor Auto Potret LED Pertama Di Dunia

Share

Jika menyebut tentang projector, kita akan terbayangkan bentuk empat segi yang saiznya agak boleh tahan berat. Agak berat hati juga kalau perlu dipikul ke mana-mana dengan saiz sebegitu.

Namun dengan kecanggihan teknologi, Acer mendominasi sebagai syarikat pertama mengeluarkan Acer C250i – Projektor Auto Potret LED pertama di dunia yang sangat ringan dengan keistimewaan tidak memerlukan pangku atau tripod ketika memasangnya.

Tidak hanya terhad kepada dinding, pengguna projector C250i, membolehkan pemaparan dilakukan pada pelbagai sudut termasuk siling malah boleh dipusingkan ke keseluruhan sudut dengan mudah.
Panggilan video dan berkongsi maklumat daripada telefon pintar kepada sekumpulan orang lain juga begitu mudah di mana pengguna boleh menukar orientasi projector mereka semasa bergerak. Malah ciri pembetulan keystone menjamin kandungan pada paparan juga akan kelihatan cantik dari pelbagai sudut.



Lebih menarik, baik pengguna Android mahupun iOS untuk menyambung tanpa wayar dengan sangat mudah, bebas kabel pada bila-bila masa dan di mana jua.

Projektor mudah alih Acer C250i dibina dalam dengan pembesar suara Bluetooth yang menyokong teknologi Acer TrueHarmony dan bateri 9000mAH membolehkan keseronokan audio semasa bergerak tanpa had dan tercari-cari wayar soket elektrik.

Sebagai tambahan kepada sambungan tanpa wayar tersebut, projector ini turut memiliki ciri-ciri standard HDMI, port USB Type C dan Type A yang menyokong video out bagi telefon pintar dan PCs seumpamanya dan 100 peratus menyambung dan main, maka tiada perisian atau pemacu tambahan diperlukan. Port USB Type A membolehkan main balik multimedia secara langsung daripada pemacu USB tanpa perlu sebarang peranti.

Dan berita lebih baik, dengan semua kecanggihan ini, harga projector ini hanya berharga RM1699.

Bukan saja pertama seumpamanya di dunia, bersempena ulangtahun ke 30 Acer Malaysia, Acer telah melancarkan beberapa produk-produk dengan harga yang cukup mengujakan dan mampu dibeli.
Menurut Pengarah Perniagaan Konsumer, Produk dan Pemasaran Acer Malaysia, Johnson Seet tahun 2020 adalah sangat penting bagi syarikat. Banyak cabaran telah dilalui termasuk pencapaian-pencapaian, inovasi dan kejayaan dan paling penting jenama Acer terus menjadi pilihan rayat Malaysia yang mempercayai jenama ini sehingga kekal nombor satu.

Sempana ulang tahun itu, Acer turut melancarkan beberapa produk terbaru termasuklah Acer Spin 3, Travel Mate P614, Acer Aspire C27-962, projector C250i selain paparan video Predator dan Nitro.

Apa yang korang kena tahu tentang semua produk di atas?

Untuk perkongsian, Acer Spin 3 dan TravelMate P614 baru sahaja diumumkan pada CES 2020 di Las Vegas, baru-baru ini dan terkini sudah ada pun di Malaysia. Model terbaru Acer ini menampilkan reka bentuk lebih nipis dengan pemproses lebih berkuasa Intel Core Generasi ke-10.

Acer Spin 3 :- Menariknya komputer riba boleh ubah ini didatangkan dengan ensel lipat 360 darjah, dengan paparan sentuh Full HD 14-inci, memiliki 7.82mm bezel nipis serta menggunakan teknologi Wacom AES (elektrostatik aktif) untuk keupayaan pengecasan pantas.

Ia membolehkan profesional dan pelajar untuk melakar, mengambil nota, mencipta kandungan dan berkongsi idea sepanjang hari semuanya dengan hanya sekali selak yang mudah. Model Acer Spin 3 Intel Core i5 Generasi ke-10 dengan 8GB RAM dijual pada harga RM3,199 manakala varian Intel Core i3, 4GB RAM berharga RM2,699.



Acer TravelMate P614 :- Hanya seberat 1.1kg, memiliki ciri ketahanan hayat bateri sehingga 20 jam membolehkan profesional kekal produktif walaupun kerap bergerak. Bagi memahami keperluan keselamatan di mana pengguna boleh log masuk ke dalam TravelMate P614 menggunakan Windows Hello menerusi pembaca cap jari pada butang kuasa, atau menerusi webcam IR yang menggunakan pengenalan wajah biometrik. Ianya dijual bermula pada harga RM4,899.

Malah Acer turut melancarkan Acer Aspire C27-962 All In One untuk seluruh ahli keluarga.

IKLAN