9 Perkara Tentang ‘Suicide Forest’ Yang Selalu Dibincangkan Oleh Orang Jepun

Share

2 minggu berturut-turut, YouTuber Logan Paul diheret di dalam kontroversi setelah dia memuat naik Vlog di kawasan yang dipanggil sebagai ‘Suicide Forest’ di Jepun.

Terletak di pekarangan kaki Gunung Fuji dalam kawasan perhutanan Aokigahara Jukai, Logan Paul dikritik hebat sehingga mendapat tindakan tegas oleh pihak YouTube setelah dia melanggar etika peraturan YouTube, dengan merekod dan menunjukkan tubuh badan mangsa bunuh diri ketika berada di Suicide Forest.

Bagi korang yang berminat dengan all-things Japanese mungkin mengetahui tentang latar belakang tempat tersebut.

Tetapi bagi yang baru mengetahui mengenai kewujudannya, ini adalah 9 perkara yang selalu diperkatakan oleh orang Jepun tentang Suicide Forest.

1 ‘Lautan Pokok’

Perhutanan Aokigahara Jurai atau dalam bahasa Inggeris, ‘Sea of Trees’ terletak di Yamanashi Jepun. Permukaan tanahnya terhasil daripada tinggalan lava yang pernah meletus dari Gunung Fuji.

2 Jangan Keluar Dari Trek Jalan Kaki

Pengunjung seperti Logan Paul yang memasuki kawasan itu di bawah kawalan ranger selalu diingatkan untuk tidak keluar dari trek yang disediakan. Ini kerana jika pengunjung berjalan sesuka hati, besar kemungkinan mereka akan sesat kerana kawasan tersebut memang 100% dikelilingi oleh pokok tinggi berusia ratusan tahun.

3 Sejarah ‘Bunuh Diri’

Pada zaman dulu di Jepun, perbuatan bunuh diri dikenali sebagai perbuatan samurai, iaitu menyerahkan nyawa untuk berkorban demi ketua atau negara.

Dalam kes lain, keluarga miskin juga didapati membiarkan saja tubuh badan ahli keluarga mereka yang tua dan sudah meninggal dunia di kawasan hutan ini kerana tidak mampu menanggung kos pengebumian. Ia dipanggil sebagai ‘Ubasute’.

4 Ya, Ia Adalah Kawasan Popular Untuk Membunuh Diri

Namun pada zaman moden ini, statistik menunjukkan seramai 100 ke 150 orang secara purata mengambil keputusan untuk menggantung diri mereka dari dahan pokok di sini, setiap tahun.

Sebab itulah, terdapat banyak signage yang dipacak dan digantung di Suicide Forest agar pelaku memikirkan semula mengenai keputusan ingin membunuh diri.

5 Bergantung Kepada Situasi Ekonomi

Pelik, tetapi itulah yang berlaku di Jepun. Ramai masyarakatnya yang ingin membunuh diri disebabkan oleh situasi ekonomi. Faktor itu menjadikan jumlah kes di Suicide Forest bertambah pada akhir bulan Mac, iaitu bulan terakhir dalam kalendar ekonomi tahunan di Jepun.

6 Banyak Barang Peninggalan Mangsa

Semasa berjalan di kawasan hutan yang terletak kurang 120 kilometer dari Tokyo itu, pengunjung akan menjumpai beberapa objek kepunyaan mangsa seperti sepasang kasut, beg bimbit, kepingan gambar mangsa bersama orang kesayangan mereka dan mungkin juga, tubuh badan mereka sendiri yang terbiar begitu saja.

7 Tiada Bunyi

Disebabkan oleh permukaan tanah daripada lava, kawasan ini mempunyai ciri istimewa di mana ia memerangkap bunyi. Berbeza dengan kawasan hutan yang selalunya bergema dengan suara pengunjung, Suicide Forest begitu senyap. Ia akan membuatkan pengunjung sama ada merasa tenang atau merasa takut.

8 Gua Ais

Selain daripada kawasan hutan, Suicide Forest juga mempunyai beberapa buah gua yang ‘diselaputi’ dengan ais dan ia menjadi tarikan utama pengunjung.

9 Pernah Ditunjukkan Di Dalam Filem

Di dalam filem ‘The Sea of Trees’ yang dibintangi oleh Matthew McConaughey, dia menjumpai signage

berbunyi, “Kehidupan yang diberi kepada kamu melalui ibu-bapa kamu adalah berharga.

Ada juga signage seperti, “Cuba fikirkan sekali lagi mengenai ibu-bapa adik-beradik dan anak kamu. Fikirkan tentang perasaan mereka dan jangan tersiksa keseorang saja.”

============================

Tindakan Logan Paul yang memuat naik Vlog itu bagi penulis mendapat kecaman kerana statusnya sebagai seorang YouTuber yang terkenal. Sebagai seorang yang mempunyai pengikut yang ramai terutamanya di kalangan remaja awal belasan tahun, seharusnya dia lebih sensitif terhadap kandungan videonya.

Kami berharap agar ia dapat dijadikan pengajaran kepada kita semua. Dalam pada kita mengejar jumlah like dan ingin menjadi trending di media sosial, soal sensitiviti masih menjadi perkaran nombor satu yang wajib dititik beratkan.

IKLAN