Absolut Management Perkenal 10 Selebriti Naungan Mereka, Termasuk 3 Finalis Hero Remaja 2017

Share

Jika sebelum ini, Ben Ali dan Nadiyah Shahab berjaya dengan bisnes kek Absolut mereka, kini pasangan suami isteri selebriti ini telah pun melebarkan sayap dengan membuka syarikat Absolut Talents & Management dengan menggendalikan 10 barisan selebriti yang bernaung di bawah label pengurusan mereka.

Satu sidang media telah pun diadakan bagi memperkenalkan secara rasmi selebriti yang terlibat, serta sekali gus menganjurkan majlis menandatangani kontrak perjanjian diantara pihak pengurusan, selebriti dan juga rakan penaja.

Tiga daripada sepuluh selebriti yang dipilih merupakan bintang kelahiran Hero Remaja 2017, iaitu Harris Annuar, Ikmal Amry dan Nabil Aqil. Barisan-barisan selebriti lain adalah termasuk Nadiyah Shahab, Oktovia Manrose, Scha Elinnea, Najla Shamsul, Aisar Khaleed, Nurin Afiqah dan Yasmine Ow.

Dari kiri, Aisar Khaleed, Nabil Aqil, Nadiyah Shahab, Scha Elinnea, Yasmine Ow, Ben Ali, Najla Shamsul, Nurin Afiqah, Oktovia Manrose, Ikmal Amry & Harris Annuar

“Sebelum ini memang Ben Ali yang menguruskan segala job-job lakonan saya. Jadi, ramai yang tanya siapa yang menguruskan kerjaya seni saya. Mungkin disebabkan ini juga Ben mengambil keputusan untuk membuka syarikat pengurusan bagi membantu rakan-rakan artis yang lain,” jelas Ikmal Amry.

Dari kiri, Najla Shamsul dan Ikmal Amry

Bagi Harris Annuar dan Nabil Aqil pula, sebelum ini mereka telah pun bernaung di syarikat pengurusan yang lain, namun mungkin kerana masih baru ketika itu, mereka mungkin tidak biasa dan tidak tahu selok belok sebenar dalam bidang seni ini.

“Ben Ali juga merupakan finalis Hero Remaja 2012, walaupun dia lebih aktif dalam bidang perniagaan, tapi dia juga banyak kenalan yang bekerja di produksi. Selain itu juga, kami percaya Ben memahami dan tahu apa yang terbaik untuk kami,” jelas Harris pula.

Harris Annuar

Menyedari akan kepentingan menjaga kebajikan para selebriti, pihak pengurusan Absolut mengambil inisiatif dengan memperkenalkan 10 keistimewaan kepada artis naungan mereka. Antaranya adalah seperti memberikan perlindungan insuran, menyediakan slip gaji bulanan bagi tujuan memudahkan urusan pembelian kereta, rumah atau sebagainya, menyediakan jurugambar atau juruvideo untuk tujuan kerja dan banyak lagi.

Semoga barisan selebriti yang bernaung di bawah pengurusan Absolut maju jaya dan dapat meluaskan lagi kerjaya mereka dalam industri seni tanah air.

IKLAN