7 Selebriti Malaysia Yang Berhijrah Kepada Agama Islam

Share

Bila mendengar ada individu yang Islam memeluk Islam, pastinya berita itu disambut dengan kegembiraan oleh seluruh umat Nabi Muhammad SAW.

Individu yang bergelar selebriti tidak terkecuali. Ramai sebenarnya yang telah berhijrah daripada agama asal dan memeluk Islam. Tidak kiralah sama ada selebriti Malaysia atau pun antarabangsa, mungkin ada diantaranya yang korang tidak tahu bahawa mereka sudah pun memeluk Islam.

Berikut kami senaraikan beberapa selebriti yang telah memeluk Islam. Alhamdulillah, bertambah lagi umat Nabi Muhammad SAW.

1. Adam Corrie Lee

Adam Corrie sebelum ini mengaku yang dia pernah bergekar seorang atheis, iaiaut tidak mempercayai kewujudan Tuhan sebelum masuk agama Islam. Adam memeluk Islam pada Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad pada tahun 2008.

2. Daphne Iking

Daphne Iking sah memeluk agama Islam dengan nama Islamnya, Dahlia Eleanor Iking. Daphne juga merupakan isteri kepada seorang ahli perniagaan, Azmi Abdul Rahman dan memeluk Islam pada 2010.

3. Anuar Chew Kim Wah

Sering berlakon dalam drama-drama Melayu, Anuar Chew Kim Wah juga telah memeluk Islam pada 2013.

4. Felixia Yeap

Suatu ketika dulu, nama Felixia ini pernah menjadi sebutan masyarakat Malaysia. Gadis cantik ini memeluk Islam pada 2014 dan nama Islamnya adalah Raisyyah Rania Yeap.

5. Stacy

Isteri kepada penyanyi Akim Ahmad ini telah pun memeluk Islam pada 2015 dengan nama Islamnya, Ummu Syaikhah Stacy.

6. Marsha Milan Londoh

Selebriti kelahiran rancangan realiti TV ini telah pun memeluk Islam pada 2015 dan telah berkahwin dengan ahli perniagaan Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail.

7. Marion Caunter

Selebriti kacukan Portugis-Inggeris-Cina ini telah memeluk Islam pada 2010 dah sah bergelar isteri kepada usahawan, SM Nasarudin SM Nasimuddin.

IKLAN