Baru-baru ini, drama sebuah drama Korea berjudul More Than Friends terpaksa ditangguhkan penggambaran bagi episode akhir kerana salah seorang pelakonnya menjadi kontak rapat pesakit COVID-19 dan terpaksa dikuarantin mengikut arahan yang ditetapkan oleh kerajaan Korea Selatan.
Kini, nampaknya bukan hanya drama tersebut, malah ada lebih banyak lagi produksi yang terpaksa menangguhkan penggambaran drama mereka gara-gara wabak pandemik COVID-19.
Berikut merupakan antara K-Drama yang terpaksa ditangguhkan penggambaran akibat COVID-19.
1. River Where The Moon Rise
Drama yang dibintangi oleh Kim So Hyun dan Ji Soo ini terpaksa ditangguhkan kerana seorang pelakon tambahan drama tersebut menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19. Setelah menjalankan ujian saringan swab, dia didapati positif COVID-19 tetapi kesemua pelakon yang lain didapati negatif.
Walau bagaimanapun, seluruh tenaga produksi River Where The Moon Rise perlu menjalani kuarantin kendiri sebelum memulakan semula penggambaran.
2. City Couple’s Way of Love
Ads
Seorang lagi pelakon tambahan dalam drama City Couple’s Way of Love lakonan Kim Ji Won dan Ji Chang Wook didapati positif COVID-19. Mengikut garis panduan kesihatan di Korea Selatan, penggambaran telah pun dihentikan dan pencarian kontak rapat sedang dikenal pasti.
Wakil agensi Kim Ji Won menjelaskan bahawa pelakon itu tidak mempunyai kontak dengan pelakon tambahan tersebut namun dia masih menjalankan ujian swab dan sedang menunggu keputusan.
3. Snowdrop
Dibintangi oleh Jisoo Blackpink, Jung Hae In dan Kim Hye Yoon, Snowdrop juga dikatakan menghentikan sesi penggambaran kerana bimbang tentang kes COVID-19 yang berlaku di set produksi.
Ads
Seorang pelakon tambahan dikatakan mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 dan disahkan positif. Sesi penggambaran telah ditangguhkan sejak 23 November lalu dan semua pelakon serta kenalan rapat turut melakukan ujian swab.
4. The Penthouse
Kredit foto: vikiplatform.com
Pelakon tambahan The Penthouse didapati positif COVID-19 kerana telah terlibat dengan kes yang disahkan pada produksi drama lain. Sumber dari pihak produksi The Penthouse menyatakan bahawa drama tersebut dihentikan sementara penggambarannya demi mengikut panduan kesihatan.
5. Hush
Kredit foto: asianwiki.com
Drama lakonan Hoon Jung Min dan YoonA Girls’ Generation’s yang bakal ditayangkan, Hush juga merekodkan bahawa pelakon tambahan mereka disahkan positif COVID-19.
Ads
Kenyataan rasmi daripada produksi drama tersebut mengatakan bahawa kesemua pelakon dan tenaga kerja akan melakukan ujian saringan COVID-19.
6. Joseon Exorcist
Kredit foto: asianwiki.com
Drama yang dibintangi oleh Jang Dong Yoon, Park Sung Hoon dan Kam Woo Sung ini juga terpaksa mengangguhkan penggambaran akibat pelakon tambahannya disahkan positif COVID-19.
7. Mr. Queen
Kredit foto: asianwiki.com
Sama seperti kebanyak kes di produksi lain, drama lakonan Shin Hye Sun dan Kim Jung Hyun juga ditangguhkan sesi penggambaran kerana seorang pelakon tambahan disahkan positif COVID-19
8. The Spies Who Loved Me
Kredit foto: forbesimg.com
Seorang pelakon tambahan drama ini mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 dan sedang menunggu keputusan ujian swab. Team produksi yang lain kini sedang menjalani kuarantin kendiri sementara menunggu keputusan ujian daripada pelakon tambahan tersebut.
