6 Nama Pelik Handphone Nokia Yang Pernah Popular Satu Ketika Dulu

Share

Jenama telefon bimbit Nokia rasanya antara yang legend kerana telah menghasilkan beberapa model telefon yang popular sekitar era 90-an dulu.

Jika ditanya apakah jenama handphone pertama korang? Rata-rata daripada kita mesti menggunakan handphone keluaran Nokia. Time tu kalau dapat pakai memang rasa dah cukup mewah la hiks!

Tapi dek kerana susah sangat nak ingat nama model telefon tu, ramai yang memberi gelaran lain pada kebanyakan handphone Nokia ni.

Cuba korang tengok ni, confirm korang ingat!

1. Sabun (Nokia 6600)

Mungkin sebab bentuknya yang comel-comel bulat, ramai yang menggelarkan model Nokia 6600 ni sebagai ‘Nokia Sabun’.

2. Daun (Nokia 7610)

Model ni pun antara yang popular satu ketika dulu. Tengok je pun korang dah tahu kan kenapa panggil daun?

3. Nokia Sembilu (Nokia 3650)

Ingat lagi tak drama Sembilu lakonan Zed Zaidi dan Hetty Sarlene? Time

tu, telefon ini digunakan oleh watak utama drama tersebut dan tak semena-mena naik pula nama Nokia Sembilu. Jangan main, main, harga handphone ni pun beribu wey!

Memang sesuailah dengan watak Hetty Sarlene yang jadi anak orang kaya dalam drama tu kan. Hehe!

4. Nokia Pisang (Nokia 8110)

Rekaan melengkung bagi model telefon ini yang membuatkan orang memberi gelaran ‘Nokia Pisang’.

5. Butterfly (Nokia 8250)

Nampak tak navigation button tu macam bentuk rama-rama? Ha, sebab tu la kot panggil Butterfly.

6. Nokia lipstik (Nokia 7280)

Berbentuk petak panjang seperti lipstik. Tapi susah nak menaip sebab tak ada keypad. Siapa pernah pakai?

Okay dalam keenam-enam handphone Nokia ni, mana satu yang pernah korang pakai?

Sumber: Wiser

IKLAN