6 Perkara Behind The Scene Yang Tak Ditunjukkan Dalam Episod Ketiga HR2017

Share

Semua yang ditayangkan pada episod ketiga program Hero Remaja 2017 minggu lalu kelihatan cantik, eksotik dan eksklusif, bukan? Tapi semua itu hanya di atas surface saja. Banyak lagi drama, cabaran dan adegan behind the scene yang tak sempat untuk dimuatkan di dalam episod 30 minit.

Jadi, REMAJA ingin recap balik pengalaman mereka dari awal sehinggalah kepada momen penyingkiran Aziq Mukhriz, finalis Hero Remaja 2017.

1. It Was A Wild Ride

Sejak permulaan trip mereka ke Pulau Redang, kesemua 10 orang finalis tidak tahu langsung mengenai destinasi mereka. Perjalanan dari Kuala Lumpur seawal jam 4.00 pagi itu membuatkan mereka tertanya-tanya ke mana tempat yang dituju. Semasa bas berhenti di perhentian R&R untuk mereka bersarapan, barulah mereka dapat mengagak mereka sedang menuju ke arah Pantai Timur.

2. Siapa Ketua Kumpulan Sebenar?

Dalam episod ketiga, korang dapat lihat mereka diberikan cabaran ala Treasure Hunt di sekitar Pulau Redang. 10 orang finalis dibahagikan kepada dua pasukan di mana, team A terdiri daripada Alif, Farhan, Adam, Nabil dan Ezmir. Manakala team B pula dianggotai oleh Aiman, Azi Ikmal, Harris dan Safwan. Seperti yang korang tonton, team B memenangi cabaran pertama di Pulau Redang itu tetapi apa yang korang tak nampak adalah drama yang berlaku di sebalik lensa kamera.

Harris dan Farhan daripada team masing-masing nyata menampakkan ciri-ciri ketua kumpulan. Ahli pasukan mereka pun menganggap Harris dan Farhan adalah ketua kumpulan pada waktu itu. Namun, pihak produksi tidak pernah melantik ketua kumpulan. Sekiranya, ada finalis yang ingin membuat decision pada waktu itu, sebenarnya mereka boleh saja berbuat demikian.

Mungkin, ini memberi gambaran bahawa Harris dan Farhan ada ciri-ciri sebagai ketua dalam diri mereka..?

3. Team A Boleh Menang

Semasa cabaran tersebut juga, sebenarnya team B sudah tertinggal jauh di belakang team A kerana mereka lambat menjumpai puzzle di salah satu check point yang disediakan. In other words, team A yang seharusnya menang on paper!

Namun, ketika check point terakhir, team A mencari clue di kawasan yang salah. Tanpa membaca arahan dengan teliti, mereka terus berlari ke arah tempat duduk Scha Alyahya untuk mencari clue sedangkan ia di kawasan lain. Hasilnya, team B berjaya mengejar dari belakang dan menang. Walaupun kalah, produksi memuji leadership dan attitude yang ditonjolkan Farhan. Selain kekal tenang, Farhan benar-benar kekal fit sepanjang cabaran.

4. “You Nak Buat Apa Sebenarnya Ni?”

Memang, untuk melakukan photoshoot di dalam kawasan hutan bukanlah perkara yang mudah. Tetapi sebagai Hero Remaja, finalis seharusnya tak perlu mengendahkan gangguan nyamuk, lecak dan panas.

Sebaliknya, perkara lain pula yang menggangu mereka; PROPS.

Ramai penonton beranggapan, jika mendapat props lebih semasa photoshoot pasti ia memberi kelebihan kepada peserta. Tetapi TIDAK. Sepanjang masa bersama jurugambar, Safwan dan Aiman terlalu memikirkan bagaimana untuk menggunakan props yang disediakan.

Asyik bertukar-tukar – sekejap nak parang, sekejap nak kapak. Akhirnya, mereka tak fokus kepada posing sehinggakan Dynas bertanya, “You nak buat apa sebenarnya ni?” Ouch.

5. Abang-Abang Bagi Sokongan Berterusan

Aziq Mukhriz merupakan antara peserta termuda yang dipilih menyertai Pencarian Hero Remaja 2017. Pada usia 18 tahun, pastinya tak banyak pengalaman yang pernah digendongnya sebelum ini. Jadi sepanjang episod pertama dan kedua, Aziq akui bahawa dia masih mencari-cari tempatnya di kalangan 19 orang finalis lain.

“Saya tak berapa sure sama ada apa yang saya lakukan semasa cabaran diberi itu betul atau salah; terkurang atau over sangat. Jadi apabila penyingkiran episod kedua berlaku, saya sangat terkejut yang saya telah terpilih sebagai Top 10 Hero Remaja. Saya dapatkan kepastian sama ada saya ni betul-betul layak kah dari kru produksi.”

“Bermula dari saat itu, saya dapat keyakinan bahawa mungkin ini adalah jalan rezeki saya dan saya perlu lakukan yang terbaik untuk ibu-bapa dan orang lain yang tak putus-putus berikan sokongan. Walaupun jujurnya, saya sedih apabila disingkirkan pada episod ketiga, namun finalis lain yang lebih tua dari saya sentiasa berikan sokongan kepada saya. Sebab itulah korang lihat saya mudah untuk overcome kesedihan saya, mungkin,”kongsi Aziq.

6. Penat Tak Henti

Untuk pengetahuan korang, trip ini terus disambung dari aktiviti mereka yang berlangsung dua hari sebelum itu. Selepas mereka pulang dari Pulau Redang pula, mereka terus digasak untuk menyertai rakaman penggambaran untuk segmen Astro Gempak pula selama tiga hari berturut-turut! Patutlah muka masing-masing nampak letih, kan.

Apa-apa pun, sembilan Hero Remaja lain sudah pun mara ke episod keempat, MALAM ini. Ada tak di kalangan mereka yang korang sudah expect mara sejauh ini? Atau korang merasakan Aziq Mukhriz patut diberikan spot dalam Top 9?

Saksikan episod keempat Hero Remaja 2017 di saluran Astro RIA (104) dan RIA HD (123) malam ini untuk melihat, siapa pula yang bakal tersingkir.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN