First time pakai kasut baru mesti akan rasa cuak sikit sebab confirm kaki akan melecet. Tapi, kalau tak pakai pula memang sampai ke sudah la kasut tu tak terusik.
Jangan risau, kami akan kongsi kan beberapa trik yang boleh korang cuba untuk mengelakkan kaki melecet pada hari pertama menggunakan kasut baru.
Kalau siapa yang tengah cari kasut baru tu, cuba gunakan kod promo ini untuk dapat harga yang menarik.
Nah, jom semak tip berikut.
1. Plaster
Rasanya ramai juga yang dah selalu gunakan trik ini. Lekatkan plaster pada bahagian belakang tumit kaki kalau tak mahu melecet teruk.
Ads
2. Bedak
Salah satu cara terbaik mengurangkan kaki melecet adalah dengan menggunakan bedak. Gesekan akan berkurangan kerana permukaan menjadi lebih lembut. Kalau nak lebih berkesan, sarungkan stokin yang dah diletakkan bedak sebelum memakai kasut.
3. Stoking & hair dryer
Pakai stoking tebal dan ambil hair dryer, kemudian halakan di bahagian kasut yang ketat untuk beberapa minit. Ulang beberapa kali jika perlu dan cara ini juga dapat membantu melonggarkan bahagian belakang kasut.
Ads
4. Deodoran
Gunakan deodoran roll on untuk licinkan permukaan bahagian belakang kaki.
5. Silikon
Paling mudah, beli saja silikon kasut yang ada dijual di pasaran.
Ads
6. Tampal tape
Jangan pelik, cuba korang tampal tape pada jari kaki ketiga dan keempat yang selalu menjadi spot terbaik untuk melecet.
7. Plastik beg berisi air
Plastik beg yang telah diisikan air diletakkan dalam kasut dan dibiarkan semalaman dalam peti ais. Ia bertujuan untuk mengembangkan pada bahagian kasut yang ketat.
Sudah tahu trik elak kaki melecet, jangan lupa gunakan kod promo ini untuk dapatkan harga istemewa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Benar, keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukanlah kayu pengukur kepada kecemerlangan hidup seseorang selepas menamatkan zaman persekolahan.
Ada sahaja insan yang berjaya melanjutkan pelajaran biarpun keputusan SPM tidaklah begitu memberansangkan. Malah ada juga yang membuka lembaran baharu setelah memasuki alam pekerjaan.
Namun, bagaimana pula dengan nasib pelajar pintar yang telah berusaha untuk mencapai keputusan SPM cemerlang namun akhirnya terpaksa akur tidak layak mendapatkan slip keputusan masing-masing disebabkan kesalahan sendiri sewaktu menduduki peperiksaan SPM?
Itulah yang berlaku kepada 15 calon SPM 2021 dari Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya (SAS) setelah dua rayuan yang dihantar kepada Jawatankuasa Khas Lembaga Peperiksaan (LP) Kementerian Pendidikan gara-gara tindakan membawa masuk telefon bimbit ke dalam dewan peperiksaan SPM telah ditolak, baru-baru ini.
Kes tersebut dibawa ke dalam sesi perbincangan Jawatankuasa Khas Rayuan Kes Salah Laku Calon Peperiksaan SPM 2021 Lembaga Peperiksaan bagi meneliti rayuan kali kedua daripada pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru SAS.
Menurut laporan, kesemua bukti telah diteliti semula dan diperhalusi demi memberikan keputusan yang adil kepada semua pihak. Malah, 15 calon berkenaan juga telah membuat pengakuan membawa masuk telefon bimbit ke dalam dewan peperiksaan.
Walau bagaimanapun, jawatankuasa memutuskan untuk mengekalkan status BATAL ke atas kesemua 15 calon yang pada waktu itu menduduki peperiksaan mata pelajaran Sejarah.
Ini demi mempertahankan prinsip keadilan kepada calon-calon SPM 2021 dan kepada calon-calon SPM pada tahun-tahun berikutnya.
Kes ini bertukar tular setelah seorang guru yang dikenali sebagai Mohd Fadli Salleh memuat naik surat keputusan yang dikeluarkan oleh LP menerusi Facebook dan mempersoalkan nasib 15 calon berkenaan.
Menurutnya, kesalahan tersebut dilakukan secara tidak sengaja susulan waktu peperiksaan kertas Sejarah 2 yang dimulakan secara lewat di sekolah itu. Lalu, Ketua Pengawas peperiksaan telah memulakan sesi peperiksaan secara kelam-kabut sehingga mengakibatkan calon juga masuk dalam keadaan tidak teratur dan kurang bersedia.
Tambah Mohd Fadli, Ketua Pengawas yang bertugas di SAS juga gagal membuat pengumuman berkenaan larangan membawa barang terlarang ke dalam dewan peperiksaan. Ini menyebabkan 15 calon tersebut terlupa mengeluarkan telefon bimbit yang dibawa masuk.
Hanya sewaktu peperiksaan berjalan, Ketua Pengawas mengumumkan supaya pelajar menyerahkan telefon bimbit masing-masing sambil berjanji untuk tidak mengambil tindakan terhadap mereka. Lalu, calon bertindak jujur dan menyerahkan telefon bimbit mereka.
