Ini kerana mereka telah berangan-angan terlebih dahulu untuk melawat Boracay pada tahun ini. Nampaknya, terpaksalah korang tunggu sehingga bulan November kelak sebelum ia dbuka semula kepada pelancong.
* * * * *
Bagaimanapun, itu tak bermakna korang tak boleh melancong. Dalam Malaysia sendiri, kita mempunyai banyak kawasan pantai dan laut yang bertaraf antarabangsa. Ada juga yang belum sepopular Pulau Langkawi dan Pulau Perhentian, tetapi cukup cantik untuk korang lawati.
01
Pulau Bohey Dulang, Semporna
Merupakan pulau terbesar daripada lapan pulau di Taman Marin Tun Sakaran. Pulau Bohey Dulang terbentuk daripada letusan gunung berapi jutaan tahun dahulu.
Korang juga akan mendapati yang Pulau Bohey Dulang mempunyai spesis batu karang dan ikan terbanyak di dunia lalu menjadikan ia sebuah pulau yang penuh pesona dan mengagumkan.
Aktiviti yang wajib dilakukan sewaktu berada di pulau ini adalah snorkelling, selam skuba dan mandi-manda bersama pelbagai jenis ikan.
TIP: Sewa snorkelling sekitar RM10 tetapi makanan tak disediakan. Lebih baik kalau korang prepare makanan ringan dari awal.
Ads
02
Pulau Tenggol, Dungun
Mungkin pulau ini tidak sepopular Pulau Redang atau Pulau Perhentian tetapi ia merupakan kawasan tumpuan peminat skuba di seluruh dunia.
Kelebaran Pulau Tenggol ini lebih kurang dua hingga tiga kilometer sahaja. Pantainya juga pendek dan sangat landai. Apa yang menarik di sini adalah persisiran pantai yang cantik serta keindahan dasar lautnya yang cukup mengagumkan.
Kalau boleh, kunjungi Pulau Tenggol antara bulan Julai dan September kerana korang berpeluang untuk melihat kehadiran ikan yu dan pari besar yang sedang makan plankton dan udang kecil.
TIP: Kadar sewa bot untuk 6 hingga 10 orang penumpang adalah lebih kurang RM600 – RM650 sehari. Jadi lebih baik jika satu bot dikongsi beramai-ramai.
Ads
03
Pulau Kapalai, Semporna
Sebuah lagi pulau dari Sabah! Pulau Kapalai tersembunyi di antara Pulau Sipadan dan Pulau Mabul. Ia terletak di atas batu-batu karang yang dikenali sebagai Ligitan dan merupakan syurga bagi penggemar sukan skuba dan snorkeling.
Bagi pasangan yang baru berkahwin, Pulau Kapalai adalah destinasi yang sesuai untuk berbulan madu dek kerana kecantikannya.
TIP: Perhatikan kepada kadar caj tiket penerbangan. Jika bertuah, korang boleh mendapatkan tiket serendah RM196 termasuk tax dan fuel surcharge untuk dua orang ke Tawau.
04
Pulau Aur, Mersing
Ads
Terletak kira-kira 76 kilometer dari bandar Mersing, Pulau Aur merupakan pulau yang paling jauh daripada tanah besar. Keindahan pantai serta pasirnya yang halus memutih sudah cukup membuatkan hati terpaut.
Bagi penggemar aktiviti snorkeling, pasti kamu tidak akan jemu menyaksikan keindahan dasar laut yang dihuni pelbagai spesis ikan dan terumbu karang.
TIP: Bagi korang yang sukakan cabaran ekstrem, bolehlah cuba mendaki ke Batu Cina yang memakan masa kurang sejam pendakian. View dia, terbaik!
05
Pulau Mataking, Semporna
Pulau Mataking terletak 40 minit dari Semporna dan 45 minit dari Sipadan. Kawasan menyelam yang paling terkenal di sini adalah Magic Rick, Alice Wall dan Mantis Ree.
Malah, kamu juga boleh melihat hidupan laut dengan lebih dekat seperti barracuda, tuna, pari dan banyak lagi. Pantainya yang cantik menjadi tarikan pengunjung yang ingin berjemur di bawah sinaran matahari.
TIP: Dari bulan Mei ke Ogos, antara keunikan yang ada di Pulau Mataking adalah kehadiran penyu hijau dan penyu karah (Hawksbill) yang menetas di pantai.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kesal dengan dakwaan sudah berbaik bersama Aliff Aziz, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menegaskan sudah meneruskan hidup dengan tenang tanpa penyanyi itu, setakat ini.
Kecewa banyak fakta diputar belit banyak pihak ketika ini, ibu kepada dua cahaya mata itu meminta orang ramai berhenti mengecamnya disebabkan dakwaan tersebut.
“Saya minta tolong untuk berhenti buat tanggapan sendiri, dengar gosip-gosip dan akhirnya netizen tak tahu menahu yang hanya baca headline sahaja terus mengecam bella.