Hm, jika tidak dibendung situasi ini memang akan menyebabkan kes penularan COVID-19 menjadi lebih teruk. Tindakan menangguhkan penggambaran dan menjalani kuarantin kendiri adalah yang terbaik bagi mencegah kes daripada terus menular.
Kalau sekali dah viral, memang selepas tu merata-rata korang akan lihat produk yang sama dalam pelbagai jenis rupa.
Terbaru, minuman pearl bubble tea begitu mendapat sambutan sehinggakan hampir disetiap cawangan kedai mereka dipenuhi pengunjung. Cakaplah macam mana sekali pun, gula tinggi ke, tak baik untuk kesihatan ke, tapi masih ramai yang tak mahu melepaskan peluang untuk mencuba.
Sekarang ni bukan hanya minuman bubble tea, tapi boba pearl ni juga turut dihidangkan dalam pelbagai jenis makanan.
Serious la wey?
Okay, jom kita lihat antara hidangan yang disediakan bersama boba pearl.
1. Boba Pizza
Okay bayangkan korang makan gigit pizza dan terasa kekenyalan boba pearl tu. Hm onz ke tak?
2. Boba Egg Tart
Taiwan memang terkenal dengan egg tart mereka. Jadi, nah kalau korang nak rasa lain dari yang lain, bola cuba egg tart yang ada boba pearl ni
3. Boba pancake
Dihidangkan bersama krim susu dan juga ketulan boba yang melimpah ruah. Nampak mewah hidangan ni.
4. Boba Brulee
Roti bakar yang diletakkan creme brulee cheese dan seterusnya diisi dengan boba pearl dan dihiasi dengan wafer berperisa coklat. Pergh, nampak menyelerakan.
5. Boba Burst Bun
Roti lembut yang berintikan krim teh hitam dan juga boba pearl yang kenyal.
6. Boba Dorayaki
Dorayaki yang dikenali sebagai ‘kuih Doraemon’ ini juga tak ketinggalan untuk mendapatkan sentuhan boba pearl.
7. Roti bakar Boba
Macam mana la agaknya rasanya ya? Kena try ni!
8. Boba Cheesecake
Pergh, meleleh-leleh cheese kek dia dengan boba pearl tu. Kecur air liur.
9. Boba Waffle
Di Kajang, ada sebuah restoran yang menyediakan winter milk tea waffle yang boleh korang cuba.
Ok macam-macam ada kan? Persoalannya, korang sanggup ke nak try? Mungkin ada yang suka dan mungkin juga tidak.
Jadi, tepuk dada tanya selera!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas hampir tiga tahun memilih untuk berdiam diri, pelakon sensasi, Datin Intan Najuwa akhirnya tampil bersuara berhubung kes saman sivil yang difailkan suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman terhadap pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin dan Wan Mohd. Ruzaini Wan Jamil yang mewakili syarikat Rizman Ruzaini Creations (M) Sdn. Bhd.
Menerusi sebuah perkongsian gambar di Instagram miliknya, Intan atau pemilik nama sebenar Intan Najuwa Abdul Wahid menuntut agar pihak berkenaan menyelesaikan jumlah pembayaran sebanyak RM1.3 juta sebelum 15 Januari 2026.
“Salam sejahtera, setelah hampir tiga (3) tahun memilih untuk berdiam diri, suami dan saya kini tampil secara terbuka berdasarkan keputusan mahkamah yang telah diputuskan,” tulisnya.
“Tanpa melibatkan mana-mana pihak atau pereka fesyen lain, kenyataan ini dibuat khusus bagi menyeru Pereka Fesyen Rizman Ruzaini untuk melaksanakan pembayaran semula pinjaman seperti yang telah diarahkan oleh Mahkamah melalui penghakiman yang telah memihak kepada kami,” jelas Intan lagi.
“Kenyataan ini dibuat secara berfakta dan berhemah, selaras dengan keputusan undang-undang yang sah, selepas kami memilih untuk menunggu dan menghormati proses perundangan sepenuhnya,” katanya.
Menurut Intan, kenyataan terbuka itu dibuat khusus kepada pihak yang terlibat sahaja dan tidak bertujuan mengaitkan mana-mana pihak lain termasuk pereka fesyen lain dalam industri.
Terdahulu, syarikat Rizman Ruzaini Creations (M) Sdn. Bhd. dilaporkan enggan memberi sebarang komen apabila dikaitkan sebagai pihak yang berhutang dengan pelakon tersebut.
Salah seorang pengasas jenama berkenaan, Rizman Nordin sebelum ini menganggap perkara tersebut sebagai sesuatu yang biasa apabila nama mereka menjadi sebutan dalam pelbagai isu.
Pada masa yang sama, Intan mendakwa individu berkenaan pada awalnya merayu bantuan kewangan dengan pelbagai janji, namun mula mengelak apabila tiba masa untuk melunaskan hutang seperti yang dipersetujui.
Sementara itu, susulan kenyataan terbuka tersebut, nama jenama fesyen Rizman Ruzaini kembali menjadi bualan netizen di media sosial selepas dikaitkan sebagai pihak yang dimaksudkan oleh pelakon berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wajah Hafidz Roshdi bukanlah asing lagi wajahnya di kaca televisyen. Dek bakat yang dimiliki dia menjadi pilihan pengarah dan stesen tv untuk menjadi wajah hadapan sesebuah drama dan telefilem.
Imbas kembali, jejaka berusia 29 tahun ini memulakan langkahnya dalam dunia seni sejak berusia 18 tahun lagi apabila beliau terpilih menjadi salah seorang peserta program pencarian Hero Remaja anjuran majalah REMAJA.
Hafidz dalam video pengenalan finalis Hero Remaja 2011/12.
Memiliki rupa paras yang kacak dan tubuh yang kekar, jom kita intai 9 fakta menarik mengenai pelakon ini.
Pemilik nama penuh Muhammad Hafidz bin Roshdi ini dilahirkan pada 13 November 1994 dan berasal dari Shah Alam, Selangor.
Merupakan salah seorang daripada 25 finalis pertandingan Hero Remaja 2011/12. Antara rakan seangkatannya ialah Fattah Amin, Saharul Ridzwan, Syafiq Kyle, Fendy Bakry, Hafreez Adam, Ben Ali, Nazrief Nazri dan Ben Amir.
Nama panggilan bagi dirinya ketika berada dalam pertandingan Hero Remaja 2011/12 ialah Fidz.
Walaupun merupakan peserta termuda, Hafidz berjaya menjadi di antara 10 peserta terbaik pada malam finale.
Lakonan pertamanya sebagai anak seni adalah pada tahun 2014 menerusi drama Baby Ana Milik Siapa.
Hafidz mendirikan rumah tangga ketika berusia 22 tahun bersama gadis pilihan hatinya, Nurul Shuhada Mat Shukri. Mereka saling mengenali ketika dibangku persekolahan lagi.
Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, Hafidz dikurniakan dua cahaya mata. Anak pertamanya, Humairah dilahirkan pada tahun 2017 manakala anak keduanya, Umar dilahirkan pada tahun 2020.
Apa yang menarik, kedua-dua anaknya berkongsi tarikh lahir yang sama, 9 September!
Walaupun banyak membintangi drama bersiri dan telefilem, Hafidz jarang menghiasi layar lebar pawagam. Filem pertama lakonannya ialah Pusaka bergandingan bersama Syafiq Kyle dan Mimi Lana pada tahun 2019.
Semoga karier Hafidz terus meluncur maju dalam dunia seni.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kaki palsu mesra solat MyB Prosthetic Limb ciptaan pakar HUKM memberi harapan baharu kepada pesakit amputasi untuk beribadah dengan lebih selesa dan yakin.