
Kalau dah nama perempuan, tak sah bila keluar tak ada gambar OOTD. Paling penting, gambar mesti la style. Tempat tak cantik pun tak apa, tapi gambar tetap kena cun.
So, kami nak share idea sikit apa yang korang boleh buat jika berada di tempat yang ‘biasa-biasa’ saja, gunakan dinding yang ada sebagai tempat berposing.
Hasilnya tetap meletop. Jangan risau.
1. Pose berjalan

Asyik posing berdiri tegak je, apa kata kali ni korang acah-acah pose macam tengah berjalan. Style kan?
2. Kaki atas dinding
Kalau nak nampak kurus sikit, angle macam ni boleh membantu. Tapi make sure tapak kasut korang tu tak kotor ya. Hiks!
3. Dengan kawan

Gambar bersama kawan lebih havoc. Biasanya, pose dengan kawan-kawan ni lagi nampak natural sebab masing-masing ada karakter yang berbeza.
4. Props

Cuba untuk cari props lain untuk dibawa bersama ketika berposing. Contohnya macam tengah makan ais krim ke atau pegang kamera. Tak ada la korang nampak kaku sangat.
5. Duduk/cangkung

Pose ni boleh korang cuba tapi pastikan nampak sopan sikit la ye. Janganlah duduk terkangkang pula bagi yang perempuan tu. Hehe!
Sumber: Love Travel
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“SAY NO TO ZINA”, Hubungan Suka Sama Suka Boleh Kena 20 Tahun Penjara & Sebat

Satu perkara yang tidak boleh dipandang enteng.
Statistik ini mungkin menakutkan tetapi masyarakat kita khususnya anak gadis yang inginkan kehidupan bebas telah melahirkan 532,158 kelahiran anak tidak sah taraf dari tahun 2005-2015 dan berdaftar di Jabatan Pendaftaran Negara. Ini bermakna ada lebih setengah juta anak tidak sah taraf dilahirkan menurut statistik di atas.
Pada tahun lalu sahaja, sebanyak 4992 kelahiran dicatatkan dan dilahirkan oleh remaja berumur 18 tahun ke bawah dan ternyata hal ini sangat membimbangkan.
Kempen SAY NO 2 ZINA #Jaga Diri #StayAbstinent yang dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga & Masyarakat melalui Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara pertengahan Januari lalu sememangnya amat baik dan anak gadis harus memahami kesan dan akibat apabila tersalah memilih pergaulan.
Seperti sedia maklumkan, untuk lelaki khususnya, sama ada perhubungan itu dilakukan suka sama suka, jika kekasih anda di bawah usia 16 tahun anda tetap perlu berhadapan hukuman penjara 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan
Ini kerana menurut Seksyen 376 Kanun Keseksaan menjalinkan perhubungan seks dengan gadis di bawah umur adalah satu kesalahan yang memperuntukkan hukuman penjara dan sebat.
Jom support, kempen Say No 2 Zina ini. Mari kita selamatkan anak gadis kita, adik kita, rakan-rakan perempuan kita kerana itulah tanda kita menghormati dan menyayanginya.







Kalau tahu perhubungan ini terjadi, sila dail talian Nur Kasih 15999 dengan segera.Please girl’s, sayangi diri anda. Biar orang hormati hak anda yang satu itu. Buat lelaki jadilah pelindung, bukan pemusnah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Risau Ditipu Peniaga Online, Ini 7 Cara Untuk Kenal Pasti Handbag Original Atau Fake

Duit dah habis beribu-ribu tapi rupanya barang yang dibeli bukanlah keluaran original. Mesti frust menongeng sebab kononnya sebelum beli bukan main lagi si penjual mengesahkan barangan tersebut adalah tulen.
Ha, ini adalah risiko yang perlu korang ambil kalau nak beli handbag berjenama secara online. Walaupun, ada juga peniaga online yang mengakui bahawa produk mereka bukanlah 100 peratus asli tetapi korang harus meneliti barangan yang dijual dengan baik supaya tak tertipu dengan peniaga yang mungkin saja mengaku produk mereka adalah tulen.
Kaki shopping online boleh gunakan khidmat Yellow Porter untuk barangan online dari luar negara. Selain harga yang menjimatkan, Yellow Porter menawarkan penghantaran barangan ke negara yang tidak menawarkan penghantaran ke Malaysia.
Macam mana nak kenal pasti produk tersebut original ke fake? Nah, berikut merupakan beberapa tip yang dikongsi oleh laman web Brightside dalam menentukan sama ada handbag yang korang beli tu original atau tidak.
1. Lihat pada jahitan


