Abam Bomba Tunjuk Aksi Main Basikal BMX, Netizen Beri Pujian

Share

Siapa sangka seorang ahli bomba mempunyai kelebihan untuk membuat aksi ekstrem dengan menggunakan basikal BMX.

Dengan berpakaian lengkap sebagai seorang abang bomba, video yang berdurasi 30 saat ini pada mulanya hanya dikongsi untuk suka-suka saja di grup Whatsapp, tapi tak sangka pula boleh jadi viral.

Menurut Harian Metro, Nur Hazme Janis memang minat sukan ini sejak dibangku sekolah lagi. Malah, dia juga banyak menyertai pertandingan sukan ekstrem kategori basikal BMX secara underdog

saja.

Nur Hazme pernah mewakili Malaysia ke peringkat akhir pertandingan Asian Beach Game di Phuket, Thailand pada 5 tahun lalu.

Wah, bukan calang-calang abang bomba ni. Hebat serba-serbi.

Video aksi ekstrem ini juga turut mendapat perhatian netizen dan rata-rata daripadanya begitu kagum dengan kebolehan yang ada pada penjawat awam ini.

IKLAN