Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin baru sahaja mengumumkan untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada 14 April 2020 demi mencegah wabak COVID-19 daripada terus menular.

Dalam tempoh masa tambahan ini mesti ada yang terfikir apa lagi menu untuk dijamu sepanjang PKP berlangsung.

Bagi orang bujang, rasanya menu utama sudah tentulah mee segera. Betul tak? Jadi Remaja nak kongsikan beberapa resipi maggi yang pastinya membuka selera korang. Resipi ini dikumpulkan menerusi laman Facebook Pujangga Mama.

1. Maggi Tom Yam

7 Idea Resipi Mee Segera Untuk Menu Sepanjang Tempoh ‘Lockdown’

Bahan-bahan:

– Bawang merah
– Bawang putih
– Halia
– Cili kering
– Ayam
– Kiub tom yam
– Air asam jawa
– Limau
– Serai
– Daun ketumbar
– Limau purut
– Cili padi
– Tomato

Cara membuat:

a) Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering yang dah dikisar, tumis sampai pecah minyak.
b) Kemudian, masukkan ayam, serai yang dah dihiris dan masukkan air, kiub tom yam.
c) Bila ayam dah separuh masak, masukkan air asam jawa dan perahan limau
d) Selepas itu, masukkan mee segera dan campak daun ketumbar, limau purut, cili padi dan tomato. Kacau seketika dan letakkan bahan perasa. Siap!

Kredit: Nana Sabrina Sarsan

2. Maggi Tom Yam Thai Special

7 Idea Resipi Mee Segera Untuk Menu Sepanjang Tempoh ‘Lockdown’

Bahan-bahan untuk pes tom yam:

– 15-20 biji cili kering, dibuang biji dan rebus
– 1 biji bawang besar, hiris kasar
– 5 ulas bawang putih, hiris kasar
– 2 inci lengkuas. hiris kasar
– 2 inci halia. hiris kasar
– 5 helai daun limau purut, hiris kasar
– 1 sudu besar serbuk ketumbar
– 2 sudu besar udang kering, rendam dengan sedikit air sehingga lembut
– 1 cawan air asam jawa
– 2 sudu besar gula perang (gula pasir biasa pun boleh)
– 2 batang serai. hiris nipis
– 2 sudu besar sos ikan Thai
– 1 senduk minyak untuk menumis

Bahan untuk kuah Tomyam:

– 3 cawan air (boleh juga guna air rebusan ayam atau seafood, lagi sedap )
– Isi ayam, bahagian dada dihiris nipis
– Udang, dibuang kepala
– Sotong, potong ikut kesukaan anda
– 1/2 batang karot
– 1 biji tomato, potong 4
– Cendawan tiram, jika suka
– 1 batang serai
– 4 helai daun limau purut
– 10-15 biji cili padi, belah dua di bahagian atas jangan smpai terputus
– 2 sudu besar sos ikan
– 2 biji limau nipis, ambil jus
– Tomyam paste (separuh dari bahan tomyam paste yang disediakan di atas
– Sedikit daun ketumbar
– 1/2 biji bawang holland atau bawang besar kuning, dipotong 4

Cara Penyediaan:

Cara untuk tomyam paste:

IKLAN

a) Kisar semua bahan tomyam paste (kecuali minyak masak) di dalam blender sehingga halus.
b) Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masak di atas api yang sederhana dan selalu kacau supaya tomyam paste tidak hangus.
c) Kacau sehingga tomyam paste bertukar kepada warna merah gelap dan pecah minyak. Anggaran masa 20-30 minit.
d) Angkat dan sejukkan.

Cara untuk masak tomyam:

a) Panaskan air. Masukkan tomyam paste (separuh dari tom yam paste yang dimasak di atas). Masak kuah sehingga mendidih dan masukkan serai bersama carrot dan masak seketika hingga carrot sedikit lembut.
b) Selepas itu masukkan ayam, seafood, cendawan, jus limau nipis, cili padi, bawang holland dan sos ikan. Rebus seketika sehingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan maggy. Angkat dan tabur dengan hirisan daun ketumbar.

Tip: Jangan rebus seafood terlalu lama kerana seafood seperti udang akan mengecut dan keras, sotong juga akan jadi liat dan keras. Memadai dengan hanya beberapa minit di dalam kuah yang mendidih.

3. Maggi Goreng Mamak

7 Idea Resipi Mee Segera Untuk Menu Sepanjang Tempoh ‘Lockdown’

Bahan-bahan:

– 1 paket maggie kari
– 2 biji telur

Untuk membuat kuah:

– Sos cili life secukupnya
– Sos tomato secukupnya
– Kicap pekat secukupnya

Untuk membuat perencah:

– Sedikit tauhu goreng
– Sedikit daun sawi
– Sedikit tomato yang dipotong 4
– Maggi cukup rasa secukupnya
– 5 ekor udang

IKLAN

Cara-cara membuat:

a) Rebus dahulu maggie didalam periuk sehingga sedikit lembut kemudian toskan.
b) Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
c) Kemudian masukkan sos cili,sos tomato dan telur.
d) Setelah agak sebati,masukkan maggi dan serbuk perencah maggi kari.
e) Kemudian,masukkan udang,sawi,tomato,tauhu dan taburkan maggi cukup rasa.
f) Kacau bahan-bahan yang telah di goreng tersebut sehingga sebati dan telur tersebut menjadi ketul-ketulan kecil.
g) Biarkan seketika dalam 5 minit sehingga udang kemerahan dan masak.
h) Jika sudah rasa okay bolehl;ah dihidangkan.

P/s : Resepi Maggi Goreng Mamak akan menjadi lebih sedap jika anda perahkan sedikit limau dan jika ingin cantik lagi susunkan cili besar yang telah di potong di tepi pinggan.

4. Maggi Hailam

7 Idea Resipi Mee Segera Untuk Menu Sepanjang Tempoh ‘Lockdown’

Bahan-bahan:

– 1 Bungkus Maggi (tak kisah la jenama apa..saya pakai jenama Maggi)
– Kaki ayam ( boleh tukar dengan isi ayam.. wajib ada ayam sebab nak kan air rebusan dia)
– 5 ekor sotong (di potong)
– 5 ekor udang
– Bawang kecil dihiris
– Halia 1 inci. Dihiris dan diketuk.
– Sayur sawi (dipotong)
– Lobak Merah (dihiris bulat)
– Lada kecil (di potong)
– Tomato ( di belah 6)
– Tepung jagung / gandum ( 1 sudu ) dibancuh dengan sedikit air.
– Air 1 cawan
– Kicap
– Perencah cukup rasa

Cara-cara:

a) Rendam maggi terlebih dahulu. Jangan terlampau lama! Kemudian toskan. Letak di tepi.
b) Masukkan 1 cawan air kedalam kuali. Masukkan juga kaki ayam atau isi ayam. Biarkan sehingga masak.
c) Masukkan pula seafood iaitu sotong dan udang. Biar sehingga masak.
d) Masukkan kicap, halia, lobak dan bawang. Biar kan lobak sedikit masak.
e) Masukkan lada yang telah dihiris, maggi, dan sawi. Kacau sehingga rata.
f) Perisakan dengan secukup rasa.
g) Masukkan tepung yang dibancuh tadi. Tuang sedikit sedikit. Kalau dah pekat, boleh stop.
h) Masukkan tomato. Kacau dan pastikan maggi masak ye. Siap!

5. Maggi Bandung

7 Idea Resipi Mee Segera Untuk Menu Sepanjang Tempoh ‘Lockdown’

Bahan-bahan:

IKLAN

– 1 paket maggi perisa ayam, asingkan perencahnya
– 1 pokok sawi bok choy, asing daun dan pelepahnya, siang berasingan
– 1 biji tomato kecil, belah 4
– 2 batang kacang buncis, hiris serong
– 2 biji bawang merah, hiris
– 1 ulas bawang putih, cincang
– 1 kelopak kobis cina, hiris
– 1 camca teh sos ikan
– 1 1/2 camca besar sambal tumis
– 1 camca besar sos tomato
– 1 camca besar sos cili
– 1 biji telur
– 1 batang sosej, hiris (boleh guna udang, daging, sotong atau ayam, ikut suka)
– 3 cawan air

Cara membuat:

a) Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga wangi, tambah sambal tumis, sos tiram, sos cili dan sos tomato, kacau rata dan masak sekejap.
b) Tuang air dan masukkan sosej dan perisa perencah maggi tadi. Kacau rata. Bila mendidih perlahankan api, masukkan telur, pelepah sawi dan masak dengan api kecil hingga telur mengeras.
c) Tambah kacang buncis, kobis dan daun sawi serta mee maggi, masak hingga mee lembut, tambah sos ikan dan jika kurang kuah tambah sedikit lagi air. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup sebelum dihidangkan.

6. Murtabak Maggi

7 Idea Resipi Mee Segera Untuk Menu Sepanjang Tempoh ‘Lockdown’

Bahan-bahan:

– 2 bungkus mee segera
– Perencah mee segera
– Lada bengala
– Ayam yang dicincang halus
– Bawang besar
– 4 biji telur ayam – ini GK guna GRED C
– 1/2 Sebungkus mayonis- ini nak bagi creamy sebab tak bubuh cheese

Cara membuat:

a) Gaul semua bahan diatas
b) Goreng/bakar dalam oven tapi guna pemanggang ajaib je.. Bakar pun sekejap sahaja dalam 18 minit ya

Kredit: dilaella

7. Maggi Ketam

7 Idea Resipi Mee Segera Untuk Menu Sepanjang Tempoh ‘Lockdown’

Bahan-Bahan:

– 1 paket mi segera perisa kari, asingkan perencahnya
– 1 pelepah sawi putih, siang berasingan batang dan daun
– 1 butir telur
– 1 ekor ketam bunga, cuci bersih
– 1 sudu besar sambal tumis
– ½ sudu besar sos cili
– ¼ sudu teh serbuk lada hitam
– 2 ulas bawang merah – dihiris
– 1 ulas bawang putih – cincang halus
– 1 hirisan nipis halia
– Air secukupnya (anggaran 3 cawan)
– Hirisan daun sup } untuk hiasan
– ­Hirisan cili merah } untuk hiasan
– Limau kasturi, belah 2 } untuk hiasan
– Sebiji tomato ceri, dibelah 4 } untuk hiasan

Cara Memasak:

a) Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum.
b) Tambah sos cili, kacau rata dan tuang air, biar mendidih. Masukkan ketam dan masak hingga ketam berubah warna. Angkat ketam tadi dan ketepikan.

Selamat memasak!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI