9 Kesilapan Mengecas Telefon Bimbit Yang Korang Perlu Berhenti Buat Kalau Nak Bateri Tahan Lama

Share

Kadang kala kita tak perasan pun sebenarnya rutin yang selalu kita buat adalah tidak betul. Kesalahan mengecas telefon bimbit adalah yang sering kita lakukan tetapi masih ramai yang tidak tahu.

Jika mahu bateri telefon bimbit korang tahan lama, elakkan daripada melakukan 9 kesilapan mengecas berikut:

1. Tinggalkan kabel cas pada soket

Pengecas sentiasa menggunakan kuasa di soket walaupun handphone tidak disambungkan. Hal ini tidak baik untuk bil elektrik korang. Selain itu, ia juga melepaskan haba yang perlahan-lahan dapat berkumpul dan jika udara dalam ruang tersebut lembap, ia mampu menyebabkan kebakaran. Jika korang tidak mengecas telefon, tanggalkan kabel daripada soket.

2. Cas sehingga bateri 100%

Setiap bateri mempunyai bilangan kitaran pengisian yang tepat dan sekiranya korang selalu mengecas handphone sehingga 100%, ia akan berakhir dengan lebih cepat. Cara yang betul adalah cas penuh handphone sebulan sekali dan untuk waktu-waktu yang lain, ianya dicaj sekitar 20 hingga 80% sahaja.

3. Biarkan sehingga bateri mati

Jangan biarkan bateri handphone korang betul-betul habis kerana jangka hayat bateri untuk bertahan akan semakin berkurangan.

4. Biarkan cas handphone semalaman

Jika korang mengecas handphone semalaman, ia bukan sahaja membazirkan bil eletrik, malah boleh menyebabkan tempoh jangka hayat bateri korang berkurangan.

5. Gunakan handphone sewaktu cas

Jangan menghabiskan bateri telefon korang semasa sedang dicaj. Ini kerana ia membawa dua tekanan bateri yang berlebihan untuk melakukan dua perkara sekali gus. Jika ada yang menelefon korang, cabut terlebih dahulu plug charger dan cas semula selepas tamat panggilan.

6. Caj handphone walaupun bateri lebih 20%

Mengecas telefon secara berterusan adalah salah kerana ia boleh menjadikan jangka hayat bateri korang lebih pendek daripada sepatutnya. Cara terbaik untuk menggunakan bateri adalah mengecasnya hanya bila ia benar-benar diperlukan.

7. Caj handphone tanpa membuka casing telefon

Salah satu ‘bahaya’ ketika mengecas telefon adalah membiarkan handphone dicaj tanpa membuka casing. Ia boleh menyebabkan overheat dan supaya telefon boleh ‘bernafas’.

8. Menggunakan kabel cas yang murah dan tidak original

Setiap telefon mempunyai pengecas serasi yang tidak boleh diganti dengan jenama lain. Sekiranya korang tidak menggunakan pengecas yang betul, tenaga yang dihantar ke bateri mungkin terlalu banyak atau terlalu sedikit.

9. Mengecas handphone melalui laptop

Ada diantara individu yang gemar mengecas handphone melalui laptop, ketika mereka sedang bekerja. Namun begitu, ia memerlukan masa lebih lama untuk bateri menjadi penuh. Sebaiknya, cas telefon pada soket di dinding.

Semoga informasi ini berguna dan memberikan sedikit sebanyak pengetahuan untuk korang mengecas telefon bimbit.

Sumber: brightside.me

IKLAN