Filem romantik merupakan antara genre pilihan anak muda, maklum saja mungkin ada yang baru nak kenal erti cinta. Hiks!
Saat cinta berputik memang semuanya indah belaka. Tambah pula bila menonton filem-filem romantis di panggung wayang atau pun kaca TV.
Tapi, sekiranya ada yang baru putus cinta, kami nasihatkan janganlah gatal-gatal nak tengok pula ya. Takut menangis teruk nanti. Haha okay gurau je.
Dalam banyak-banyak filem romantik Hollwood yang paling legend ni, agak-agak mana satu pilihan korang?
1. The Notebook
Kisah tentang percintaan terhalang dek kerana darjat yang berbeza di antara lelaki dan perempuan. Filem ini memang superb. Menceritakan tentang cinta akhir hayat sepasang suami isteri yang penuh dengan halangan dan mampu menyentuh perasaan penonton sehingga ada yang mengalirkan air mata.
Ads
2. P.S I Love You
Filem yang diadaptasi dari sebuah novel ini juga turut menyentuh jiwa dengan kisah cinta pasangan yang saling mencintai tetapi sering bertengkar. Gerry (suami) tiba-tiba meninggal dunia disebabkan kanser otak dan barulah Holly (isteri) menyedari betapa berertinya kehadiran suami dalam hidupnya.
3. A Walk To Remember
Ada yang mengatakan kalau zaman remaja korang tak tonton filem ni, maknanya korang tak pernah melalui zaman remaja. Hiks! Filem ini juga mempunyai edisi novelnya sendiri. Mengisahkan Landon (Shane West) yang jatuh cinta dengan seorang gadis polos, Jamie (Mandy Moore) yang selalu diejek di sekolah. Hubungan cinta mereka baik-baik saja tetapi ada sesuatu yang disembunyikan oleh Jamie.
Mengaku je la, korang pun nangis kan tengok movie ni? Hehe!
Ads
4. Dear John
Kisah kehidupan seorang askar (Channing Tatum) yang jatuh cinta dengan dengan seorang wanita (Amanda Seyfried). Mereka sering mengutus surat di antara satu sama lain selepas dia dihantar ke medan perang. Besar sungguh pengorbanan yang dibuat oleh si girlfriend tu. Kalau korang sanggup tak?
5. Blue Valentine
Sepasang suami isteri Dean (Ryan Gosling) dan Cindy (Michelle Williams) sudah berkahwin selama 6 tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan. Tapi, hubungan mereka semakin hambr dan tidak bahagia seperti waktu bercinta dahulu.
6. The Vow
Mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang bahagia, Paige (Rachel McAdams) dan Leo (Channing Tatum), tetapi kemudiannya kebahagiaan mereka hancur apabila sebuah kemalangan yang dialami mengakibatkan Paige koma. Selepas sedar daripada koma, Paige mengalami kehilangan ingatan yang teruk dan tidak mengenali Leo.
Ads
7. The Fault In Our Stars
Hazel (Shailenen Woodley) seorang pesakit kanser yang jatuh cinta dengan Gus Waters (Ansel Elgort), seorang remaja yang turut menderita kanser yang sama sepertinya. Hazel merasakan yang hanya Gus sahaja benar-benar memahaminya.
Okay mesti korang nak tahu ending movie ni macam mana kan?
8. Me Before You
Louisa Clark (Emilia Clarke) bekerja sebagai penjaga Will Traynor (Sam Claffin), seorang lelaki kaya yang lumpuh kerana terlibat dalam sebuah kemalangan. Louisa secara tiba-tiba merasakan bahawa dirinya telah jatuh cinta kepada Will Traynor tetapi dia tahu bahawa lelaki itu tidak akan hidup lama lagi.
9. Midnight Sun
Katie Price berusia 17 tahun dan menghidap sejenis penyakit rare yang membuatkan dia tidak boleh terkena cahaya matahari langsung. Jadi, dia tidak bersekolah dan hanya belajar di rumah. Namun begitu, selepas jatuh cinta dengan seorang lelaki, kemahuannya untuk keluar rumah berjumpa dengan lelaki tersebut semakin meninggi walaupun ditegah oleh ayahnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan calang-calang juga penyanyi BBNU dengan jolokan ‘Oppa Malaysia’ ni…
Malam tadi menyaksikan, peserta dan penyanyi Meer Nash menjadi bintang Big Stage 2023 ketiga yang tersingkir pada konsert minggu keempat yang bersiaran secara langsung, pada Ahad. Meer Nash yang mendapat markah sebanyak 45.33% gagal meneruskan perjuangan pada minggu kelima yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan.
