Tak ada seorang yang boleh menyangkal bahawa gaya fesyen penyanyi, Nabila Razali yang mesra dipanggil Bella ini adalah antara yang paling diminati ramai remaja sekarang.
Ini kerana Bella sentiasa kelihatan effortless tanpa perlu mencuba too hard untuk kelihatan menarik. Solekan juga sekadar untuk menyerikan wajahnya yang cantik, membuatkan ramai yang terfikir mudah untuk mereka meniru salah satu gaya Bella.
Tambahan pula apabila Bella sering dibantu oleh stylist seperti Abu Shaef Hamza dan Alif Latifi apabila menghadiri acara di sana-sini atau semasa merakamkan klip video Pematah Hati, lagilah meletop kan!
Jom lihat 7 gaya trademark Bella, off shoulder menggunakan 8 jaket berbeza.
01
LOVE! Ini masih menjadi gaya off shoulder yang kami gemari daripada Bella. Kekal monokrom dari kerudung, blaus hinggalah ke jaket, Bella sememangnya tampak eksklusif dan mahal pada malam tersebut. Dan sebenarnya, korang boleh meniru stail ini menggunakan apa jua jenis jaket atau warna jaket. Asalkan ia mempunyai warna yang sama bagi membuatkan stail korang lebih strong.
02
Okay, kami tahu ini bukanlah stail off shoulder yang diperkatakan. Namun cara Bella mengenakan jaket ala Kimono dengan inner polos boleh korang tiru. Kimono adalah salah satu gaya trademark Bella kerana ia memberikan volume menarik pada kawasan lengan dan ikatan tali membuatkannya tampak lebih slim.
Ads
03
Jaket kuning Nabil Volkers yang disarung olehnya ini memang mempunyai impak special kepada peminat muzik video ‘Pematah Hati’ dan kepada Bella sendiri. Semua orang boleh recognize warna mustard, word play Nabil Volkers di sekeliling jaket serta perkataan Pematah Hati pada tshirt putih yang disarung Bella.
Ringkas tetapi dramatik, kalau ferfeeling sikit boleh terus kibas-kibas jaket tu. Hehe..
04
Ads
Teknik layering seperti ini mungkin tak berapa nak sesuai dengan keadaan cuaca negara kita. Tapi rasanya tak salah untuk korang cuba pada waktu malam atau ketika menghadiri acara tertutup di dalam dewan, misalnya. Lilitan kerudung masih kekal ringkas kerana volume pada bahagian badan sudah cukup untuk membuatkan gaya off shoulder ini menarik.
We just wish Bella has a bracelet, watch or a statement glove on the bare wrist.
05
Sekali lagi, Bella memilih kombinasi blaus-seluar berwarna monokrom untuk menampakkan kerudung bercoraknya lebih menyerlah. Bukan tu je, Bella juga kelihatan lebih tinggi daripada biasa. Bukan kerana ketinggian kasutnya semata tetapi kerana warna kelabu polos yang membuatkan tubuhnya secara automatik kelihatan ‘panjang’.
Mesti korang terfikir, manalah nak cari top sebegini? Jangan risau, korang sebenarnya boleh menggunakan kardigan sedia ada dan twist it around agar ia kelihatan lebih menarik. Tuck in bahagian bahu dan lengan salah satu bahagian kardigan ke dalam. Kemudian, kemaskannya dengan lilitan tali pinggang.
07
Jaket denim adalah pilihan terbaik sebenarnya untuk bereksperimentasi dengan stail off shoulder. Tambahan pula jika ia berpotongan over sized dan mempunyai detailing menarik seperti hoodie berbulu ini. Jika jaket denim korang polos dan membosankan, tambahkan je button batch atau iron batch pada bahagian hadapan atau lengan.
08
Alahai comelnya! Love her or Woo her, penggunaan jaket bomber dengan statement bag ini membuatkan korang kelihatan seperti fesyenista yang cool. Walaupun bergaya sakan. you still know how to have fun. Dan tentunya, itulah yang kami fikirkan setiap kali melihat gaya baru daripada Bella.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Meriah betul media sosial kini dengan pelbagai trend cabaran fesyen di TikTok. Yang terbaru, trend yang jadi ikutan ramai termasuklah selebriti adalah #GucciChallenge dan #ChanelChallenge.
Walaupun tidak menggunakan produk asli atau jenama dari Gucci atau Chanel, namun Challenge mendapat perhatian warganet kerana gaya unik dan kreatif yang dihasilkan daripada barangan fesyen yang ringkas atau murah.
Sebenarnya, sebelum Cabaran Gucci muncul, terdapat Cabaran Model Gucci yang menjadi tular di seluruh dunia pada pertengahan 2020. Menurut Majalah W, idea #GucciModelChallenge pertama kali datang daripada Morgan Presley, TikTokers of Pennsylvania, Amerika Syarikat.
Ketika itu Morgan hanya mahu meniru cara berpakaian ala model Gucci. Secara kebetulan, Gucci baru sahaja mengeluarkan kempen koleksi Musim Gugur/Musim Sejuk 2020 yang menunjukkan model diambil gambar di rumah masing-masing memandangkan pada masa itu wabak COVID-19 sedang merebak secara besar-besaran yang membawa kepada dasar penutupan.
Menurutnya, barangan fesyen yang diperlukan terdiri daripada turtleneck berwarna cerah, kemeja, vest, jaket berwarna cerah, beberapa seluar vinil, skirt mini, tudung, cermin mata hitam, kasut bertumit, stokin, dan gincu merah.
