Keputusan dah dapat, jom recap semula stail fesyen semalam.
Anugerah Juara Lagu adalah antara medan pertandingan yang sinonim dengan gaya fesyen malar segar dan akan diingati sampai bila-bila (no pun intended, Kak Mich!)
Kalau dulu kita ada Ramlah Ram dengan dress berlampu dan Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan tiara beliau, tahun ini stail yang dibawakan oleh finalis tak kurang hebatnya. Siapa pilihan korang?
01
Sufian Suhaimi
Sedari awal selepas lagu nyanyiannya ‘Di Matamu’ berjaya melangkah ke final, Sufian Suhaimi telah menjalin kerjasama dengan pereka fesyen, Hatta Dolmat untuk menyiapkan kedua-dua looks semalam.
Jika di karpet merah, Sufian kelihatan moden dengan padanan blazer kulit dan kemeja signature daripada Hatta, di atas pentas pula dia kelihatan cukup berlainan dengan blazer hitam kemerahan. Ada nama pula tu untuk blazer Sufian ni; ‘A Broken Heart Suit‘. Gitu!
02
Hael Husaini
Dua gaya berbeza tetapi masing-masing memang kena dengan gaya Hael Husaini. Setelah didandan oleh Khir Khalid dan Juno Ko, Hael menyarungkan sut pastel di karpet merah sebelum bertukar kepada pakaian khas yang direka oleh Rizman Ruzaini.
Persalinan persembahan Haram juga adalah hasil ciptaan pereka yang sama.
Ads
03
Dayang Nurfaizah
Jika tiada Dayang Nurfaizah dalam persalinan Rizalman Haute Couture pada setiap Anugerah Juara Lagu, tak sah! Kali ini, Dayang dan pereka fesyen tersebut tampil konseptual dengan idea hujan renyai di atas pentas. Walaupun kurang jelas kelihatan di kaca televisyen, bahagian bawahnya mempunyai perincian batuan kristal indah!
04
Sherry AlHadad
Sherry membuktikan sesiapa saja boleh kelihatan cantik dan glamor jika tahu potongan pakaian yang betul. Persalinan awal oleh Amaze Atelier kelihatan selesa dan molek terletak pada Sherry. Senang nak hayun kayu drum hehe..
Dress kedua rekaan Zaimi Zulkafli ini pula mempunyai elemen tradisi Thai dengan cape asimetrikal putihnya itu. Secara keseluruhannya, ia adalah look yang cukup cantik buat pengacara acara berprestij seperti ini. Good job Glam Squad!
05
Misha Omar
Ads
Kak Mich slayed! Keseluruhannya, Misha Omar tampil dalam 3 persalinan berbeza iaitu 2 di atas pentas dan satu semasa menerima anugerah. Cuma, persalinan awalnya pada pembukaan lagu ‘Sampai Bila’ semalam tidak begitu jelas kelihatan di kaca televisyen dan di stadium memandangkan ia berwarna gelap. Haraplah ada jurugambar yang sempat mengambil foto!
Apapun, persalinan serba merah dengan perincian long fringe ini cantik walaupun ada pengkritik yang menyamakannya dengan pakaian Dayang Nurfaizah semasa AJL 31 oleh Rizalman Ibrahim. Misha Omar tampil menyakinkan dalam persalinan merah fuschia dengan konsep fusion origami Jepun – kot labuh.
06
Siti Sarah
Comel, berkelas, cantik – semualah! Siti Sarah memang wow semalam dalam persalinan berkonsepkan tea length ball gown.
07
Ara Johari
Ads
This girl can pull off all looks! Okay, mungkin ramai yang merasakan AJL hanyalah untuk rekaan baju ‘bling-bling’, dengan cape dramatik dan sebagainya. Namun Ara Johari tak terkesan dengan semua ekspektasi itu dan dia hadir sebagai diri sendiri saja.
Persalinan pentas Bespoke suit oleh Alfian & The Suits ini cantik terletak pada figuranya.
08
Nabila Razali
Walaupun tidak tercalon, Nabila Razali masih datang penuh bersedia untuk acara karpet merah dan untuk persembahan selingan. Bella tampak wow dalam persalinan Rizman Ruzaini – sopan dan sofistikated.
Honorary Mention
Khai Bahar
Khai menyarungkan tuksedo khas daripada Far8 by Altelia Amani.
Haqiem Rusli
Jaket kuning dengan perincian studding ini adalah rekaan Neonate Company. Jangan tercucuk!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon Indonesia, Prilly Latuconsina berkata filem sequel ‘Danur 2: Maddah’ akan jauh lebih menyeramkan berbanding filem pertama. To be exact, 10 kali lebih seram!
Persoalannya, mampukah filem tersebut mengulang kejayaan yang dicatatkan oleh sebuah lagi filem seram, ‘Pengabdi Setan’ arahan Joko Anwar.
Kata Prilly, dia tidak berani untuk mensasarkan jumlah penonton yang akan ke pawagam ataupun jumlah kutipan tiket untuk ‘Danur 2: Maddah’. Namun, dia yakin penonton yang menyokong filem ini akan berpuas hati dengan jalan cerita dan tahap keseraman yang mereka tonjolkan.
Setakat hari pertama tayangan pada Khamis lalu, ia sudah berjaya menarik lebih 170 ribu orang penonton ke pawagam. Hebat tu!
“Saya sendiri tidak berkesempatan lagi untuk menonton Pengabdi Setan kerana pada tahun lepas, saya sedang sibuk belajar untuk ujian UTS, jadi tidak ada masa.
“Cuma kalau dari segi seram atau tidak itu, ‘Danur 2:Maddah’ dipetik dari kisah benar. Jadi kita tidak boleh lari jauh daripada skrip kejadian sebenar. Itulah yang membuatkannya cukup seram.
“Kita pun tidak menjadikan filem lain (Pengabdi Setan) sebagai kompetitor kita. Filem lain itu ada pacuan (sasaran) kita. Itu sebagai reference dan acuan untuk berkarya,” kata Prilly.
Filem Pengabdi Setan yang menempah kejayaan luar biasa sehingga dibawa ke Eropah untuk tayangan.
Untuk pengetahuan korang, filem Danur 1 ditayangkan terlebih dahulu sebelum Pengabdi Setan. Dan di Indonesia, Danur 1 mendapat respon yang sangat baik dari rakyat di saya sebelum Pengabdi Setan merampas tangga teratas filem seram yang mencatatkan kutipan paling memberansangkan.
Filem ini mengisahkan tentang gadis bernama Risa (lakonan Prilly) yang boleh melihat kelibat makhluk halu dan akhirnya berkawan dengan – hhm – ‘mereka’.
“Saya betul-betul menitik beratkan karakter Risa agar ia asli dan bukan dibuat-buat. Sehinggakan ada satu adegan yang memang sukar untuk kami selesaikan. Kami terpaksa mengambil masa 6 jam.
“Disebabkan itulah, badan saya mengalami kesakitan kerana tempoh penggambaran yang terlalu lama.
“Saya juga ada berhubung dengan penulis, Risa Saraswati yang juga merupakan karakter sebenar di dalam filem ini. Katanya melalui WhatsApp, selama filem ini menjalani penggambaran, ada makhluk halus yang selalu datang untuk berdamping dengannya.”
Err, okay seram, seram!
Setakat ini, masih belum ada update sama ada ‘Danur 2:Maddah’ akan ditayangkan di Malaysia. Tak mustahil jika sambutannya menggalakkan di Indonesia, filem ini akan menemui penonton Malaysia sama seperti Pengabdi Setan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak tahun 2015, banyak perkara telah berlaku kepada Justin Bieber.
Hubungan cinta yang terjalin semula dengan Selena Gomez, #Jelena putus semula dan perkahwinan dengan Hailey Baldwin (sekarang Hailey Bieber). Macam-macam sudah berlaku kepada Justin; kecuali lagu baharu.
Selain 3 single kolaborasi iaitu Despacito bersama DJ Khaled, I Don’t Care bersama Ed Sheeran dan remix Bad Guy bersama Billie Eilish (we are going to pretend we have not listened to that), Justin seakan menjauhkan diri daripada dunia seni.
Hinggalah pada hari ini!
Justin secara rasmi telah melancarkan single pertama berjudul Yummy daripada albumnya yang bakal muncul pada tahun 2020. Dan ramai yang meramalkan dia akan mengulangi kejayaan album Purpose sebelum ini.
Yummy menceritakan hubungan istimewanya bersama isteri, Hailey Bieber di mana Justin menganggap Hailey sebagai insan nombor SATU dan yang terpenting untuknya.
Video muzik rasmi Yummy akan dilancarkan pada 1 pagi ini (5 Disember): jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikannya.
Dengarkan Yummy di SINI dan komen sama ada ia sesedap tajuknya atau tidak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Normal lah dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan Berkawal (PKPB) ini, ramai di antara kita yang mungkin lebih ‘mudah’ untuk tertidur ketika sedang berpuasa di siang hari.
Jadi apakah hukumannya?
Kami sempat untuk bertanyakan soalan tersebut kepada Pencetus Ummah Amin dalam sesi #RemajaDengarKata.
Menurut PU Amin, ada sebahagian hadis bertaraf lemah yang menyebut, ‘Tidur seorang yang berpuasa itu adalah ibadah dan tasbih.’ Jadi di sini, jika kita tertidur sepanjang hari semasa berpuasa, itu memanglah adab yang tidak baik. Tetapi..
“Terdapat golongan yang tertidur di siang hari ini bukanlah kerana sengaja hendak tidur. Yang saja-saja nak tidur itu rugilah.
“Tidur kerana ibadah di sini dimaksudkan dengan golongan yang tidur untuk merehatkan tubuh badannya dalam keadaan perlu. Contohnya, ibu yang mengerjakan anak dan perlu masak untuk sahur. Orang yang bekerja penat.
“Mereka perlu berehat kerana kehendak badan. Yang penting tidur itu tidak mengganggu waktu solat dan ibadah lain.
“Tidur yang merugikan adalah tidur yang membuatkan seseorang itu meninggalkan solat dan menghalangnya daripada melakukan ibadah sunat pada bulan Ramadan.”
Ada orang kata, tidur setelah waktu solat Subuh ini akan menghalang rezeki masuk.
Biasalah dalam bulan Ramadan ini, kita akan melebihkan aktiviti pada malam hari. Jadi pastikanlah selepas Subuh itu kita sempat untuk melakukan perkara yang memberi kebaikan seperti membaca Al-Quran, solat sunat dan mendengar ceramah.
“Hanya selepas itu, kita berniat tidur untuk merehatkan badan. Dan segeralah bangun sebelum tiba waktu Zuhur. Hukum makruh tu tetap makruh apabila kita tidur sehingga Zuhur. Ingatlah yang makruh itu juga boleh bertukar haram jika ia diulang banyak kali secara sengaja,” pesannya.
Tonton video highlight #RemajaDengarKata di bawah:
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.