Pasangan yang paling diperkatakan hari ini, Fattah Amin, 27 dan Fazura, 34 telah mengesahkan mereka sudah bertunang. Alhamdulillah.
Setelah lebih seminggu dilemparkan dengan spekulasi dari semua pihak sama ada mereka sudah bernikah atau belum, Fattah dan Fazura yang baru saja tiba di Kuala Lumpur lewat petang tadi telah mengadakan satu sidang perjumpaan ringkas bersama rakan media di hotel Royale Chulan Kuala Lumpur.
Tanpa melengahkan masa, Fattah mengesahkan bahawa mereka berdua telah mengikat tali pertunangan pada 13 November lalu apabila Fattah sekeluarga bertandang ke kediaman keluarga Fazura untuk mengadakan majlis merisik dan pertunangan secara serentak.
Walau bagaimanapun, apa yang membuatkan peminat mula melontar spekulasi adalah apabila baik pihak Fattah mahupun Fazura tidak mengatakan sama ada mereka sudah mengikat apa-apa pertalian sehinggalah pada hari ini.
“Pertama sekali, saya ingin menjelaskan bahawa majlis tersebut telah diadakan secara tertutup untuk memberi ruang privasi kepada kedua-dua belah pihak. Keluarga juga sudah bersetuju untuk hanya berkongsi berita ini selepas kami pulang dari mengerjakan Umrah,” kata Fattah.
Ads
Fazura turut mengambil peluang untuk menyatakan kekesalannya terhadap dakwaan sudah bernikah di Makkah yang sering diperkatakan di media sosial.
Foto: Izari Rosli
“The past two weeks have been, very colourful. Terima kasih kepada rakan media dan semua yang sudi menunggu kami pulang untuk mendengar berita ini daripada mulut kami sendiri. Namun, saya sedikit kesal apabila terdengar beberapa artikel yang bagi saya, has gone a tad too far dan melanggar batas privasi.
“Kita di Malaysia masih mempunyai adab dan hak privasi. Di sini bukan seperti di luar negara, saya kesal apabila berita yang tidak benar telah mengelirukan orang ramai,” tegur Fazura secara lembut.
Ads
Namun, pelakon dan penyanyi itu tetap berterima kasih untuk doa yang dikalungkan kepada mereka berdua sepanjang beribadah di kota suci.
==========================
Pasangan tersebut bagaimanapun masih belum memutuskan tarikh pernikahan walaupun Fazura sempat menyatakan jika tiada aral yang melintang, ia mungkin tidak lama lagi dari sekarang.
Ads
“InsyaAllah, majlis pernikahan akan diadakan secara tertutup untuk ahli keluarga terdekat saja atas permintaan mereka. Namun, kami merancang untuk mengadakan dua majlis resepsi pada tahun hadapan untuk keluarga, rakan media dan peminat. Doakan saja yang baik-baik,” kata Hero Remaja 2011/2012 itu.
Foto: Izari Rosli
Fattah Hanya Melamar Sekali Saja
Rakan media sempat untuk mengusik Fazura yang tidak lama dahulu pernah menyatakan keutamaannya sekarang adalah karier. Apakah itu sudah berubah?
“Ya, saya ini seorang wanita yang degil dan saya banyak kali memikirkan perkahwinan itu bukanlah keutamaan saya sekarang.
Cuma dengan kuasa Tuhan, saya bertemu dengan Fattah dan saya terbuka hati dengan keikhlasannya,” komen Fazura. Dia juga akui Fattah hanya melamar sebanyak sekali saja setelah mereka saling mengenali hati budi masing-masing.
Apapun, REMAJA ucapkan syukur atas keberangkatan pulang kalian berdua bersama ahli keluarga lain dari Makkah, sebentar tadi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak seperti beberapa artis antarabangsa yang meminggirkan Kuala Lumpur sebagai destinasi kunjungan jelajah konsert mereka, kumpulan pop rock dari Los Angeles, LANY sebaliknya sentiasa memilih untuk bertandang ke sini demi peminat setia mereka.
Jika korang masing ingat pada tahun lalu, LANY pernah menjayakan konsert A November To Remember yang berskala besar di Axiata Arena and it . was . amazing.
Vokalisnya, Paul juga pernah berjanji akan kembali semula ke Kuala Lumpur tidak lama lagi bagi jelajah konsert LANY yang seterusnya.
Vokalis LANY, Paul Klein.
Pemain drum LANY, Jake Goss.
Nampaknya, kumpulan yang popular dengan lagu-lagu hit seperti ILYSB, Malibu Nights, Mean It dan Super Far ini tidak puas menghiburkan peminat di Kuala Lumpur dan ingin mengotakan janji.
Sekali lagi, LANY bakal ke sini pada 24 Ogos ini sempena jelajah First The Moon, Then The Stars: A Tour Before A World Tour.
Konsert kali ini dikecilkan sedikit skalanya demi menyesuaikannya sebagai acara pra-jelajah dunia. Bagaimanapun, itu tidak bermakna LANY tidak akan memberikan kepuasan sama seperti yang pernah mereka lakukan sebelum ini.
