9 Pereka Fesyen Ini Bantu Hasilkan Sut PPE Bagi Frontliners Malaysia

Share

Apa yang boleh kita banggakan menjadi seorang warganegara Malaysia adalah kerana masyarakatnya yang bersatu padu dan saling bantu-membantu ketika negara berhadapan dengan situasi COVID-19.

Sama ada badan-badan bukan kerajaan (NGO) mahu pun individu perseorangan, semuanya berganding bahu untuk membantu meringankan beban ketika dunia dilanda musibah. Pereka fesyen tanah air juga tidak ketinggalan mengerah tenaga untuk menghasilkan PPE bagi frontliners menjalankan tugasan mereka dengan selesa.

Walaupun bisnes mereka juga terkesan sepanjang situasi pandemik melanda dunia, namun ini tidak menjadi alasan buat mereka turut sama membantu. Berikut merupakan antara pereka fesyen yang memberikan sumbangan menyediakan PPE bagi frontliners Malaysia.

1. Datuk Radzuan Radziwill

Menurut pereka fesyen terkenal ini, beliau mendapat maklumat mengenai ukuran, jenis kain dan maklumat pembekal melalui salah seorang rakannya yang merupakan seorang doktor yang bertugas di Hospital Serdang.

Beliau mampu menyiapkan sebanyak 50 pasang jubah luar PPE setiap hari sejak memulakan projek ini semasa PKP mula dilaksanakan.

2. Salikin Sidek

Menurut pereka fesyen Salikin Sidek, idea tercetusnya menjahit PPE ini adalah melalui Datuk Radzuan Radziwill. Baginya, sudah tiba masanya untuk mereka berbakti membantu di saat pihak lain memerlukan bantuan.

3. Jovian Mandagie

Seorang lagi pereka fesyen terkemuka, Jovian Mandagie menghasilkan kelengkapan alat perlindungan diri, PPE kepada pasukan frontliners negara. Jovian juga memberitahu bahawa tidak pernah terlintas di fikirannya sebagai pereka fesyen akan melakukan perkara yang dilakukannya hari ini.

4. Alia Bastamam

Pereka fesyen ini juga turut menghulurkan bantuan menghasilkan PPE dan pada lima hari lepas, mereka sudah memberikan 50 pasang jubah PPE kepada frontliners yang bertugas.

5. Melinda Looi

Daripada mereka cipta ribuan helai busana gah dan glamor, namun bagi Melinda menghasilkan sepasang sut PPE tetap paling mahal harga dan nilainya. Selaku Presiden MODA (Malaysian Official Designers’ Association

), dia dan team tampil menggerakkan misi MODA For Frontliners-PPE Fundraising.

6. Khoon Hooi

Khoon juga kini dalam usaha untuk menghasilkan kira-kira 3,000 PPE untuk kegunaan kakitangan hospital. Dia memberitahu ini merupakan sumbangan kecil untuk membantu memenuhi keperluan yang kritikal dalam usaha negara melawan pandemik COVID-19.

7. Fizi Woo

Mengakui industri fesyen terjejas akibat COVID-19, namun ia tidak menghalang pereka fesyen ini untuk turut sama membantu menyediakan sut PPE bagi barisan hadapan negara. Seperti mana virus ini merentasi sempadan tanpa mengira siapa un kita, perbezaan etnik, kelas, bangsa, jantina dan lain-lain, cabaran COVID-19 ini adalah tentang bagaimana kita saling berhubung dan menjaga satu sama lain.

8. Innai Red

Innai Red memastikan setiap kakitangan mereka mendapat peluang untuk mengambil bahagian dalam usaha menyediakan sut PPE. Bagi jenama fesyen ini, ia adalah sumbangan dan bantuan kecil untuk membangkitkan semangat perpaduan masyarakat Malaysia.

9. Celest Thoi

Berkongsi di halaman instagram Celest Thoi, mereka memastikan setiap daripada pekerja mengutamakan kebersihan dan memakai mask sebelum menjahit sut PPE. Mereka juga akan menyembur sanitizer kepada sut yang telah siap sebelum dihantar kepada frontliners.

Syabas Remaja ucapkan kepada semua pereka fesyen yang membantu secara langsung dan tidak langsung dalam meringankan beban yang ditanggung oleh barisan hadapan negara.

Semoga usaha murni kalian mendapat keberkatan dan sama-sama kita berdoa agar industri fesyen Malaysia terus utuh dan berjaya ke mata dunia.

IKLAN