Sambung Dipper, ramai TikToker yang turut serta membuat Gucci Model Challenge dengan versi masing-masing. Begitu ramai di TikTok, Gucci pun memberi penghargaan. Bukan sekadar menyiarkan semula kandungan daripada TikTokers, Gucci turut menjemput beberapa pengguna dengan gaya unik untuk terlibat dalam projek mereka.
Wah bertuah betul kan?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hampir dua tahun isu kes cabul membabitkan pelakon versatil, Puteri Balqis, ibunya meluahkan perasaan terkilan apabila anaknya tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Kata ibunya, Norashikin Mohd. Aziz, dia bersuara selepas merasakan berlaku ketidakadilan, bahkan semakin ramai melemparkan kutukan termasuk agamawan yang menganggap pendedahan dibuat sebagai membuka aib.
“Untuk apa yang terjadi, sangat tidak adil untuk kami, kes bercerai tiada pula orang kata aib, tetapi apabila kes melibatkan cabul anak saya, semua orang masuk campur ibaratnya kami buka pekung sendiri.
“Kami menderita lebih 10 tahun kerana tiada siapa-siapa, rasa sangat tidak adil dan terbela. Kes kami yang sememangnya jenayah itu tiada pula dicanangkan satu Malaysia bahkan dikatakan fitnah.
“Jangan kata apa yang yang berlaku kepada saya dan anak sebagai aib, ini jenayah,” katanya menerusi Instagram Aqish.
Selain itu, ibunya turut memaklumkan hanya mereka berada dalam hidupnya sahaja akan memahami segala situasi dialami mereka.
Bahkan, tiada apa yang dimahukan mereka selain keadilan serta layanan sama rata diberikan membabitkan kes yang menimpa dia dan anaknya.
“Orang tuduh anak saya macam-macam sampai kata dia fitnah ahli keluarga sendiri.
“Dunia dan jiwa aku sudah mati, ini bukan untuk saya tetapi untuk anak, dia adalah adalah segala-segalanya bagi aku.
“Saya ibu yang gagal pertahankan anak, saya mengaku itu. Dengan apa yang jadi, saya letakkan kesalahan atas diri saya. Cakaplah apa pun, saya hanya mahukan keadilan,” ujarnya lagi.
Terdahulu, sekitar akhir tahun 2022 pendedahan Aqish yang mendakwa menjadi mangsa amang seksual ketika kecil mengejutkan banyak pihak.
Pengakuan menerusi temu bual bersama Bros Gang TV di saluran YouTube itu bukan sahaja mengejutkan tetapi mengundang pelbagai reaksi dan pandangan masyarakat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Anak kepada dua figura seni negara, Tiara Jacquelina dan Allahyarham Hani Mohsin, iaitu Hani Karmila Mohsin atau lebih dikenali sebagai Mila Mohsin, selamat melangsungkan pernikahan bersama jejaka pilihan hatinya, Abang Saef Hud, dalam sebuah majlis tertutup baru-baru ini.
Majlis akad nikah itu diadakan pada Khamis lalu dalam suasana penuh sederhana namun cukup bermakna buat pasangan pengantin dan ahli keluarga terdekat. Mila kelihatan anggun dalam persalinan renda eksklusif rekaan @afiqmofficial, manakala solekan menyerlahkan kejelitaannya hasil sentuhan jurusolek terkenal, Khir Khalid, yang turut berkongsi berita gembira ini di media sosial.
“Puteri kesayangan Puan Sri Tiara Jacquelina iaitu Hani Karmila melangsungkan majlis pernikahan,” tulis Khir di Instagram.
“Mila Mohsin memilih saya untuk merias wajahnya. Sangat bersyukur dapat jadi sebahagian daripada hari bahagianya.”
Majlis turut diserikan dengan adat makan beradab dan upacara memotong pulut kuning. Momen-momen indah ini dikongsi Mila sendiri melalui Insta Story, sambil menerima ucapan tahniah daripada para selebriti dan kenalan termasuk penyanyi era 80-an, Juliza Adlizan.
Siapa Mila Mohsin?
Nama Hani Karmila tidak asing dalam dunia seni tempatan. Selain mewarisi bakat lakonan daripada ibu bapanya, Mila juga membuktikan keupayaannya berdiri sendiri apabila muncul menerusi filem Laknat yang ditayangkan pada Jun lalu.
Menariknya, selain aktif dalam seni lakon, Mila juga merupakan atlet seni mempertahankan diri jujitsu. Beliau mula menceburi bidang ini ketika melanjutkan pengajian di Australia dan pernah mengharumkan nama negara apabila memenangi pingat emas dalam Kejohanan Antarabangsa Terbuka Singapura, kategori 58 kilogram.
Tiara Terima Menantu, Peminat Tumpang Gembira
Perkahwinan Mila bukan saja menjadi momen indah buat dirinya, tetapi juga buat ibunya, Puan Sri Tiara Jacquelina yang kini bergelar ibu mertua. Walaupun Allahyarham Hani Mohsin telah meninggal dunia pada tahun 2006, kehadiran suami buat Mila pastinya satu kebahagiaan yang dirasai seluruh keluarga.
Di ruangan komen media sosial, ramai peminat dan rakan artis menzahirkan rasa gembira, bahkan bangga melihat Mila membesar menjadi wanita hebat.
Tahniah Mila & Abang Saef!
Kami di Remaja ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Mila Mohsin dan Abang Saef Hud atas ikatan suci ini. Semoga perkahwinan ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan menjadi permulaan indah buat masa depan mereka berdua.