Tambahan pula, LANY baru sahaja meluncurkan single terbaru berjudul Love At First Sight. Ia juga merupakan lagu sulung yang dipetik daripada album kelima berjudul I Really Really Hope So yang masih menunggu tarikh pelancaran.
Tiket konsert First The Moon, Then The Stars: A Tour Before A World Tour di Kuala Lumpur akan mula dijual pada 6 Jun 2023 pada jam 3 petang di laman web rasmi livenation.my.
Sementara menunggu enam hari lagi sebelum jualan tiket dibuka, jom imbas kembali sesi temubual yang pernah REMAJA lakukan bersama LANY pada tahun 2022.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon jelita, Ezzanie Jasny, berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaannya selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya bersama ibu bapanya baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Ezzanie menjelaskan insiden tersebut melibatkan dirinya yang mengalami kecederaan paling serius berbanding ibu bapanya.
“Saya hanya ingin menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku berkaitan kemalangan tersebut. Saya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya bersama ibu bapa saya.
“Alhamdulillah, ibu bapa saya berada dalam keadaan baik dan hanya mengalami lebam ringan di bahagian tangan dan kaki,” katanya.
Menurut Ezzanie, ketika kejadian dia berada di tempat duduk belakang, di belakang pemandu, dan tidak pasti punca sebenar kecederaan yang dialaminya.
“Saya pula adalah yang paling terkesan. Ketika itu, saya duduk di bahagian belakang, di belakang pemandu, dan saya sendiri tidak pasti sama ada saya terhantuk pada cermin di sebelah kanan atau terhumban ke bahagian tali pinggang keledar.
“Disebabkan itu, saya telah ditempatkan di zon kritikal (zon merah) sepanjang malam,” kongsinya.
Bagaimanapun, Ezzanie bersyukur apabila keadaannya kini semakin baik dan menunjukkan perkembangan positif.
“Alhamdulillah, semuanya kini semakin reda. Saya sudah sedar sepenuhnya, kembali bertenaga dan sudah boleh berjalan semula. Kaki saya berfungsi dengan baik, cuma bengkak di bahagian muka masih ada dan datang secara berperingkat.
“Saya juga mengalami pendarahan di bahagian kepala, namun saya amat bersyukur dengan keadaan saya setakat ini,” tambahnya lagi.
Dalam perkongsian sama, Ezzanie turut memaklumkan perancangannya untuk ke London terpaksa ditangguhkan susulan kejadian tersebut.
“Saya sepatutnya berangkat ke London untuk satu perjalanan selama sebulan, namun mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini. Barangkali jika kemalangan ini tidak berlaku, sesuatu yang lebih buruk boleh terjadi ketika saya berada di sana.
“Jadi buat masa ini, perjalanan ke London terpaksa ditangguhkan. Insya-Allah kita bertemu lagi di lain masa,” tulisnya.
Walaupun mengakui berasa sedih kerana terpaksa melepaskan perancangan yang telah lama dinantikan, pelakon itu tetap reda dengan ketentuan Ilahi.
Di akhir hantaran, Ezzanie turut memohon doa daripada semua agar diberikan kesembuhan sepenuhnya serta menghargai sokongan yang diterima.
“Walaupun sedih untuk melepaskan sesuatu yang sangat saya nantikan, saya percaya dengan perancangan dan waktu yang telah ditetapkan oleh Allah. Segala yang berlaku pasti ada sebabnya.”
“Mohon doakan saya agar terus diberikan kesembuhan.
Terima kasih atas segala doa, keprihatinan dan kasih sayang yang diberikan. Ia amat bermakna buat saya,” katanya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Albino dalam bahasa latin membawa maksud putih yang juga merupakan satu penyakit dimana gangguan kongenital menyebabkan pigmen kulit tidak lengkap secara separa atau menyeluruh.
Bagi mereka yang menghidap penyakit ini, bukan saja kulit mereka akan kelihatan putih, tapi rambut juga menjadi putih serta mata hitam berwarna kemerah-kemerahan.
Disebabkan pigmen yang kurang, kebanyakan daripada pesakit Albino sangat sensitif pada cahaya, lebih-lebih lagi cahaya matahari.
Rasanya kalau manusia Albino mesti korang dah pernah lihat dan boleh dikatakan sudah agak biasa dengan situasi ini. Namun begitu, pemyakit albino ini bukan saja menyerang manusia, malah haiwan juga tidak terkecuali.
Berikut merupakan antara beberapa foto haiwan albino yang berjaya ditemukan.
1. Buaya
2. Kuda
3. Burung hantu
4. Rusa
5. Penyu
6. Tupai
7. Zirafah
8. Lipas
9. Gagak
10. Landak
11. Merak
12. Harimau
13. Paus
14. Ikan lumba-lumba
15. Singa
16. Kangaroo
17. Orang Utan
18. Gorila
19. Kuda belang
20. Kumbang
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.