Setiap satu item yang dikeluarkan oleh jenama terkenal seluruh dunia akan diperiksa dengan teliti mengenai kecacatannya sebelum dijual. Semua jahitan hendaklah sempurna dan tiada sedikit pun benang longgar atau kecacatan visual. Silap sikit saja, mereka akan reject produk tersebut daripada dijual.
2. Periksa clasps, butang dan zip

Lihat dengan teliti pada aksesori-aksesori kecil seperti clasps, butang, zip, plat dan kunci. Handbag original mempunyai nombor atau nama yang dicetak pada produk tersebut. Ia juga sebagai tanda kualiti yang baik dan authentic.
Contohnya, setaip beg Hermes mempunyai ukiran logo ‘Hermes Paris made in France’ dibahagian belakang untuk menunjukkan tahun dihasilkan dan bahan yang digunakan.
3. Material

Jenama terkenal tidak menggunakan bahan daripada material yang kasar. Mereka menggunakan bahan lebih lembut dan hanya yang berkualiti. Barangan dengan trim kulit tidak sepatutnya berminyak atau melekit.
Sesetengah daripada handbag berjenama ini boleh menjadi lembut dan fleksibel, tetapi tetap mengekalkan bentuk terletak dan elok.
4. Jenama

Barangan tiruan sering dicetak dalam font yang berbeza, huruf yang berbulu atau kadang dengan ejaan yang salah. Jadi, ini perkara asas yang paling mudah untuk korang check.
5. Nombor siri

Salah satu cara lagi jika nak tahu produk tersebut original atau tidak, adalah dengan adanya nombor siri. Nombor siri itu akan dimeteraikan secara istimewa dan sukar untuk dibuang tanpa merosakkannya.
Bagi produk tiruan pula, biasanya ia mempunyai sticker dengan nombor siri tersebut yang ditampal pada permukaan beg.
6. Packaging

Barangan berjenama mempunyai sistem packaging mewah yang diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi. Handbag yang dibungkus tidak mempunyai sebarang kerosakan pada warnanya. Semua aksesori tambahan perlu dibungkus sekali bersama handbag tersebut.
7. Ciri khas

Setiap jenama mempunyai ciri-ciri khas yang tersendiri. Contohnya, Prada tulen tidak akan menggunakan warna yang berbeza untuk lining dengan bahagian luar beg. Warna yang sama akan digunakan untuk bahagian luar dan dalam.
Bagi jenama Dior, cari lapisan merah dengan logo jenama yang ditenun. Jika lapisan tersebut berkilat, ia adalah salah satu tanda bahawa produk tersebut mungkin bukan 100 peratus tulen.
Diharap agar tip yang diberikan ini dapat dijadikan panduan buat korang sebelum membeli barangan berjenama secara online.
Sumber: Brightside

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahniah! Nad Zainal & Ungku Ismail Selamat Timang Cahaya Mata Lelaki

Tahniah Remaja ucapkan buat pelakon berbakat besar, Nad Zainal yang selamat melahirkan anakanda lelaki pada tanggal 10 Oktober lalu di sebuah pusat perubatan di ibu negara.
Berita gembira itu dikongsikan oleh suami tercintanya yang juga pelakon, Ungku Ismail dalam sebuah perkongsian di entri Instagram sebentar tadi.
ARTIKEL BERKAITAN: Pereka Fesyen ‘Bongkar’ Rahsia Pernikahan, Nad Zainal & Ungku Ismail Selamat Disatukan 23 Januari Lalu

Menerusi muat naik berkenaan, Ungku Ismail dilihat sedang memangku bayi lelaki mereka itu dengan penuh kasih sayang
Dalam perkongsian yang sama, Ungku turut menitipkan pesanan buat anak pertamanya itu serta menzahirkan ucapan terima kasih kepada isteri tercintanya.
“Selamat datang anakku ke dunia yang pastinya penuh dengan cabaran namun tempat kamu berdiri dalam perspektif Tuhan, menentukan kebahagiaan kamu,” coretnya ringkas.

Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli itu mendirikan rumah tangga pada tanggal 23 Januari lalu.
Terdahulu, Nad pernah berkahwin dengan Muhammad Faliq pada tahun 2015 namun bercerai pada September 2022. Hasil perkahwinan, mereka itu dikurniakan dua cahaya mata Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Ungku Ismail.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!