Malangnya, tindakan serius tetap diambil.
Akibat tindakan membawa masuk telefon bimbit ke dalam dewan peperiksan SPM ini; 15 calon berkenaan tidak layak mendapat sijil SPM, perlu menduduki peperiksaan ulangan, tidak layak memohon UPU, tidak layak memohon kemasukan ke mana-mana universiti dan tidak layak memohon biasiswa setelah kertas sejarah mereka dibatalkan.
Untuk pengetahuan, bagi melayakkan calon-calon SPM mendapatkan sijil peperiksaan, mereka perlu lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
*
Adakah korang merasakan kes ini berlaku disebabkan kecuaian calon dan pengawas bertugas sewaktu sidang peperiksaan dilangsungkan? Ataupun ia berlaku disebabkan sikap tidak ambil peduli atau ignorant oleh pihak calon itu sendiri terhadap peraturan yang perlu dipatuhi?
Apa jua pendapat yang dikeutarakan, sewajarnya kita mengambil iktibar daripada kes ini agar kesalahan atau kecuaian yang sama tidak diulangi pada masa akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam, negara dikejutkan dengan tragedi sebuah pesawat ringan yang membawa lapan orang penumpang termasuk dua orang anak kapal, terhempas di kawasan kediaman Elmina berhampiran Lebuhraya Guthrie.
Memetik laporan Harian Metro, seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Ihsan, menjelaskan bahawa pada awalnya dia menaiki motosikal untuk membaca meter air di kawasan berdekatan dengan tempat kejadian.
Ketika melakukan kerjanya, secara tiba-tiba dia mendengar bunyi dentuman yang sangat kuat di bahagian belakangnya.
“Saya pusing belakang lalu terlihat kepulan asap dan terus berpatah balik,” katanya.
Lebih menyayat hati, saksi itu memaklumkan bahawa dia terdengar jeritan salah seorang mangsa yang menyebut ‘Allahuakhbar’ ketika menahan kesakitan.
“Saya dengar jeritan Allahuakbar beberapa kali daripada penunggang motosikal yang terbakar itu yang sempat bergerak sedikit namun kami semua tidak dapat berbuat apa-apa kerana api terlalu marak.
“Saya lihat penunggang motosikal itu bergerak sedikit demi sedikit sebelum rentung dalam kebakaran itu,” tambahnya lagi.
Selain itu, Ihsan memberitahu, dia juga melihat seorang lagi mangsa dari pesawat berada di luar dalam keadaan rentung.
Sekadar informasi, nahas tersebut juga turut mengorbankan dua orang awam iaitu seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta yang kebetulan berada di tempat kejadian.
Difahamkan, perakam suara kokpit (CVR) serta kesemua 10 mayat kini dilaporkan telah pun ditemui pihak penyelamat pada jam 10.30 malam. semalam.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Zaman sekarang, usia masih bawah umur tetapi sudah ramai budak sekolah yang agak berani lafazkan kata-kata cinta pada pasangan yang sama baya. Malah sudah ada yang advance “merancang” perkahwinan dan bertindak lebih berani lari dari rumah jika mak ayah melarang perkahwinan tersebut kerana mahu anak-anak tumpu pada pelajaran dahulu. Serius lah!
Lebih menyedihkan, ada yang mengandung anak tak sah taraf di usia muda.Emmmm…..
Namun,berbeza dengan realiti remaja ini. Baru-baru ini perkongsian ibu muda dengan akaun Tiktok @syadiranor mengenai pengalaman dan rasa syukur menjadi ibu muda membuka mata masyarakat bahawa kahwin muda tidaklah serumit yang disangka.
Ibu muda yang baru berusia 16 tahun ini, melahirkan zuriat pertamanya sekitar 7 Jun 2020. Kemudian, bayi comel itu telah diberikan nama yang cukup indah iaitu Naira Aleena. Mengimbas kembali kelahiran bermakna tersebut, dia sendiri tidak menyangka merasai momen mengandung seawal ini. Bahkan dalam video tersebut, ibu muda ini gembira kerana sudah ada teman bermian TikTok kelak.
Dalam satu lagi video, ibu muda ini lengkap mengenakan uniform sekolah dan memaklumkan bahawa dirinya bakal mengambil peperiksaan SPM kelak. Menyaksikan kebahagiaannya menimang cahaya mata diusia terlalu muda kebanyakkan netizen memberikan respon gembira dan mendoakan kebahagiaan buat keluarga kecil ini. Video TikTok ini mendapat 59.3K tanda suka dan komen sebanyak 1242…Wow!
Rata-rata warganet memberikan pendapat dan juga yang meluahkan rasa kagum dengan semangat yang tidak putus asa dalam urusan pendidikan walaupun sudah berkahwin.
Kepayahan berkahwin pada usia muda memang tak disangkal, tambahan pula kedua-duanya masih berdarah muda. Apapun, binalah rumah tangga itu dengan penuh kasih sayang dan saling bekerjasama untuk membina kehidupan.
Sumber : TikTok syadiranor
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!