“Saya sudah lama ‘move on’ dan cuba hidup tenang,” katanya menerusi Instagram Story.
Dalam pada itu, Bella turut menegaskan tindakan menolak untuk ditemu bual sejak kebelakangan ini kerana enggan timbul spekulasi sebegitu yang dicetuskan oleh portal-portal berita.
“Sebab itu, saya sudah beberapa kali menolak untuk ditemu bual kerana pada akhirnya akan terjadi berita sebegini.
“Jawab salah, tak jawab dikata sombong. Bila wakil saya jawab, macam inilah jadinya. Semua fakta dipusing.
“Saya hormat kerja media tetapi tolong hormat juga empunya badan. Tak bermakna bila saya tak nak jawab, sangkaan anda semua itu betul,” jelasnya.
Pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan selepas aktor itu ditangkap khalwat dengan aktres Ruhainies pada 9 Mac lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Bella Astillah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktor versatil, Sharnaaz Ahmad mengakui sambutan Aidilfitri kali ini adalah antara yang paling suram dan tidak bermakna dalam hidupnya, apabila terpaksa menghadapinya buat kali pertama tanpa figura arwah bapanya, Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad.
Menurut Sharnaaz, lebaran tahun ini tidak memberikan sebarang ‘rasa’ dan menjadi detik yang ingin dilupakan secepat mungkin.
“Saya memang tak menyambut Aidilfitri tahun ini dan boleh dikatakan lebaran yang tiada ‘rasa’ serta paling ‘tawar’ dalam hidup.
“Saya bangun pagi pada satu Syawal lalu pun dalam keadaan diri saya yang tidak fokus. Saya bangun untuk solat sunat Aidilfitri dan menjamah makanan,” katanya.
Tambah bapa kepada seorang cahaya mata itu lagi, dia ingin menyelesaikan sambutan tersebut dengan segera.
“Sebolehnya saya nak selesaikan sambutan ini dengan secepat mungkin, tapi kenapa lambat sangat nak berakhir pada satu Syawal lalu.
“Selepas itu barulah saya berasa lega. Lagipun ini adalah tahun pertama saya menyambut Aidilfitri tanpa dia,” tuturnya Sharnaaz ketika ditemui selepas tayangan perdana filem Blood Brothers: Bara Naga.
Meskipun kehilangan itu amat mendalam, Sharnaaz memberitahu bahawa dia tidak menangis sepanjang Aidilfitri.
“Saya tidak menitiskan air mata pun sepanjang Aidilfitri ini. Kali terakhir saya menangis pada hari ke-40 bapa saya meninggal dunia. Waktu itu saya gagal mengawal diri.
“Walaupun pada hari itu saya cuba untuk tidak terlalu memikirkannya, tapi entah kenapa tiba-tiba seperti ada butang yang mengingatkan dan saya terus rasa sejuk satu badan dan tak boleh nak mengawal emosi,” ujarnya lagi.
Mengenang kenangan bersama arwah bapanya, Sharnaaz turut berkongsi bahawa dia mengenakan jam tangan milik arwah sebagai cara untuk merasakan kehadiran figura itu sentiasa dekat di sisi.
Terdahulu, Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada usia 78 tahun pada 27 November tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Model of The Year 2016, Bella Hadid antara figura terkenal yang tidak pernah gentar menyuarakan pendapat dan sokongannya terhadap negara Palestin yang kian hari hidup di bawah penindasan pihak Israel.
Model terkenal itu turut pernah mendedahkan seluruh ahli keluarganya sedang hidup dalam situasi tegang kerana menerima ratusan ugutan bunuh selepas kakaknya, Gigi Hadid juga mengutuk serangan Israel terhadap Palestin.
Terbaru, Bella Hadid atau nama sebenarnya Isabella Khairiah Hadid didakwa ‘digugurkan’ dari kempen jenama fesyen mewah, Dior dan digantikan dengan model Israel, May Tager.
Khabar angin pemecatan model berusia 27 tahun itu semakin tersebar selepas model Israel, May Tager muncul dalam iklan minyak wangi La Collection Privee terbaru Dior.
“Keputusan yang paling melampau sekali dari Dior. Saya akan menilai semula pembelian barang mewah dan kosmetik saya. Harap ramai yang turut ikut memboikot jenama pro-Israel ini!,” tulis seorang pengguna.
“Boikot setiap jenama di bawah LVMH,” tulis pengguna lain X.
“Nampaknya Dior berada di pihak yang menindas dan setuju dengan tindakan zalim pihak Israel selama ini,” tulis seorang lagi.
Bagaimanapun, belum ada kenyataan rasmi daripada Dior berhubung berita penggantian model Bella Hadid dengan May Tager.
Buat makluman, Bella Hadid telah menjadi duta jenama Dior sejak 2016 dan membintangi pelbagai jenis kempen promosi oleh jenama terkenal tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO/ARTIKEL: Instagram Bella Hadid, Dior
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!