Pemilik nama sebenar Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul ini merupakan penyanyi lelaki Malaysia yang melonjak naik selepas bertanding di rancangan realiti, I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) musim ketiga.
Anak kelahiran negeri Pulau Pinang pada 20 November 1995.
Ada berdarah kacukan Melayu dan Cina.
Bekas penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam.
Fasih berbahasa Hokkien dan Mandarin. Mula berkomunikasi dalam bahasa Mandarin dari tahun satu berikutan menuntut di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
Pernah menganggotai kumpulan Votez yang popular menerusi lagu ‘Mana Dulu’ selama dua tahun, sebelum bergerak solo.
Menyukai genre muzik K-pop kerana menganggap melodinya unik, segar dan tersendiri.
Pernah merangkul kemenangan tempat kedua peringkat global, sewaktu berentap di Pertandingan The 16th World Chinese Bridge Chinese Proficiency Competition for Foreign College Students yang berlangsung di Changsha, China selama sebulan pada 2017. Kejayaannya itu mendapat perhatian Datuk Seri Najib Razak yang merupakan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, menerusi ucapan tahniah dilayangkan di laman Twitter.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman disahkan meninggal dunia pada hari Jumaat, 23 September 2022. Difahamkan Bob Lokman atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman meninggal dunia di kampung halamannya di Kubang Kerian.
Berita duka itu disampaikan oleh pelakon Sharifah Shahirah menerusi hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, Sharifah Shahirah turut meminta orang ramai agar mendoakan agar arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Sama-sama kita doakan yang terbaik buat arwah Bob Lokman.
Sebelum ini, dilaporkan penulis lirik itu bergantung nyawa pada jantung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC). Bob Lokman juga pernah memaklumkan bahawa penggunaan jantungnya hanya tinggal 10 peratus sahaja kerana bergantung nyawa pada jantung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi tersohor antarabangsa, Beyonce mencipta sejarah apabila menjadi penerima trofi terbanyak sepanjang zaman selepas merangkul empat trofi pada malam kemuncak Anugerah Grammy Ke-65 yang berlangsung di Crypto.com Arena, Los Angeles (LA), California, Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Bekas anggota kumpulan Destiny’s Child itu telah memenangi anugerah Album Muzik Tarian/Elektronik Terbaik menerusi album Renaissance, Lagu R&B Terbaik (lagu Cuff It), Rakaman Tarian/Elektronik Terbaik (lagu Break My Soul) dan Persembahan R&B Tradisional Terbaik (lagu Plastic Off The Sofa).
Maka, Beyonce sekaligus meleburkan rekod dipertahankan selama 20 tahun oleh konduktor bertaraf legenda, mendiang Georg Solti yang memiliki 31 anugerah Grammy sepanjang hayatnya.
“Saya cuba tidak terlalu emosi. Saya hanya mahu menerima anugerah malam ini sahaja. Saya ingin berterima kasih kepada Tuhan kerana melindungi saya, ibu bapa menyayangi dan menjadi pendorong.
“Juga buat suami dan tiga cahaya mata yang sedang menonton di rumah. Tidak lupa terima kasih kepada peminat dan mereka yang membantu dalam menjayakan setiap karya.
“Moga Tuhan merahmati kamu. Terima kasih Grammy,” kata Beyonce ketika menerima trofi tersebut.
Selain kehadiran bintang R&B dan pop itu, anugerah berprestij tersebut turut menampilkan pengacara dan pelawak terkenal Travor Noah sebagai hos.
Penganjuran pada tahun ini juga diserikan dengan persembahan daripada barisan penghibur berkelas dunia seperti Harry Style, Lizzo, DJ Khaled, Bad Bunny dan ramai lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Apa terjadi apabila seorang pempengaruh glamor yang bertukar viral disebabkan kontroversi tiba-tiba 'menghilang' dan pulang ke kampung? Nak dijadikan cerita pula, pempengaruh itu tidak...