Setakat hari ini, 800 juta orang di seluruh dunia mempunyai akaun Instagram. Laman sosial ini sudah menjadi platform masa kini yang digunakan sama ada untuk bisnes, peribadi malah grup untuk memuat naik apa saja aktiviti yang dilakukan.

Laman web Statista memaklumkan, sebanyak 25 juta profil perniagaan  direkodkan di Instagram pada bulan September dan jumlah itu terus meningkat berbanding  hanya 15  juta profil direkodkan pada bulan Julai.
800 Juta Orang Sign In Instagram, Ini  Akaun Yang Punya Followers Tertinggi Di Dunia
Bisnes begitu berkembang di Instagram dengan 25 juta profil perniagaan direkodkan- sumber Statista

Ternyata media sosial ini menjadi salah satu platform terkini untuk melariskan perniagaan sekalipun Instagram baru saja melancarkannya pada Julai 2016. Dalam tempoh setahun lebih ini, sudah wujud 25 juta profil perniagaan sekali gus memberi gambaran Instagram adalah cara terbaru untuk berhubung dengan pengguna. Dan ia benar-benar berjaya.

Sehingga Mac 2017, sebanyak 80 peratus pengguna Instagram mempunyai perniagaan masing-masing dan pada November lalu,  seramai 200 juta Instagrammers melawat profil perniagaan setiap hari.

Sehingga September 2017, Instagram mempunyai dua juta pengiklan aktif setiap bulan – peningkatan sepuluh kali ganda sejak Mac 2016. Instagram terus menjadi batu loncatan  penting untuk mengembangkan lagi perniagaan  malah terus meningkat di kalangan profesional dan menjadi daya tarikan kepada pihak pengiklan.

Ternyata, apa saja peluang untuk menjadi duit, harus direbut dengan mudah.  Inilah yang dilakukan oleh beberapa selebriti terkenal  dan jaguh dunia untuk membuat duit dengan cara mudah dalam platform atas talian ini.

800 Juta Orang Sign In Instagram, Ini  Akaun Yang Punya Followers Tertinggi Di Dunia
CR mempunyai 113 juta follower dan pengiklan harus membayar lebih RM500,000 untuk menepek di Instanya

Jika sebahagian kita mengenali Cristiano Ronaldo kerana kekacakan dan kehebatan beraksi dipadang, setakat hari ini, bintang bola sepak ini  mempunyai jumlah follower paling ramai itu 113 juta orang di Instagram.

Bukan saja popular tetapi bagi pengiklan yang ingin mengiklankan barangan mereka, perlu membayar RM500,000 hanya untuk sekali iklan. Untungkan, jadi orang kacak dan ternama ini!

IKLAN
800 Juta Orang Sign In Instagram, Ini  Akaun Yang Punya Followers Tertinggi Di Dunia
Neymar menjadi bintang sukan kedua paling popular di Instagram dengan lebih 83 juta pengikut.

Di tempat kedua ialah Neymar dengan pengikut seramai 83 juta orang. Lionel Messi, David Becham dan ditangga ke enam adalah lagenda bola keranjang LeBron James yang mempunyai 33.5 juta orang.

Korang boleh semak lagi senarai bintang sukan yang mempunyai pengikut paling ramai.

800 Juta Orang Sign In Instagram, Ini  Akaun Yang Punya Followers Tertinggi Di Dunia
Senarai 10 bintang sukan paling ramai pengikut di Instagram- sumber Statista

Tapi jangan ingat follower saja ramai, tetapi sebenarnya ia boleh mendatangkan duit dengan mudah.

Ini dapat dilihat pada analisis yang dikeluarkan oleh Influencer DB iaitu Jamie Oliver yang mempunyai 6 juta pengikut mampu memperoleh pendapatan lumayan di mana mana-mana pengiklan yang mahu meletakkan iklan di Instagram chef paling popular ini harus membayar USD27,406 bersamaan RM150,000 sekali iklan.

IKLAN
800 Juta Orang Sign In Instagram, Ini  Akaun Yang Punya Followers Tertinggi Di Dunia
Senarai chef popular yang mampu menjana duit dengan dunia masakan

 

Jika mahu dibuat perbandingan dengan Cristiano Ronaldo yang jauh lebih tinggi, tetapi ia sudah mencukupi buat Jamie Oliver yang hanya seorang chef dikenali dalam dunia masakan.

IKLAN
800 Juta Orang Sign In Instagram, Ini  Akaun Yang Punya Followers Tertinggi Di Dunia
Sekali iklan lebih RM150,000. Banyak beb..jadi chef jer

Di tempat kedua chef yang mempunyai ramai pengikut ialah Gordan Ramsay iaitu seramai 3.55 juta diikuti Martha Steward yang mempunyai pengikut 1.61 juta pengikut.

800 Juta Orang Sign In Instagram, Ini  Akaun Yang Punya Followers Tertinggi Di Dunia
Neelofa paling ramai pengikut dengan 5.3 juta orang

 

800 Juta Orang Sign In Instagram, Ini  Akaun Yang Punya Followers Tertinggi Di Dunia
Bukan saja cantik tapi memang meletop Neelofakan..

Jangan pandang sebelah mata pada artis Malaysia. Artis cantik Neelofa yang baru dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif di Air Asia selain dikatakan meletup dengan drama Suri Hati Mr Pilot ini mempunyai 5.3 juta pengikut di Instagram sekali gus memotong Nora Danish yang pernah mengungguli tempat pertama sautu ketika dahulu. Terkini Nora hanya mempunyai 5 juta pengikut di laman Instagramnya.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI