Musim acara anugerah hampir tiba ke kemuncak sebelum kita memasuki bulan Ramadan.
Malam ini, tiba giliran selebriti Malaysia berjalan di karpet merah Drama Filem Kuala Lumpur (DFKL) 2018 dan ini merupakan antara gaya pilihan REMAJA!
01
Farah Nabilah
Kita TAK BOLEH bermula tanpa bercakap tentang rekaan Rizman Ruzaini untuk Farah Nabilah.
Just wow! Rizman Ruzaini merupakan antara pilihan hangat oleh para selebriti Malaysia yang hadir ke DFKL 2018 termasuklah Azira Shafinaz, Puteri Aishah, Amelia Henderson dan Mimi Lana. Namun, sukar untuk mendapatkan gaya Head To Toe perfection seperti ini.
Mungkin ada yang mengatakan warna ungu lilac ini terlalu muram dan akan membuatkan Farah kelihatan wash out. Namun, sebaliknya berlaku kerana warna ini bersesuaian dengan potongan A-line pada skirt dan draping romantik pada bahagian bodice.
Juga, dek kerana background karpet merah DFKL yang ‘ceria’. Hasilnya, Farah lebih menonjol di kalangan selebriti lain.
02
Diana Danielle
Wow, nampaknya Rizman Ruzaini berjaya mentransformasikan selebriti wanita malam ini. Seorang lagi pelakon yang kelihatan cukup cantik ialah Diana Danielle.
Tepat sekali caption Diana yang berbunyi, “Pop of Color & Elegance”, rahsia yang membuatkan Diana menonjol adalah cara dia menggayakan stail berbeza dalam satu gaya yang sama.
Dress-nya elegan, rambut ala basahnya seksi manakala clutch-nya edgy dengan perincian studs.
Ads
03
Ernie Zakri
Ernie Zakri merupakan salah seorang penyanyi yang melakukan persembahan pada malam ini dengan lagu Sumpah Cintaku nyanyian asal Asfan Shah dan bulu roma kami masih meremang!
Dari segi fesyen pula, dress hitam yang disarung Ernie kelihatan cantik dan berbeza daripada senarai dress pastel dan putih yang selalu digayakannya pada beberapa acara anugerah lepas. Satu percubaan elegan, cuma kami berharap rambut Ernie boleh ditarik dalam gaya ponytail agar gaya keseluruhan kelihatan lebih muda bersesuaian dengan usianya.
But other than that, love!
03
Keisha
Kelassnya anak dara kepada Nabila Huda ini!
Walaupun Abil mencuri tumpuan sebagai pengacara malam ini, Keisha yang didandan oleh Bosco dan menyarung dress merah rekaan Mirol Jonit iras ibunya itu memang membuatkan kami menoleh dua-tiga kali.
Untuk menaikkan mood dress polos, mata Keisha disolek dengan sentuhan glitter keemasan. Sehinggakan Abil pun tak dapat mengawal kegembiraan bila melihat anaknya itu.
Bukan hanya Nabila Huda yang menyarung lebih daripada satu pakaian, ada juga beberapa selebriti perempuan lain yang berbuat demikian dan ini termasuklah Ayda Jebat.
Untuk acara karpet merah, Ayda memakai dress jingga cair berperincian sarat manakala selepas memasuki dewan, Ayda kemudian menukar kepada dress pendek dengan corak 3D pop art dan stokin hitam panjang.
Mana satu pilihan kami? Hhm, let’s just say, kami gemarkan gaya rambut dan solekan gaya pertama dan dress yang kedua. Bukan bermaksud dress pertama tidak cantik, cuma kami gemar Ayda Jebat yang mengambil risiko, mencuba sesuatu yang kelihatan muda and just have fun doing it!
Pemenang bersama untuk Anugerah Pasangan Pilihan juga tidak mengecewakan.
