Mungkin ramai yang tak tahu hari istimewa selebriti kesayangan mereka. Jadi kali ini kami nak kongsikan antara selebriti yang menyambut birthday pada bulan September. Untuk korang yang lahir bulan ini juga, cuba check kot-kot la rupanya berkongsi tarikh lahir dengan selebriti popular. Hehe!
Apa yang korang tahu tentang lagu-lagu 50-an dan zaman selepas itu?
Errr, okay kami pun honestly tak berapa familiar sangat dengan lagu-lagu era tersebut.
Disebabkan itulah, kami teruja untuk menyaksikan Konsert The Era yang bakal berlangsung pada malam ini. Bertempat di Panggung Eksperimen, ASWARA Kuala Lumpur, para pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahun 2, Fakulti Pengurusan Seni & Budaya akan mempamerkan persembahan agar kita mengenali peranan muzik mengikut zaman.
Sebagai contoh, mereka menunjukkan bagaimana era 60-an popular dengan lagu rancak dan banyak menggunakan percussion seperti gitar dan drum.
Era 70-an terarah kepada genre rock dan irama pop manakala 80-an sangat diminati kerana zaman rock dan blues amat ‘menyengat’ sehingga sekarang.
Semua itu akan dipersembahkan kepada korang selama 2 jam, dan TIKET MASUKNYA ADALAH PERCUMA. Yes percuma!
Make sure korang cepat-cepat datang pada jam 8.30 malam ini and catch these acts with us:
Tahun baharu 2022 dibuka meriah dalam kalangan penggiat seni muzik tempatan setelah 12 buah lagu telah menempah tiket ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-36.
Sepanjang hujung minggu ini, sebanyak 30 buah lagu telah bertarung di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-36. 18 buah lagu telah diperdengarkan dan dipersembahkan pada malam tahun baharu, Jumaat lalu manakala 12 lagi buah lagu pada malam Sabtu.
Penonton dan para juri daripada Datuk Mokhzani Ismail (ketua juri), Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Helen Yap, LY, Chaan dan Altimet mempunyai tugas sukar untuk memilih hanya 12 buah lagu daripada genre yang pelbagai pada edisi kali ini. Akhirnya, keputusan yang dibuat oleh mereka diumumkan oleh pengacara, Aliff Satar dan Sissy Imann.
Seperti dijangka, beberapa ‘nama kuat’ yang pernah bertanding di AJL sebelum ini telah menepati ramalan peminat dan kembali menguasai senarai finalis pada kali ini; dan mereka terdiri daripada Haqiem Rusli (Pemenang Tempat Ketiga AJL-32, Tergantung Sepi), Aina Abdul (Pemenang Tempat Kedua AJL-35, Semalam) dan Naim Daniel (Juara AJL-34, Sumpah).
Jom lihat senarai penuh lagu, pencipta dan penyanyi yang berjaya mara ke pentas AJL ke-36.
Adakah korang bersetuju dengan pemilihan ini? Atau korang rasakan ada lagu lain yang seharusnya turut disenaraikan ke pentas AJL ke-36? Jika ya, lagu apakah yang terlepas peluang keemasan itu?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekali lagi pelakon yang kini sudah bertaraf antarabangsa, Henry Golding bakal muncul dalam sebuah filem yang berjudul Last Christmas. Ramai rakyat Malaysia sudah tidak sabar untuk menonton filem ini kerana ingin melihat gandingan pelakon yang berasal dari Sarawak ini bersama heroinnya, Emilia Clarke.
Last Christmas mengisahkan tentang seorang gadis bernama Kate yang bekerja sebagai elf di sebuah kedai Krismas di London. Satu hari, seorang lelaki baik dan kacak bernama Tom masuk ke dalam kehidupannya. Dia kemudian bercinta dengan lelaki itu walaupun ia kelihatan seperti hubungan itu tidak akan berkekalan.
Filem ini juga menampilkan pelakon kelahiran Malaysia yang kini sudah berjaya di Holywood, Dato’ Michelle Yeoh.
Mampukah gandingan lakonan Henry Golding dan Dato’ Michelle Yeoh kali ini menambat hati masyarakat di Malaysia? Sama-sama kita saksikan Last Christmas yang bakal ditayangkan pada 28 November 2019.
Tapi…
Kami nak bagi korang peluang untuk menjadi yang pertama menonton filem ini di tayangan perdana Last Christmas pada 26 November ini, bertempat di TGV One Utama Damansara. Butiran lengkap adalah seperti berikut:
Tarikh: 26 November 2019
Masa: 8.15 malam
Lokasi: TGV One Utama
Dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah, korang bakal memenangi 2 tiket ke tayangan perdana filem tersebut.
Peraduan ini hanya terbuka kepada korang yang tinggal di sekitar Lembah Klang saja bagi memudahkan sesi pengambilan tiket nanti.
Jom kami di sana!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!