9 Tip “Survive” Ketika Gangguan Air, Sangat Membantu Idea Ini!

Share

Selesai satu, datang lagi satu… bagaikan tiada pengakhirannya masalah bekalan air di Selangor ini.

Bermula minggu ini ramai yang mengeluh tentang masalah gangguan air yang dihadapi disekitar Lembah Klang ini selepas sejumlah 311 atau 45 peratus daripada 686 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air ekoran henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) berikutan kerja-kerja pembaikan paip air terawat yang pecah.

Ini bukanlah kali pertama masalah air ini berlaku di sekitar Lembah Klang. Daripada pengalaman lalu, macam-macam cara simpan air dan menjimatkan penggunaan muncul dan dikongsikan oleh netizen.

Tapi jangan risau, so harapnya 9 tip ini dapatlah membantu meringankan beban korang dan boleh la guna idea ini ya!

1. Bawa botol minuman

Bawa botol minuman yang boleh diisi dengan air di mesin air (water cooler) percuma berbanding membeli air mineral di kedai.

2. Tangguh cuci baju

Elakkan terlalu kerap menukar baju dalam sehari dan seboleh-bolehnya tangguh dahulu aktiviti mencuci pakaian sehingga bekalan air kembali pulih. Inilah masanya untuk anda berehat seketika daripada melakukan kerja-kerja rumah.

3. Kumpul pinggan mangkuk


Memang benar perbuatan mengumpul pinggan mangkuk yang kotor di dalam sinki ini bukan sahaja menyakitkan mata yang memandang, tetapi ia tidak hygienic (bersih).

Tetapi, air dapat dijimatkan jika anda membasuh semua pinggan mangkuk terkumpul sekali gus dengan menyediakan 2 besen untuk mencuci dan membilas.

4. Guna pinggan, cawan dan sudu pakai buang.


Jangan bazirkan air untuk basuh pinggan, so beli je stok untuk seminggu. Murah jer!

5. Alas Pinggan Dengan Plastik


Boleh juga korang alas pinggan dengan plastik macam mamak jual nasi kandar tu.

6. Beli Air Mineral Untuk Minuman



Jadi boleh la korang minum air yang bersih tanpa ragu-ragu. Dan boleh juga guna air ini untuk keperluan lebih penting iaitu di bilik air.

7. Botol Spray Untuk Wudhuk

Gunakan cara ini yang biasanya dipraktikkan oleh jemaah haji di Tanah Suci untuk ambik wudhuk. Tak guna air dan oleh je standby dalam beg korang tu!

8. Sediakan Tisu Basah


Untuk cuci tangan yang tak berapa nak kotor tu, korang boleh je guan tisu basah ni. Selain itu, untuk cuci muka dan makeup pun eloknya pakai tisu basah ini dulu ya!

9. Tadah air hujan



Jika anda selama ini tidak pernah peduli dengan air hujan yang turun mencurah-curah sejak kebelakangan ini, apa kata anda mula menadah air hujan sebagai penyelamat pada saat-saat genting.

Pastikan bekas tadahan yang digunakan sudah dibersihkan terlebih dahulu ya!

Air hujan boleh digunakan untuk menyiram tanaman atau mencuci kenderaan.

Korang pun boleh juga boleh menjimatkan air dengan mandi sekali sehari sahaja atau menggunakannya ketika perlu sahaja.

Moga tip ini sedikit sebanyak dapat membantu korang semua!

IKLAN