Ads
Memilih kemeja Stella Menswear dan memadankannya dengan turtleneck dan seluar hitam, pilihan Syafiq nyata berbaloi kerana setiap kali imejnya dirakam oleh kamera sepanjang acara DFKL berlangsung, pasti kami tidak terlepas daripada mengatakan, “Itu Syafiq!”.
Kemeja bercorak itu cukup bold dan mudah untuk diingati oleh penggemar fesyen.
06
Zul Ariffin
Okay, mungkin Zul Arifin tidak bersedia semasa gambar ini ditangkap.
Tetapi, tiada siapa dapat menyangkal dia memang kelihatan HOT malam ini!
Selesa mengenakan double breasted suit dengan aksesori pocket square berjalur serta wajah yang sememangnya macho membuatkan Zul menonjol berbanding beberapa selebriti lelaki lain. Zul tahu apa yang kelihatan elok terletak dan sesuai untuk dirinya and he sticks to it.
Honorary Mention
Kaka Azraff
Kaka tahu bagaimana untuk have fun sempena acara DFKL malam ini dan dia memilih pakaian yang bersesuaian dengan mood-nya itu. Memakai Head-To-Toe jenama Kittie Yiyi, mungkin ada yang akan memandang skeptikal terhadap gaya ini.
Namun, seperti yang penuis katakan tadi, ia sesuai dengan mood pemakai dan mood acara. Lagipun, DFKL lebih santai berbanding acara anugerah lakonan seperti Festival Filem Malaysia.
Gaya Kaka lengkap dengan rambut yang dibiarkan ringkas dan kemas.
* * * * *
Jadi mana satu gaya favourite korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kehadiran beberapa buah meja makan yang dipenuhkan oleh para peminat pelakon kacak, Meerqeen di acara rumah terbuka Aidilfitri yang dianjurkan oleh Civicas Networks semalam telah mencuri tumpuan para hadirin.
Ini memandangkan tidak semua dalam kalangan mereka yang menetap di Malaysia. Sebahagiannya sanggup melaburkan sedikit wang untuk membeli tiket penerbangan dari Indonesia dan Singapura demi meraikan momen bersama aktor Nenek Bongkok Tiga itu secara intim di sebuah acara tertutup.
Kongsi Meerqeen sewaktu ditemui, mereka sememangnya adalah peminat tegarnya yang telah menyokong perjalanan karier sejak dia menyertai pencarian Hero Remaja 2020 dan memenangi kedudukan tempat ketiga terbaik lagi.
“Kalau saya ada anjurkan apa-apa aktiviti di sini mahupun di Indonesia sekalipun, mereka akan datang. Kesemua dalam linkungan belasan orang, tidak termasuk yang dari Malaysia.
“Sudah tentu saya terharu apabila mereka sanggup ke sini. Saya dapat rasakan apa yang mereka pernah rasakan sewaktu saya bertandang ke Indonesia. Jadi saya amat menghargai pengorbanan masa dan wang untuk ke Kuala Lumpur.”
“Jujurnya, saya pun tidak tahu yang mereka akan ke sini. Semalam (Selasa) baru tahu. Jadi untuk membalas pengorbanan mereka, saya sediakan sesi pertemuan khas dengan mereka. Tidak sampai hati pula saya untuk membiarkan mereka sekadar jamu selera di rumah terbuka hari ini sahaja,” katanya.
Dedah Meerqeen lagi, buat masa ini dia sedang mendedikasikan masa sehingga bulan Ogos untuk menyelesaikan beberapa tugasan tertunggak sebagai duta produk dan sebagainya. Hanya selepas itu, barulah dia akan kembali memasuki set penggambaran bagi naskah terbaru.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kumpulan popular Pop Rock antarabangsa, Panic! At The Disco (PATD) mengumumkan mereka sudah tidak lagi bergerak sebagai sebuah kumpulan, selepas 20 tahun bersama.
Perkara tersebut dikongsikan oleh vokalis kumpulan itu, Brendon Urie, menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
Menurut vokalis yang popular dengan lagu I Write Sins Not Tragedies itu, kini adalah waktu yang tepat untuk mereka membawa haluan masing-masing selain dirinya juga mahu memberi tumpuan penuh terhadap keluarga tercintanya.
“Membesar di Vegas, saya tidak pernah bayangkan ke mana takdir hidup ini akan membawa saya. Begitu banyak tempat di seluruh dunia dan ramai kawan yang saya temui di sepanjang perjalanan itu.
“Tetapi adakalanya sebuah perjalanan harus dihentikan agar sebuah perialanan baharu dapat bermula. Kami sudah lama menyimpan perkard ini dan mungkin ada yang sudah mendengar bahawa saya dan isteri, Sarah, akan menimang cahaya mata tidak lama lagi.
“Saya ada tanggungjawab baharu dan perjalanan untuk membina keluarga ini sangat mengujakan buat saya. Saya kena letakkan fokus dan tenaga kepada keluarga sebab keutamaan itu pada mereka. Jadi dengan itu, secara rasminya, PATD tidak akan lagi ada,” katanya.
Di kesempatan itu juga, Brendon menitipkan penghargaan buat semua yang tidak pernah berhenti menyokong kumpulan itu, dari seawal penubuhannya hingga ke hari ini.
“Terima kasih kerana telah menyokong kami selama ini. Agak lama juga untuk saya menyusun ayat terbaik untuk memberitahu mengenai perkara ini. Sukar untuk saya kerana anda semua tahu betapa kumpulan ini juga amat bermakna untuk saya.
“Kami sangat berbesar hati dapat berkongsi pentas dengan ramai bakat-bakat hebat selama ini selain menghargai semua peminat,” ujarnya panjang.
Dalam pada itu, Brendon juga memaklumkan konsert jelajah United Kingdom (UK) dan Eropah yang dijadual berlangsung pada Februari dan Mac ini tetap akan dijalankan mengikut perancangan asal.
Sekadar informasi, PATD mula ditubuhkan oleh Brendon pada tahun 2004 bersama rakan baiknya, Urie, Ryan Ross, Spencer Smith dan Brent Wilson. Antara lagu hits Panic! At The Disco ialah House Of Memories, High Hopes, Nine in the Afternoon, Death of a Bachelor dan Me!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Mickey Mouse turut muncul meraikan Mouseketeers Malaysia!
Nama Club Mickey Mouse pada suatu ketika dahulu menjadi nama sebutan setiap penggemar saluran Disney. Malah, artis-artis terkenal seperti Britney Spears, Justin Timberlake dan Christina Aguilera lahir dari program ini.
Kini tiba masa untuk Disney dan Astro memperkenalkan Club Mickey Mouse di Malaysia. Selepas pencarian di seluruh negara seramai 7 orang bakat muda telah dipilih bagi menganggotai kumpulan Mouseketeers pertama di Malaysia. Mereka menjadi hos rancangan Saluran Disney berbilang platform, Club Mickey Mouse. Ia juga bakal disiarkan buat pertama kali di Asia Tenggara.
Mouseketeers yang terpilih terdiri daripada Charis (selaku ketua), Faiz, Natasya, Dheena, Erissa, Wafiy dan Gabriel. Program versi Malaysia ini merupakan francais yang sarat dengan kandungan muzik, komedi, permainan dan turut menampilkan selebriti tempatan seperti Nur Fazura, Fattah Amin dan Joe Flizzow.
Menurut Amit Malhotra, Timbalan Presiden & Pengurus Besar Media Networks The Walt Disney Company Asia Tenggara, pihaknya berbangga dapat Mouseketeers mereka yang sangat berbakat. Bersama-sama rakan niaga, Astro pihaknya gembira dapat membawa rancangan ikonik ini ke Asia Tenggara dan khususnya Malaysia.
Jangan lupa saksikan Club Mickey Mouse bermula pada Jumaat, 15 September 2017, jam 1:30 petang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!