Tujuh orang pelajar lelaki berusia 17 tahun telah ditahan semalam setelah mereka disyaki terlibat dalam kes merogol seorang pelajar tingkatan dua di Tawau Sabah secara bergilir-gilir pada hari Jumaat lepas.
Menurut kenyataan rasmi yang diberikan oleh Ketua Polis Daerah Taway, ACP Peter Umbuas, kejadian itu berlaku di dalam perkarangan sebuah sekolah menengah di daerah tersebut. Dan seperti yang dijangka ramai, ketujuh-tujuh orang suspek dan mangsa tersebut adalah dari sekolah yang sama.
"Suspek ditangkap pada hari yang sama setelah mangsa yang sedang menangis ditemui oleh seorang guru pada jam 11 pagi, Jumaat lalu. Kesemua suspek direman tiga hari bermula semalam," kata beliau.
Mangsa juga mendakwa 2 orang suspek telah merogolnya manakala 4 lagi memaksanya melakukan seks oral. Seorang lagi suspek menyaksikan perbuatan itu dilakukan di bilik suis sekolah tersebut.
Ads
Lantas, persoalan sama ada mereka dibenarkan untuk menyambung menduduki beberapa kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berlegar.
Hanya pada hari ini, pihak polis telah membuat keputusan untuk membebaskan kesemua suspek dengan jaminan polis. Mereka turut dibenarkan untuk menduduki peperiksaan SPM dan tindakan lanjut hanya akan ditentukan selepas mereka selesai menduduki peperiksaan tersebut.
Ads
Buat masa ini, pihak polis sedang mengumpulkan segala bukti sebelum meneruskan sesi pendakwaan di mahkamah. Kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan (rogol secara berkumpulan) yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta Seksyen 377A (persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii),
Ads
Sementara itu, mangsa pula telah dihantar ke sebuah hospital daerah untuk melalui ujian pemeriksaan kesihatan.
Untuk pengetahuan, peperiksaan SPM sedang berlangsung di seluruh negara hingga kerta terakhir pada 28 November kelak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah hampir dua tahun peminat novel Gantung nukilan Nadia Khan menunggu siaran siri Gantung The Series yang menjalani penggambaran pada tahun 2016, mungkin sekarang penantian itu akan berakhir.
Mungkin.
Sejak awal minggu ini, kecoh sebentar peminat novel Gantung di Malaysia apabila ada ura-ura mengatakan siri itu sudah boleh ditonton dan dimuat turun secara haram dari media sosial seperti Facebook. Ada juga yang mendakwa kesemua 16 episod telah disebarkan melalui aplikasi Telegram.
Secara logiknya, memanglah perbuatan tersebut dikira salah dari segi hak cipta dan penyiaran. Kalau didapati bersalah kerana mengedarkan sesebuah karya bersiri, filem, penulisan mahupun lagu, seseorang itu boleh didakwa.
Namun, juga secara logiknya, peminat novel Gantung tidak boleh menunggu lebih lama lagi. Ibarat menunggu kenderaan Uber yang sudah lima kali berjanji “5 more minutes” tapi masih belum menunjukkan bayang, inikan lagi menunggu berita Gantung The Series boleh ditonton secara sah dan ‘halal’.
Ray pun mesti selalu peduli bila Gantung the Series nak keluar di Malaysia.
Buat pengetahuan korang, siri ini sudahpun ditonton oleh peminat di Indonesia sejak akhir Disember lalu melalui aplikasi Tribe. They really had their Christmas wishes came true.
Di Malaysia, kita juga mempunyai aplikasi Tribe di bawah kendalian Astro Malaysia. Ia menawarkan servis online video streaming dan telah mengecapi lebih sejuta muat turun oleh penggunanya setakat akhir tahun lepas. Malangnya, tiada seorang pun pengguna Tribe di Malaysia yang telah memuat turun Gantung The Series.
Well, maybe because it is still NOT in their series archive! Disebabkan penantian yang menyeksakan inilah, peminat novel Gantung bertindak keluar dari kotak peraturan dan berkongsi 16 buah episod Gantung The Series secara haram.
Nadia Khan & Para Pelakon Turut Promosikan
Pada bulan Januari lalu, salah seorang pelakon Gantung The Series iaitu Hafreez Adam yang membawakan Troll pernah meminta peminat novel Gantung untuk tidak berkongsi mana-mana episod yang telah ditayangkan melalui Tribe Indonesia kepada peminat di Malaysia.
Menurut Hafreez, perbuatan itu boleh menjejaskan peluang Gantung The Series 2 untuk direalisasikan.
Cliffhanger yang diperkatakan oleh penonton. Tapi dalam episod mana eh?
Namun selepas melihat komen dan respon peminat novel Gantung yang telah menontonnya secara haram di Malaysia, Hafreez berkata melalui akaun Twitter-nya; “Siapa yang dah tengok Gantung The Series tu, mohon bila keluar dekat TV nanti, tengok lagi ye. Sebab itu cara nak dapatkan second season. By the way, how was it?”
Sentimen sama diluahkan oleh penulis, Nadia Khan yang berkata, “Kepada yang belum menonton Gantung The Series dan sabar menanti tarikh tayangan di TV Malaysia, The Musketeers mengucapkan:
“Kepada yang dah menonton Gantung The Series di Malaysia, The Musketeers faham..penantian itu satu penyeksaan. Tapi ni pesanan khas dari diorang:
Bagi mereka berdua, apa yang penting selepas (atau jika) ia ditayangkan di Malaysia melalui saluran televisyen, apps,online television atau apa sajalah platform yang ada, mereka berharap peminat dapat memberikan sokongan padu pada masa itu dengan menonton semula.
Pelakon watak KJ, Brandon Salim juga tak terkecuali untuk menyatakan sokongan terima kasih kepada peminat novel Gantung di Malaysia setelah #Gantungtheseries bertukar tular minggu ini. Begitu juga dengan pemegang watak Ray, Ikmal Amry yang selalu retweet semula respon peminat terhadap wataknya itu.
Hhm, buat masa sekarang ada di antara kami di REMAJA yang sudahpun half way menonton Gantung The Series, guilty as charged! Namun besar harapan kami untuk melihat siri ini ditayangkan secara proper.
Bukan hanya demi mendapatkan musim kedua Gantung The Series tetapi kami percaya ia wajar diberikan peluang untuk ditonton dan dinilai oleh masyarakat massa yang tidak pernah membaca novel tersebut terlebih dahulu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang berkongsi rasa kesal dan marah terhadap perbuatan si pelaku yang membaling kerusi dari tingkat 21 di sebuah flat sehingga menyebabkan kematian seorang remaja lelaki baru-baru ini.
Disebabkan kelakuan manusia tidak bertanggungjawab, orang lain pula jadi mangsanya. Pengalaman yang dilalui oleh M S Kasthuribai meninggalkan kesan hitam dalam hidupnya apabila terpaksa melihat sendiri insiden yang meragut nyawa anak di depan mata.
Pelbagai kecaman yang diberikan oleh netizen kepada si pelaku sehinggakan ada yang melabelkan penduduk flat kebanyakannya tidak bermoral dan mempunyai banyak masalah attitude.
Minda kelas ketiga
Dulu tak macam ni pun
Jadi takut
Ada juga yang meluahkan mula rasa takut untuk lalu di pangsapuri kerana risau insiden ini berulang kali.
Salam takziah
Di kesempatan ini juga, Remaja ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa dan kisah ini turut mendapat perhatian dan simpati daripada masyarakat di luar sana.
Persoalannya, sejauh mana kebenaran yang dikatakan penduduk flat sememangnya tidak bermoral dan mempunyai fikiran sempit?
Adakah ini realiti sebenar masyarakat Malaysia yang tinggal di flat?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lewat Jumaat semalam, kota Mekah dikejutkan dengan insiden sebuah kereta yang dipandu memasuki perkarangan Masjidil Haram.
Video yang dimuat naik di media sosial itu menunjukkan sebuah kereta merempuh penghalang plastik di salah satu kawasan perkarangan (courtyard) luar masjid sebelum ia dipandu terus menuju salah satu pintu utama masjid.
Terkejut dengan insiden tersebut, beberapa orang pegawai keselamatan masjid terus meluru ke tempat kejadian.
Menurut laporan Saudi Press Agency, insiden sekitar jam 10.30 malam semalam itu terjadi akibat pemanduan yang melulu pada kelajuan yang melebihi dekat jalan berdekatan dataran selatan Masjidil Haram.
Walaupun video menunjukkan betapa bahayanya pemanduan suspek, tiada siapa di kawasan masjid yang tercedera.
Muat naik oleh akaun twitter @MakkahRegion pula melaporkan bahawa pemandu yang dikenal pasti sebagai pemandu warga negara Arab Saudi itu telahpun ditahan dan diserahkan kepada bahagian pendakwa raya awam Mekah.
Dia dikatakan berada dalam keadaan yang ‘tidak normal’ namun pihak berkuasa tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan keadaan tersebut.
متحدث #إمارة_مكة سلطان الدوسري :
الجهات الأمنية بمكة تُباشر حادثة ارتطام مركبة بأحد أبواب #المسجد_الحرام نتيجة انحرافها أثناء سيرها بسرعة عالية بأحد الطرق المحيطة بالساحة الجنوبية اللحرم، ولم يصب أي شخص بأذى
..المقبوض عليه مواطن بحالة غير طبيعية ، وجارٍ إحالته للنيابة العامة pic.twitter.com/wOAPnq2YPf
Kerajaan mengumumkan diskaun tol Aidilfitri 2026 sebanyak 50% untuk kenderaan persendirian, bertujuan meringankan kos perjalanan pulang kampung dan memastikan perjalanan lebih lancar.